Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Februari 04, 2010

Cuaca Oh Cuaca

Ya ALLAH sungguh panaskan cuaca sekarang ni ?? ALHAMDULILLAH, sebab kalau sidai baju memang cepat kering walaupun kau jenis pemalas nak angkat biar sampai 2 hari baru nak angkat, itupun lepas laki kau bising2, bahaha. Tapi, nak jugak ada tapi ... manusia manusia ... yang aku tak tahan ialah asyiklah berpeluh. Masyam ketiak kau !! Nak tidur tengahari pun tak selesa. Masa nilah kau sangat cemburu dengan anak-anak kau yang dah penat main terus lena tak kira panas ke tidak. So, moral of the story, kau pun kena main kejar-kejar bersama anak-anak kau, then kau akan tidur lena kerana kepenatan. WTH yang aku mengarut ni !??

Kat rumah aku ni dah pasang dua jenis kipas dah. Kipas siling dan kipas meja. But still, rasa macam tak mencukupi. Mungkin nak kena pasang air-cond sebanyak lapan biji baru syiok agaknya ... baru arr rasa macam duduk kat London. Pastu, hujung bulan bila TNB hantar bil, kau satu keluarga boleh makan lalang goreng sambal sebab budget lari. Bahahaha ...

kipas siling kat umah aku taklah cantik macam ni .. ni aku cilok kat YAHOO IMAGE



aku paling suka kipas meja ... kalau dah panas sangat, aku suakan jek muka aku kat depan kipas ni .... bahahaha

bilalah Encil Rizal nak pasang lapan biji benda alah ni kat rumah kan ??



Tapi serious babe ... aku memang jenis tak tahan panas. Tak kiralah siang ke malam ke, panas ke hujan ke, memang jenis nak berkipas sepanjang masa. Kadang-kadang kalau malam, Encik Rizal dah berselubung dengan comforter, yang aku ni selamba badak boleh tidur pakai singlet jek pastu kipas mesti bukak high power, dah macam nak tercabut kipas tu pun ada aku rasa. Tapi tulah, jenis manusia tak sedar diri, beranak kat Malaysia, tapi perasan macam berada di London.

Kalau cuaca dah panas ni kan ... memang sedap jelah melantak ais. Kalau dapat ABC ni, perghh !! Memang terangkat la gua cakap sama lu !! Heaven, babe !! Pastu, bila sakit tekak, selesema, hingus meleleh ... mulalah nak salahkan cuaca. Dasar manusia sengal.


** pic from yahoo **



Dah dah ... nak gi buat milo ais jap.. bahahaha

** pic from Yahoo **

2 ulasan:

iS3 DaEnG berkata...

cuaca memang panas gila skrng nihh.. me dok dalam aircond pun still kena kipas pakai tangan lagi..tekak pun memanjang haus.. ni nak kenen milo ais satu jug bole..heheheh

Ieja RizaLiza berkata...

areza ... ha'ahkan panas .. sya memang tak selesa betul, rasa nak mandi 8 kali sehari .. tekak haus jgn cite la tapi nak berais memanjang, klu air masak ni, sebelah mata pun tak pandang ... hehe ... nak ke milo ais, nnti sya kirim ;p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin