Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Februari 10, 2010

Mengapa ??

Bila baca suratkhabar, makin banyak kes penceraian sekarang ini. Sana-sini, orang turun naik mahkamah selesaikan masalah talak. Yang kelakarnya, belum ada ikatan yang sah pun, dah turun naik mahkamah demi menjaga ego dan maruah sendiri. Saman-menyaman. Untung-untung boleh kaya kalau menang kes. Hehe ... Tapi apa yang aku nak luahkan di sini adalah tentang mereka yang dah ada ikatan sah tapi ambil jalan mudah ... bercerai. Walaupun, masa bercinta bagai nak rak kata orang, lepas kawin kemanisan itu semua hilang. Lebih parah lagi, sebenarnya hati dah berubah. Dah tersangkut kat orang lain.

Kadang-kadang, aku selalu berfikir kenapa manusia mudah berubah cinta dan hatinya dengan sekelip mata. Ada sesetengah pasangan sudah hidup bersama lebih dari 20 tahun, tapi bila rumahtangga terlerai di tengah jalan, alasan yang diberikan cukup mudah ... 'dah takde jodoh', 'dah tak serasi' ...

Kalau pasangan yang baru nak bercinta, baru nak bertunang, mungkin aku boleh faham kenapa mereka mudah berubah fikiran. Mungkin masih mencari keserasian. Tapi yang aku tak faham yang dah beranak-pinak ni. Anak-anak dah besar panjang. Bukankah anak-anak lambang cinta dan kasih-sayang semua pasangan ?? Tidakkah ada sekelumit rasa cinta yang membara dulukala dalam hati ketika talak menjadi jalan akhir ?? Tidakkah mereka terkenang bagaimana hangatnya pelukan dan ciuman yang diberikan pasangan masing-masing semasa mereka beralih pandang pada yang lain ??

Ya. Aku tidak menafikan kehendak Takdir ALLAH. Cuma, aku cuba memahami mengapa mereka-mereka ini dengan mudah meletakkan takdir sebagai alasan.

Ya. Aku tidak mengalaminya jadi aku tak tahu. Aku tak mengalami bagaimana perasaan dilamun cinta dengan yang lain sedangkan kita adalah hakmilik pasangan kita.

Ya. Aku tidak mahu itu terjadi dalam perkahwinan aku. Tak mahu itu terjadi walau apapun alasannya.

Pernah aku bertanya pada seorang teman yang melalui pengalaman ini. Memang katanya, semasa dia dilamun asmara terhalang ini, dia lupa dunia. Lupa siapa diri dia yang sebenar. Lupa dimana suami dan anak-anak. Yang penting bagi dia ketika itu hanya sang pencuri hati. Dia sendiri sukar untuk menjelaskan kenapa hati dia mudah berubah sedangkan suami dia sangat sempurna, pada mata aku. Dia sendiri tidak menafikan itu. Suaminya lelaki baik, beriman, bertanggungjawab dan sangat penyabar. Ketika dia hilang pertimbangan, mujur suaminya tidak hilang kewarasan juga. Suaminya setia menanti, mengharap sang isteri kembali ke tempat asalnya. Ke hati sang suami. Bagaimana kisah asmara terhalang itu berakhir ?? Juga di tengah jalan. Kerana menurut teman aku, suatu hari, ketika dia pulang dari berseronok bersama sang pencuri hati, sang suami masih lagi tersenyum menyambut dia pulang. Ketika itu, dia kata hatinya seperti dipanah petir. Sakit. Pilu. Dia mula sedar. Dia mula mencari jalan pulang. Ke hati sang suami.

Itu hanya secebis dari jutaan kisah lain. Ada yang berjaya pulang, ada juga yang kecundang. Kalau masih ada yang sayang seperti teman aku ini, mungkin tak mengapa, tapi bagaimana yang terputus di tengah jalan ?? Siapa bakal jadi mangsa ?? Bagi yang punya anak, mungkin anaklah yang merasa keperitan. Kemudian, sudah tentu pihak yang ditinggalkan setelah jiwa raga dicurah.

Lagi sekali, aku mengaku aku tidak mengalaminya jadi aku tak boleh menjatuhkan hukuman. Mungkin mereka yang mengalaminya ada seribu satu alasan kenapa hati mereka rapuh ketika usia perkahwinan semakin bertambah. Mungkin mereka ada alasan sendiri kenapa hati mereka terpaut pada sang pencuri hati walaupun yang halal berada di sisi.

Hanya satu, aku sentiasa berdoa agar aku dan Encik Rizal bahagia sampai akhir hayat. Macam ibu bapa kami. Insya-ALLAH. Mudah-mudahan.

7 ulasan:

sitiZ berkata...

amin..amin tok aku juga..

Jemari Seni berkata...

Salam Faizah! Haku selalu Berdoa supaya hubungan yg terbina dari ikatan yg suci tak terlerai..
Jatuh chinta memang mudah..nak mempertahankan tu yg susah sebab seton suka menjentik hati manusia supaya bercerai berai.

ZIANA ♥ FARREL berkata...

susah nak cakap...cuma klu boleh kite kena selamatkan perkahwinan...
*bercinta lama2 tp kawin xsmp sebulan..ape kes....

Ieja RizaLiza berkata...

siti : untuk kita bersama !!

jemari seni : betul2 .. aku sgt setuju !!

ogy : dh byk kes mcm tu .. bercinta bagai rak tapi kawin x sampai sebulan sebab manis dah hilang .. bercinta lama sgt kot !! hehe

ZIANA ♥ FARREL berkata...

tu la...tp aku pn bercinta lama babe!hehehhe..actually persefahaman yang penting..maybe masa bercinta diorg xtau keburukan pasangan..bile dh kawin sume terserlah..dh tu ego..xnak berbincang..tahla..yg penting sama2 la kite doa perkahwinan kite selamat & bahagia smp akhir hayat..amin!

Ieja RizaLiza berkata...

ogy : insyaALLAH .. mari berdoa semoga semua perkahwinan kekal hingga hujung nyawa !!

Adahjay berkata...

ssh arr nak ckp. tp bagi aku manusia ni mmg lemah...kite semua lemah dgn godaan.

sbnrnye lepas dah kawin dugaan nya adalah setan akan cuba suruh cerai berai sbb bende tu dh halal...setan mane suke bende halal...

sbb tu mase haram die taburkan kite dgn menampakkan cinta tu indah jer. tp bila dh kawen, dia x suke, jadi die goda kite plak supaya bercerai

aku igt lagi kata2 ustazah aku, kalo kita dah rasa nikmat kahwin tu seblm kita nikah. bila kita nikah Allah akan tarik balik nikmat tu. Wallahualam =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin