Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Februari 24, 2010

Rumah Idaman

Walaupun aku dah ada rumah sendiri tapi masih milik bank sebab tak habis bayar lagi dan ada kira-kira 24 tahun lagi nak habis bayar, aku tetap ada rumah idaman aku. Bukan tak bersyukur dengan apa yang dah ada, nama pun idaman, tak semestinya aku boleh dapat. Tapi kalau dapat, I suka You !! Jom, kita menjenguk RUMAH IDAMAN Puan Faizah dan sila jangan kutuk sebab ini hanyalah imiginasi penulis ... hehe ;o


Aku sangat mengidamkan rumah seperti ini ...




atau ini


dan semestinya terletak di atas bukit yang mengadap laut seperti ini

supaya setiap pagi aku dan Encik Rizal dapat menghirup udara segar sambil berehat-rehat. Aku juga menginginkan sebuah gazebo di mana aku boleh duduk membaca buku kegemaran


dan sebuah kolan ikan di mana Encik Rizal boleh bagi ikan-ikan itu makan untuk mengisi masa lapang. Yela, dah tua-tua selain tambah pahala dengan beribadat, InsyaALLAH, ini jela yang boleh dibuat. Takkan nak pegi main futsal kot ...


Hehe ... bila berangan, mestilah kena berangan habis-habisan kan ... rumah dah cantik-cantik, kenalah ada kolam renang walaupun aku tak reti berenang ...







Dah habis bahagian luar, kita jenguk pula bahagian dalam. Mari kita ke dapur dulu. Aku suka dapur yang simple. Aku memang suka konsep 2 dapur yang berlainan iaitu dry kitchen dan wet kitchen. I like anything simple yang penting kena ada counter bar macam ni ...



atau yang ini





Untuk wet kitchen pulak mesti ada 'island' supaya senang nak potong bahan-bahan masakan *ala kau mengada-ngada la, kalau masak sedap takpe jugak* ... macam ni ...



atau ini ... cantik kan ???



Ok. Seterusnya, bilik tidur utama dan bilik membaca. Wajib ada bilik membaca, sebab aku memang suka membaca. Malam-malam, sebelum tidur boleh lepak-lepak kat bilik study dulu. Eh jap jap, nak tunjuk bilik tidur utama dulu ... aku mahu seperti ini ye ...



simple jek ... tak mau sarat-sarat sangat. Nanti rimas. Paling vogue pun nak yang macam kat bawah ni ...



Tak perlu perabot banyak-banyak sangat. Nama pun bilik tidur hanya untuk tidur. Less is more. Bilik study pulak nak yang cun like this one ..





Last but not least, bilik tidur anak-anak ...



yang ni confirm arr untuk baby girl ... comel gila ...



woooo .. yang ini sangat class !! dengan mak bapak sekali nak duduk dalam bilik ini tau tak !!



oleh kerana budak-budak sekarang hi-tech, bedroom simple macam ni sangat praktikal. Yang penting ada lappy ... kalau anak ramai tapi bilik tak banyak, yang macam kat bawah ini sangat membantu. Sharing is Caring !!


ini sesuai for both girls and boys !!


Ok. Dah jenguk kan rumah idaman aku. Kelas tak ?? Luaran dia rumah kampung, tapi kat dalam makk aiii, taste sungguh moden !! Hehe ... so, rumah idaman kamu-kamu pula macamana ??? Jom laa share !!


note : all piccas credited to yahoo! image

9 ulasan:

Ieza berkata...

hua ha3..bercitarasa tinggi nampak gayanya ni..klau la dpt agak2 camner la agaknya kn..mau x kuar rumah..

Ieja RizaLiza berkata...

ieza ... haha citarasa memang tinggi tapi budget rendah ... tak tau arr bole merasa ke tak rumah idaman tu .. klu dapat sebulan tak kuar rumah ... berenang sampai kecut huhu

captain_zed berkata...

hahhaa, klaka ako tgk imaginasi ko.. mcm katun.. but me likey~

berenang sampai kecut huhu <- ako xberenang pun dah kecut geng..**nangis~

sitiZ berkata...

peehhh..rumah mcm menunjukkan ko mmg ari2 pakai kain batik..tp bile tengok bab deko lak..tetibe kain batik terlucut lak..perrgghh..mmg moden beb..gaya mutu keunggulan..aku pon suka..

nedza berkata...

fuhh canggihnye umh idaman ko tu...
emmm aku suka bangat bedrooms ank2 yg kaler pink tu.
so sweet!!!

faizah ko kene amik maid 10 owang tuk clearkn setiap ceruk umh ko 2...baru la ader class gitu!!

p/s: aku rs tunggu ko jd datin kot bru dpt umh cm gini...
hik!!hik!!hik!!

Ieja RizaLiza berkata...

zack : imaginasi kena tinggi supaya nampak macam ada class padahal bila tgk buku bank ... nangis jugak sambil golek2 ...

siti : klu dpt rumah mcm ni, memang aku pakai kain batik jek senang nak tanggal terjun msk kolam .. hahaha .. nak join ker ??? pakai kain batik ??

sharun : jgn kata 10, klu aku jd datin dgn ko sekali aku amik bekerja ... interested ?? hahaha

mumy berkata...

suke2 umah idaman awak...kalu dh dapat umah idaman tu jgn lupa panggil kawan dtg lepak...

Ieja RizaLiza berkata...

nenny : of course ... nnti boleh main2 masak2 kat dapur idaman saya tuh ... ;)

iS3 DaEnG berkata...

wahh...citarasa kita sama laa.. hehehe..sukar yng luar nampak klasik tapi kat dalam morden..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin