Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mac 25, 2010

Award


Ouhh ... thank you thank you to Hakak Haku sebab bagi aku award ni !! Lain kali sila bagi la gi yek !!

Aku pun kena pass this award to another 15 blogger yang beautiful.

Tapi sebelum aku pass this award, aku kenalah cukupkan syarat-syaratnya seperti di bawah :-

1- Thank & link the person that gave you the award.
- DONE -


2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic. - BANYAKNYA ... -

3- Contact said blogs and let them know they've won the award. - ORAIT -

4- State 7 thing about yourself.

a) Nama aku Faizah binti Jaffri
b) Sudah berkahwin
c) Tinggal di Kangkar Pulai, Johor
d) Suka makan dan makan dan makan
e) Suka dengar lagu
f) Kuat merajuk tapi mudah dipujuk
g) Teringin nak menetap kat Jepun


15 blogger yang aku nak pass down this award ialah :

1) Adah
2) Siti - BFF
3) Haza - BFF
4) Wan - BFF
5) Nenny - BFF
6) Ogy - BFF
7) Aida Husna
8) Rosdiana
9) Kak Linda a.k.a jiran
10) Yatie Yahya - BFF
11) Areza Nizam
12) Izzatul Hanis
13) Iedayah
14) Shazia Begum
15) Kak Ieza

Haiyaa !! Wa Bukan Mr. Eng .. Wa Miss Talak Ong La !!

Gila tension sejak kebelakangan ni. Aku dihujani dengan panggilan telefon yang nak bercakap dengan MR. ENG !! Entah makhluk dari mana si Mr. Eng ni pun aku tak pasti. Sesuka hati sesedap rasa Carrot kek kat Secret Recipes dia jek nak guna no hp aku. Mencik betul la !!

Kalau yang tukang buat panggilan tu jenis ada adab sopan santun berhemah tinggi takpe jugak. Ini semua macam ceti mintak hutang. Lagi lah naik darah aku ni sampai boleh buat sirap a.k.a menyirap. Nape menyirap ek ?? Tak menribena ke, menoren ke ?? Dah-dah melalut pulak.

Paling aku tak boleh tahan menyebabkan aku nak karate sesiapa yang berada berdekatan ialah setiap jam dapat call untuk cari Mr. Eng ni !! Weh aku bukan Mr. Eng la !! Tak paham bahasa Melayu ker ??



Jam Pertama :

Conversation 1

aku : hello

di sana : hello, boleh cakap dengan Mr. Eng ??

aku : sori, wrong number

di sana : Mr. Eng ada ??

aku : takde, takde. ini bukan no. Mr. Eng

*aku terus hang up*




Jam Kedua

Conversation 2

di sana : can i speak to Mr. Eng (cakap omputih la pulak !!)

aku : sori, wrong number

di sana : really ?

aku : really la ... saya tak kenal la sapa Mr. Eng ni. U ni dari mana ?? Bank ker ??

di sana : haah, saya ada urusan dengan Mr. Eng

aku : saya tak tahu la. dah bape kali orang call tanya pasal Mr. Eng

di sana : oklah nevermind. maybe i got wrong info

*aku hang up lagi*




Jam Ketiga

Conversation 3

aku : hello

di sana : can i speak to Mr Eng

aku : aiyooo ini bukan Mr. Eng la. U salah number.

di sana : ouhh sori ye cik. cik dah lama ke pakai no ni ??

aku : lama dah. dekat 4 tahun.

di sana : ouhh sori la. maybe wrong info or Mr. Eng is previous owner.

aku : hemm

* hang up lagik*




Tak sampai 10 minit, berdering lagik !! Tengok number private ... memang nak kena maki ni ...

Conversation 4

aku : i'm not Mr. Eng !! How many times i have to say that ?!! (panas jek hati !!)

di sana : erk .. saya nak bercakap dengan Cik Faizah

aku : erk .. ye saya .. sori, selalu dapat wrong call by private number ni. siapa tu ??

di sana : nevermind. saya dari Astro. Sila jelaskan bil tertunggak Cik ye dalam masa 2 hari.

aku : ok ( memang sia***, cakap dalam hati !! )

*hang up terus gi masuk toilet ambik wuduk. waktu zohor dah masuk.*



p/s : bayarlah bil Astro anda dengan kadar segera. kalau tak inilah akibatnya !! hahaha cilakak betul !!

Mahu Jadi Terkenal ?? Sungguh Mudah !!


Kamu-kamu mahu jadi famous dalam sekelip mata ?? Hahh mudah saja !! Jomlah sertai kempen DiGi So Easy To Be Famous. Korang pegi jek kat website DiGi di SINI. Ikut saja arahan yang sangat mudah bagaimana untuk menghantar video atau gambar korang. Memang mudah. Semudah makan kuaci !!




Bukan sahaja muka korang bakal terpampang pada banner DiGi di pelbagai laman web seperti Blog, MySpace dan Friendster tetapi korang juga berpeluang untuk muncul dalam iklan DiGi. Cool tak ??

So, tunggu apalagi. Upload seberapa banyak video dan gambar korang dan peluang untuk korang menjadi lebih FAMOUS akan lebih tinggi !! Weehaa ... So Easy laaa !!



p/s : Vote For Me ok ... klik on word 'video' / 'gambar' yang sudah di'link' itu !!

Jumaat, Mac 19, 2010

Jiran Oh Jiran

Dulu masa baru-baru kahwin, aku duduk menyewa. Yela, baru nak hidup. Mana mampu nak beli rumah lagi. Lama juga lah aku menyewa. Dekat 3 tahun. Senang-senang jek bayar kat orang RM400. Rumah sewa kat area Skudai memang mahal. RM400 tu pun dah kira murah padahal rumah kos rendah jek. Yang jenis 2 tingkat, ada 2 bilik. Tapi, dah kira ok la bagi aku. Bila ada rezeki, dapat beli rumah sendiri ni, rasa syukur sangat. Biarlah bayaran bulanan dia tinggi sikit yang penting ini pelaburan jangka panjang.

Aku bukan nak cerita pasal rumah. Nak cerita pasal jiran sebenarnya. Masa aku duduk menyewa dulu aku memang kurang mesra alam. Masa tu aku kerja, so memang takde masa nak duduk melepak borak-borak gosip-gosip mesyuarat tingkap ni. Kuar pagi balik malam. Lagipun, kat kawasan perumahan lama tu, semua aunty-aunty. So, lagi la aku kurang nak join.

Oleh sebab diaorang ingat aku ni menyombong, memang jarang aku dijemput kalau diaorang ada buat majlis ke apa. Tapi aku tak kisah sebab aku pun memang malas nak join. Aku pulak kalau weekend memang ada saja agenda bersama Encik Rizal, kalau tak balik kampung mesti pegi mengukur shopping complex atau tengok wayang.

Masa baru-baru, diaorang nak juga senyum dengan aku, bila dah lama-lama bila nampak aku, senyum pun nampak sangat macam dipaksa. Aku buat biasa jek. Time aku nak pindah pun, diaorang takde nak tanya perlukan bantuan ke. Aku pun tak kisah sebab 2-3 bulan sebelum nak pindah aku dah siap-siap mengemas. So bye-bye la ye aunty-aunty !!

Bila pindah rumah baru ni lain pulak ceritanya.

Masa first time masuk rumah, 01.09.2008. First day puasa. Ramai jugaklah yang dah pindah masuk. Aku tengok, kat kawasan baru ni, penduduk dia semua lebih kurang sebaya aku. Rasa seronok jugak lah.

Bila 3-4 bulan pindah, aku still tak mesra alam. Aku pun tak tahu kenapa. Bukannya jiran kat sini sombong. Diaorang ok jek. Kalau nampak aku, mesti tegur. Cuma aku masa tu macam rasa rendah diri kot. Diaorang semua ada anak. Petang-petang, duduk lepak kat depan rumah teman anak-anak masing-masing bermain. Aku ni nak join macam tak tau nak berbual apa. Aku ni memang jenis macam ni. Kalau dengan orang yang aku tak kenal, memang lambat 'panas'.

Tapi, sejak aku jadi babysitter Azeem dan Aiman, aku gagahkan jugaklah diri join diaorang. Mula-mula tu risau jugak kot-kot aku tak diterima. Yela, dah duduk dekat setahun tapi muka aku memang jarang nampak. Bak kata sorang jiran aku ni, aku ni dulu-dulu selalu terkeluar dari radar. Haha ...

Alhamdulillah .. Diaorang ok jek. Semenjak dah join diaorang ni rasa seronok sangat. Petang-petang ada kawan nak berbual. Taklah beku otak aku ni sepanjang hari duduk kat rumah. Yang paling best, memang selalu la tukar-tukar makanan dengan jiran-jiran. Kadang-kadang tu kitaorang berbual sampai dah nak Maghrib. Ada jek gosip yang diperbincangkan.

Aku harap hubungan kejiranan kitaorang ni akan berkekalan. Aku kan nak duduk lama kat sini. InsyaALLAH, kalau sampai masanya, aku sendiri akan ada anak-anak. Biar anak-anak jadi penyambung silaturrahim pulak.

Bila ada hubungan baik dengan jiran keliling, korang akan rasa selamat. At least, kalau ada apa-apa yang berlaku, boleh kita bantu membantu sesama jiran. Lagipun, tak rugi kalau berbaik dengan orang lain. Banyak faedahnya. Contohnya, kalau kat rumah dah habis lada, boleh pinjam. Haha tapi bila dah siap2 masak tu, janganlah lupa hulur-hulur sikit. Korang jugak boleh buat team Yassin. Kalau kat kampung aktiviti macam ni memang wujud lagi. Kalau buat kenduri, jiran-jiran mesti datang tolong punya.

Oleh itu, berbuat baik pada jiran-jiran anda. Masih belum terlewat untuk memberi salam dan menghulurkan persahabatan. Apa yang penting kerjasama keikhlasan.

Kenapa ?? Kalau Aku Gemok, Aku Tak Boleh Ada Laki ???

Peristiwa ni pernah terjadi pada aku. Bila aku berjalan pegang tangan dengan Encik Rizal, mesti ada mata yang memandang. Tak pastilah dia pandang sebab aku terlalu vogue ala-ala artis atau dia terpana melihat aku yang terlalu 'jelita' ni. Tapi yang aku pasti pandangan mata tu mesti macam 'gemok pun ada BF, tak sesuainya couple ni bla bla bla'. Siap senyum-senyum anjing kambing. Kalau yang berkumpulan, siap ajak kawan tu tolong mengumpat sama. Macamlah aku tak perasan.

So what ??? Ada ke tertulis kat mana-mana undang-undang dalam negara ni kalau kau gemok kau tak boleh ada laki !! Memang haram betul !!

Pernah sekali tu, masa aku pegi satu kedai fotostat ni. Masa tu aku nak copy sijil-sijil. Sambil tunggu staff kat situ settlekan order aku, aku pun lepak kat kaunter. Encik Rizal pulak kat luar kedai tu tengah berbual kat telefon. Aku perasan ada 2 orang budak yang jaga kaunter tu tersengih-sengih tengok laki aku. Tapi aku diamkan jek. Tetiba boleh pulak yang ada sorang tu siap panggil kawan dia pastu tunjuk-tunjuk Encik Rizal kesayangan aku tu. Panas jek hati. Jeles tau.

Bila dah siap order aku, aku pun bayarlah. Tak cukup duit pulak. Aku pun lambai-lambai Encik Rizal suruh masuk sebab aku nak mintak duit. Budak 2 orang tu dah pandang-pandang sama sendiri. Aku senyumkan je. Bila aku nak keluar tu, aku dengar budak-budak tu cakap 'laki dialah ... tak sesuai ... gemok ...'

Aku pun patah balik dan cakap kat budak tu 'dik, dah jodoh. Gemok ke kurus ke, kalau dah jodoh tak ke mana. Adik dah kawin ?? Doa-doalah dapat yang sesuai, kot-kot dapat yang boyak nanti orang lain ngumpat' . Aku terus keluar dari kedai tu. Budak-budak tu terkulat-kulat jela dengar apa aku cakap.

Haha ada aku kisah !! Aku tak nyusahkan orang pun !!

Selepas peristiwa tu ada juga la 2-3 kali aku datang kedai tu lagi. Agaknya budak-budak tu cam aku, so kalau aku datang diaorang mesti buat-buat ada kerja lain.

Hah tulah ... lain kali jaga diri sendiri dulu. Kekadang aku ni kalau dah geram memang aku sembur jek. Nasib aku tak jerit-jerit. Aku cakap elok-elok jek !!



p/s : cinta itu buta. tak semestinya kau cantik, kau akan dapat jodoh yang cantik juga. pada aku, cantik hati lebih baik dari cantik rupa paras !!

Khamis, Mac 18, 2010

USA dan Pakai Kain Batik !!

Aku tengah takde keje. So, dok la godek-godek website Nuffnang. Saja nak tengok analytics aku. Hehe tak banyak mana pun yang menjengok blog aku ni. Adalah setakat 2-3 ketul ayam goreng orang blogger lain yang sudi singgah. Itupun maybe follower aku yang setia kot ... cehcehceh setia kau ....

Yang kelakarnya, paling tak disangka ada kunjungan dari USA. Yes, you read it right. USA, Unites States of America, Amerika Syarikat dan sebutan yang sewaktu dengannya. Sapalah agaknya gerangan mereka-mereka yang berada di sana yang membaca blog aku ni kan ?? Mat or Minah Saleh ker ?? Eh .. paham ke diaorang bahasa yang aku tulis ni. Sebab kekadang aku pun tak paham. Bahahaha ...




Paling tak boleh blah ... bila aku klik 'keywords'.. Apahal pulak pakai kain batik boleh terbabit dengan blog aku nih ??? Tak paham tak paham !! Bila masa aku ada letak entry ajar pakai kain batik ?? Aku sendiri tak pernah pakai !!



Kalau korang takde kerja, boleh la gi godek website Nuffnang. Boleh tengok berapa juta manusia yang tumpang lalu kat blog korang.



p/s : duit nuffnang korang banyak ker ?? aku ?? adalah dalam 10 juta ... hahahaha

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Konichiwa ...

Feeling Japanese la pulak pagi-pagi ni. Bukan apa, tiba-tiba terbayang Takuya Kimura. Korang kenal dia tak. Yes !! Dia tu pelakon dan penyanyi dari Jepun. Yes !! Dia tu model iklan gel rambut Gatsby tu ... yang lagu dia berbunyi 'I can give u Gatsby ... ' Kawaiiii

Sebenarnya, aku nak cerita pasal satu event yang dianjurkan oleh Gatsby which is called Gatsby Deodorant Street Fair. Event ini akan diadakan pada 17hb April 2010 ni, bermula dari jam 10 pagi - 5 petang bertempat di Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Macam-macam acara tau akan diadakan. Ada cabutan bertuah. Hah best kan ??? So, jangan lupa datang tau. Manalah tau, badan korang bertuah pada hari tersebut, boleh menang hadiah.

Hah ini paling cool. Pada sesiapa gadget-freak-type, korang wajib datang ok sebab event ini menawarkan pelbagai hadiah dalam bentuk gadgets yang terbaru dan ter'cool' bernilai sehingga RM15,000.00 !! Yup guys, RM15k !! Hoho so cool kan ?!

Selain dari itu pelbagai permainan dan aktiviti menarik yang lain menanti korang. Antaranya .... jeng jeng jeng Sumo Wrestling. Siap pakai suit air-bag tau tak !! Kalau korang tengah tension kat tempat kerja atau masa tu korang baru putus cinta, boleh la join game ni then korang boleh release all the tension. Boleh belasah orang lain (imagine other person tu adalah orang yang sangat annoying, lawan dia sepenuh perasaan, mesti boleh menang !!) tapi main-main jek tau, bukan sampai lebam-lebam pulak !! Selain tu ada jugak gladiator battles. So, pada korang yang nak menunjukkan kejantanan boleh join this games. I bet it would give you a real excitement !!

Banyak lagi lah aktiviti menarik yang lain membuat korang teruja dan berasa seronok hingga mungkin korang taknak balik walaupun masa dah tamat !!

Apa tunggu lagi !! Bagi yang bekerja, sila siap-siap ambil cuti dengan kadar segera supaya boleh bersuka-ria bersama keluarga dan kawan-kawan korang nanti.

Kalau korang nak lebih info, mudah saja klik www.gatsby.com.my/streetfair!! Kat sini pun best, banyak interactive games dan hadiah juga !!

Jumaat, Mac 12, 2010

Cik Epal Tinggalkan Jejak !!

Dah lama nak post entry ni tapi asyik terlupa. Bila teringat ni terus jelah buat. Bukan apa pun. Saja nak bagitau, blogger comel dan famous amos Cik Epal telah meninggalkan jejak kat blog aku pada entri ni.




Aku suka baca blog Cik Epal ni. Penulisan dia sempoi gila. Sebab tu dia ramai followers. Dari cara penulisan, aku rasa dia ni jenis gonjeng (seperti apa yang selalu dia katakan tentang diri dia !!). Jenis manusia yang straight to the point. Jenis yang tak takut memberi pendapat walaupun kekadang pendapat dia tu mendapat reaksi negatif dari orang lain.

Biasa la kan .. manusia. Mana pernah suka tengok orang lain senang. Benda kecik pun dibesar-besarkan. Apapun aku memang suka dan sudah jatuh cinta sama ini budak or lebih sopan adik.

To Cik Epal ... teruskan berblog yek !! Akak love U lah !!

Penantian Suatu Penyeksaan

pic from google images



Makin hampir waktunya makin tak sabar pulak. Haha poyo poyo. Aku sedang menanti kepulangan Encik Rizal sebenarnya. Insya-ALLAH, he will be home tomorrow night. Arghh rindu sangat pada lelaki pujaan hatiku itu !! Seminggu rasa macam setahun. Gelik gelik

Walaupun dia pulang tak lama, takpelah. Yang penting hilang rindu. Taklah aku berjaga setiap satu jam pastu tercari-cari dia.

Sayang, U rindu I tak ?? Nahaslah U kalau U tak rindu I. Nanti I suruh U tido luar dengan kucings baru tau !!

Sayang, I rindu U !! I juga rindu dengan hadiah yang U nak bagi tu. Tak sabar tau!!

Dahlah. Malas nak mengarut. Nanti ramai pulak masuk sepital pasal muntah kuning.

Bye !!


Lempeng

Korang suka makan lempeng tak ?? Ishhh ni memang faveret aku ni. Aku suka makan lempeng ni dengan sambal tumis ikan bilis, tak pun dengan kari, dengan sambal sardin pon sodap !! Kadang-kadang aku cicah dengan gula pasir atau gula melaka jek. Takpun, aku gulung pastu ngap macam tu jek. Aishhh memang sedap menjilat jari laa. Rasa dia yang lemak-lemak masin disukai ramai tu kan.

pic from Yahoo! Image


Sebenarnya nak cerita pasal aku lunch makan lempeng. 3 keping sekali aku bedal macam tak hengat dunia kau!! Licin. Cicah dengan kari ayam.

Lempeng ni aku buat untuk sarapan Azeem dengan Aiman pagi tadi. Bila dah goreng-goreng, tengok bancuhan tepung banyak lagi. So, aku simpan dalam peti ais. Budget esok jelah sambung buat untuk breakfast aku pulak.

Dalam kepala dah planning, untuk lunch nak masak sup telur dengan kentang. Anak-anak aku ni memang suka sup. Entah macamana, tetiba tadi time nak terlelap tengahari, teringat lempeng ada balance sekeping untuk breakfast tadi. Terus rasa nak perabihkan. Tapi macam tak syiok nak makan macam tu. Terus teringat kari.

Apalagi, dengan jayanya, aku tak jadi masak sup telur. Terus jek aku buat kari ayam. Tapi tak pedas sangat supaya anak-anak aku boleh makan. Lepas siap kari ayam aku, sambung goreng lempeng. Balance bancuhan tepung tu dapatlah lagi 4 keping.

Dan-dan jek habis goreng lempeng, tak toleh kiri kanan terus aku bersila depan tv sambil tengok Azura pekena lempeng cicah kari. Perghhh masyukkk !! Memang menjilat jari kau !! Tu yang sekali 3 keping aku bedal ... bahahaha


pic from Yahoo ! Image

Comelnya ... jangan dia gigit sudah !!


Pegi arr try buat ... memang sedap kau kalau sekali-sekala makan lempeng. Memang nyaman !!

Khamis, Mac 11, 2010

I Tak Kuasa You !!

Haishh ..

Apalah aku ni kan ... pepagi dah mengeluh. Sungguh tak molek. Bukan apa. Tetiba hati rasa menyampah dengan sesetengah manusia ni. Umur dah bertambah, tapi pemikiran masih macam budak-budak baru masuk tadika kat depan rumah aku ni.

Janganlah ingat semua orang dok asyik nak mengumpat, bercerita pasal kau. Takde maknanya. Orang lain pun banyak lagi kerja dan masalah yang hendak difikirkan. Bukan dapat duit pun kalau aku tolong fikir masalah engkau.

Kita dah dewasa. Sama-sama dah lalui pelbagai pahit manis kehidupan. Aku tahu kau ada alasan kau tersendiri. Dan aku juga punya alasan aku tersendiri.

Aku pun tak rugi apa-apa kalau kau buang aku dari hidup kau. Kau kan ramai kawan-kawan yang sanggup sokong kau. Setakat aku sorang, memang tak memberi apa-apa makna pun.

Arghhh dahlah ... baik aku pegi makan nasi dengan sambal ikan bilis lagi sedap. Eh .. alamak !! Nasi belum masak rupanya !!

Haishh ... mengeluh lagik !!

Rabu, Mac 10, 2010

Are You Bossy ??



Aku rasa mungkin ramai yang pernah berhadapan dengan orang yang jenis suka mengarah a.k.a BOSSY. Arghh sungguh bosan eh kalau jumpa orang macam ni. Rasa macam nak bagi penampar atau sumbat mulut orang itu dengan kasut tinggi 6 inci pun ada.

Masa zaman bekerja dulu, memang selalu sangat jumpa orang yang macam ni. Kekadang lebih bossy dari boss. Lebih sudu dari kuah. Tapi, bila depan boss, mak aii pijak semut pun tak mati bak kata orang ... orang mana aku tak pasti. Hehe ...

Nasib la, takde kawan-kawan aku yang jenis macam ni. Kalau ada memang aku sikukan dia 360 darjah sambil lipat kaki dia naik atas kepala. Banyak kau punya bagus nak mengarah-ngarah orang. Nak sangat ngarah-ngarah orang, pegilah jadi pengarah filem ke drama ke telemovie ke bla bla bla ...

Itulah salah satu sebab kenapa aku dah malas nak kerja. Nak berdepan dengan kerenah manusia yang macam ni, memang sakit kepala gua cakap beb. Nak-nak masa kau tengah ada dateline, si bossy ni konon-konon berlagak boss, senang-senang nak suruh orang siapkan kerja sedangkan dia main SMS atau chatting kat internet. Perghh !! Memang rasa nak bakar la PC tu sekali dengan si minah/mamat tu kau rasa nak siat-siat, pastu panggang bagi an**** makan !!

Alamak !! Ter'emosianal' pulak aku hari ni. Bukan apa ... tadi ada kawan aku cerita pasal kawan dia berlagak bossy. Suruh-suruh dia buat itu, buat ini. Aku pulak yang terkena penangan angin lintang. Geram geram.

Agak-agakla, apa yang korang buat ek kalau jumpa orang macam ni. Tolong bagi tips sikit. Nanti boleh aku sampaikan kat kawan aku tuh !! Tolong la ye kawan-kawan !!

Syukur

Alhamdulillah ... malam tadi hujan. So, sejuk la sikit rasanya badan ni. Tidur pun lena jek. Takdelah asyik nak terjaga pukul 2-3 pagi sebab kepanasan. Ngam-ngam aku bangun pukul 6.15 pagi. Lepas solat Subuh, macam biasa bermulalah rutin harian aku.

Biasanya lepas solat Subuh, aku memang jarang tidur balik unless hari minggu atau tak jaga Azeem dan Aiman. Kalau hari-hari bekerja ni, memang banyak kerja perlu dibuat. Kemaskan bilik kucing, masak air, buat sarapan dan pack lunch Encik Rizal dan kemas-kemas dapur atau sapu sampah.

Kalau Encik Rizal takde, aku memang tak buat sarapan. Aku memang jenis tak sarapan sangat. Makan biskut dengan milo pun dah ok. Itupun kekadang dah pukul 10 pagi baru nak makan.

Aishhh melalut pulak aku ni bercerita pasal rutin harian. Sebenarnya, aku cuma nak melahirkan rasa syukur yang amat sangat dengan turunnya hujan. Walaupun tak lebat tapi Ahamdulillah, dapat meredakan kepanasan yang amat sejak kebelakangan ni. Takdelah aku kerja nak mandi dan minum milo ais sebaldi jek. Haha.

Terima Kasih Ya ALLAH atas kurniaan-Mu yang tidak terhingga ini.

Rabu, Mac 03, 2010

Mengikat Kasih Sayang

Ok. Aku bukanlah pakar dalam bidang rumahtangga ni. Kahwin pun barulah nak masuk tahun ke-5 tapi Alhamdulillah, rumahtangga aku sangat harmoni. Bohong lah kan kalau aku kata, aku dengan Encik Rizal tak pernah bergaduh atau berselisih faham, tapi biasanya rajuk di hati tu tak lama. Kadang-kadang rasa bersalah dan berdosa pulak kalau tak bertegur sapa dengan Encik Rizal lama-lama. Lebih-lebih lagi kalau dia tak henti-henti memujuk dan buat lawak poyo. Cair hati I tau !! Aku sebenarnya nak kongsi sikit la tips bagaimana untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri. Sebelum tu, no offense ok ... ini cara aku, mungkin berbeza dengan cara kamu. Kalau kamu-kamu ada cara tersendiri, jom kita kongsi !!




1) Cuba kawal emosi jika bertengkar atau berselisih faham

Kalau sedang bertengkar atau berselisih faham, cuba kawal emosi. Jangan bercakap ikut perasaan. Kalau pasangan anda yang sedang naik marah, anda cuba jangan terlalu melawan. Cuba dengar penjelasan dia terlebih dahulu. Kalau dua-dua hangin, nanti susah sebab dua-dua mesti taknak mengalah. Bila pasangan dah cool, barulah anda kemukakan ketidakpuasan hati atau pendapat anda tapi biarlah dengan nada yang lembut. Jangan tinggikan suara.



2) Masakkan makanan kegemaran untuk pasangan

Rasanya tak salahkan kalau sekali-sekala, anda masak hidangan yang istimewa untuk menjamu perut pasangan anda. Suami pun kenalah alert sikit tentang makanan kegemaran isteri dan cuba masakkan untuk isteri. Takkanlah isteri jek yang nak kena masak untuk suami. Kan best kalau tetiba, isteri yang dah penat-penat balik kerja, tau-tau makanan kegemaran dia dah terhidang. Mesti isteri anda makin bertambah sayang. Yang isteri pulak, janganlah demand lebih-lebih. Mentang-mentang suami dah masakkan, mintak lagi dan lagi dan lagi. Bosan la suami nanti.



3) Pohon dan berikan kemaafan setulusnya

Bila dah berselisih faham tu, memang diakui mesti nak menang. Sama macam aku. Tapi, kekadang bila marah dah redha, rasa bersalah mesti bersarang dalam hati. Oleh itu, pohon dan berilah kemaafan kepada pasangan anda setulusnya. Kalau boleh jangan diulang tapi dah namanya manusia, selalu buat silap. Ikhlaskan hati setiap kali anda memohon atau memaafkan pasangan. Jangan simpan dendam. Jangan mulut saja cakap maaf tapi hati tak ikhlas. Tak baik tau.



4) Libatkan diri dalam aktiviti masing-masing

Yang ini aku paling suka. Kalau nak diikutkan aku yang paling banyak aktiviti berbanding Encik Rizal. Aku suka lepak dengan kawan-kawan aku. Aku suka tengok wayang. Aku suka karaoke. Aku shopping. Setiap kali kamu-kamu buat aktiviti yang kamu gemar, libatkan sekali pasangan anda. Janganlah pulak kau sedap-sedap 'mengeteh' dengan kawan-kawan, kau biarkan pasangan kau makan sorang-sorang kat rumah. Sekali-sekala keluar tanpa pasangan mungkin tak apa, tapi kalau setiap kali kau pergi bersuka-ria, pasangan ditinggalkan, memang cari nahas. Kenalah heret sekali pasangan kau itu walaupun dia akan buat muncung panjang sedepa. Begitu juga sebaliknya. Kalau pasangan anda berminat akan sesuatu, cuba pupuk minat yang sama. Janganlah asyik nak ikut selera anda jek. Kalau pasangan anda jenis suka duduk rumah (macam Encik Rizal), apa salahnya korbankan hari minggu bersantai kat rumah jek. Seronok tau !!



5) Bantu satu sama lain dalam kerja rumah

Ini memang menjadi amalan aku. Kalau kami decide nak duduk rumah weekend, selalunya aktiviti kami adalah mengemas rumah. Jadi, bahagikanlah tugas bersama pasangan. Kalau isteri membasuh, suami tolong la sidai. Kalau isteri memasak, suami tolong la basuh pinggan. Kalau isteri menyapu, suami tolong la mengemop. Janganlah isteri atau suami kau tertonggeng-tonggeng buat kerja, kau sedap-sedap tengok Melodi sambil makan kerepek pisang. Ishh tak baik tak baik.



6) Ucapkan sayang sekerap yang boleh

Ucapkan 'I Love U' selalu. Tak kiralah melalui SMS, email atau panggilan telefon atau pun secara langsung. Kadang-kadang ucapan itu menunjukkan tanda terima kasih pada pasangan. Contohnya kalau pasangan anda tolong kemas rumah atau memasak, ucaplah ayat keramat itu sebagai tanda penghargaan.



7) Sekali-sekala buat suprise untuk pasangan

Siapa yang tak suka kalau tetiba dapat kad ucapan terima kasih beserta coklat dan bunga. Tak perlu hadiah yang mahal. Cukup sekadar kad ucapan tanda ingatan. Mesti pasangan rasa seronok dan bertambah sayang sekiranya tetiba ada bunga, coklat dan kad ucapan sampai di atas mejanya. Tak perlu tunggu tarikh yang istimewa macam harijadi atau ulangtahun perkahwinan. Bila-bila berkesempatan buatlah suprise untuk pasangan.



8) Jadilah pendengar yang setia

Kalau pasangan anda ada masalah, jangan dibiarkan dia melalui dan selesaikan masalah itu seorang diri. Perkahwinan itu satu perkongsian, jadi anda perlu kongsi segala-galanya termasuk yang manis, pahit, masam dan kelat. Jika anda tak mampu membantu menyelesaikan masalah, kadang-kala menjadi pendengar yang setia sudah cukup untuk membantu. Tenangkan hati pasangan anda. Berikan dia semangat. Yakinkan dia bahawa anda selalu ada di sisinya di saat susah dan senang.




p/s : sebenarnya, mungkin banyak lagi cara untuk mengeratkan kasih sayang. tapi ini cara aku. kalau kamu-kamu ada cara yang lebih berkesan, teruskan dan jangan lupa berkongsi ... Sharing Is Caring !!

Selasa, Mac 02, 2010

Selamat Pengantin Baru


Last week, adalah majlis perkahwinan anak sedara aku, Ain selepas hampir 10 bulan bertunang. Majlis diadakan di rumah my FIL sebab anak sedara aku ni dijaga oleh my in laws dari kecik. Jom arr kita layan piccas sepanjang majlis berlangsung. Ouhh terlupa pulak, gambar-gambar masa majlis nikah tak sempat nak upload sebab dalam kamera Encik Rizal. Encik Rizal pulak outstation. So, layan gambar masa bersanding jela yek !!



team rewang kampung


kacau jangan tak kacau


menu adalah nasi putih, daging black pepper, ayam lemak cili api, sambal goreng dan pecal *yumyum*


ain dan atok after majlis Khatam Quran


theme colour : purple


pengantin dan ibubapa pengantin perempuan


so sad .. sebab ni jek satu-satunya gambar aku dengan pengantin ... busy la katakan *poyo*


makan time ...


hahaha ... jangan ingat nak bersenang lenang eh ...


anak-anak sedara yang 'sibuk'


my BIL daughter ... twins Khayra n Ira


hah ... ini my 1st cucu, Liyana. Comel tapi sombong gila. Nak melekat dengan mak dia jek ... Memang pandai bergaya ...


nah lagi sati pose maut dari Liyana sombong !!

I Got 29



Yes !!

Today is the day !!

I turned 29 !!

My last year in my 20's !!

May ALLAH Bless Me and My Family !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin