Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Mac 10, 2010

Are You Bossy ??



Aku rasa mungkin ramai yang pernah berhadapan dengan orang yang jenis suka mengarah a.k.a BOSSY. Arghh sungguh bosan eh kalau jumpa orang macam ni. Rasa macam nak bagi penampar atau sumbat mulut orang itu dengan kasut tinggi 6 inci pun ada.

Masa zaman bekerja dulu, memang selalu sangat jumpa orang yang macam ni. Kekadang lebih bossy dari boss. Lebih sudu dari kuah. Tapi, bila depan boss, mak aii pijak semut pun tak mati bak kata orang ... orang mana aku tak pasti. Hehe ...

Nasib la, takde kawan-kawan aku yang jenis macam ni. Kalau ada memang aku sikukan dia 360 darjah sambil lipat kaki dia naik atas kepala. Banyak kau punya bagus nak mengarah-ngarah orang. Nak sangat ngarah-ngarah orang, pegilah jadi pengarah filem ke drama ke telemovie ke bla bla bla ...

Itulah salah satu sebab kenapa aku dah malas nak kerja. Nak berdepan dengan kerenah manusia yang macam ni, memang sakit kepala gua cakap beb. Nak-nak masa kau tengah ada dateline, si bossy ni konon-konon berlagak boss, senang-senang nak suruh orang siapkan kerja sedangkan dia main SMS atau chatting kat internet. Perghh !! Memang rasa nak bakar la PC tu sekali dengan si minah/mamat tu kau rasa nak siat-siat, pastu panggang bagi an**** makan !!

Alamak !! Ter'emosianal' pulak aku hari ni. Bukan apa ... tadi ada kawan aku cerita pasal kawan dia berlagak bossy. Suruh-suruh dia buat itu, buat ini. Aku pulak yang terkena penangan angin lintang. Geram geram.

Agak-agakla, apa yang korang buat ek kalau jumpa orang macam ni. Tolong bagi tips sikit. Nanti boleh aku sampaikan kat kawan aku tuh !! Tolong la ye kawan-kawan !!

5 ulasan:

ZIANA ♥ FARREL berkata...

anak sedara aku bossy sebab terikut perangai mak dia a.k.a kakak ipar aku..tp jgn ingat senang nak arah2 aku..mmg aku psiko dia..kecik2 dh pandai arah2 ek!
*huish..emo plak aku!

Ieja RizaLiza berkata...

budak2 skrg memang bossy ... aku paling pantang denga org jenis mcm ni. rasa nak lempang !!

ZIANA ♥ FARREL berkata...

aku pn mmg rasa nak lempang. pak kal anak sedara..hahahaha

Ieja RizaLiza berkata...

haha ... jgn lempang cubit2 sayang jek !!

Adahjay berkata...

aku X suke org BOSSY ni! igt kite ni kuli agknye...die senang2 arahkan org tp kalo part die bile suruh tau plak x suke. kalo jd boss aku x tau camne!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin