Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mac 11, 2010

I Tak Kuasa You !!

Haishh ..

Apalah aku ni kan ... pepagi dah mengeluh. Sungguh tak molek. Bukan apa. Tetiba hati rasa menyampah dengan sesetengah manusia ni. Umur dah bertambah, tapi pemikiran masih macam budak-budak baru masuk tadika kat depan rumah aku ni.

Janganlah ingat semua orang dok asyik nak mengumpat, bercerita pasal kau. Takde maknanya. Orang lain pun banyak lagi kerja dan masalah yang hendak difikirkan. Bukan dapat duit pun kalau aku tolong fikir masalah engkau.

Kita dah dewasa. Sama-sama dah lalui pelbagai pahit manis kehidupan. Aku tahu kau ada alasan kau tersendiri. Dan aku juga punya alasan aku tersendiri.

Aku pun tak rugi apa-apa kalau kau buang aku dari hidup kau. Kau kan ramai kawan-kawan yang sanggup sokong kau. Setakat aku sorang, memang tak memberi apa-apa makna pun.

Arghhh dahlah ... baik aku pegi makan nasi dengan sambal ikan bilis lagi sedap. Eh .. alamak !! Nasi belum masak rupanya !!

Haishh ... mengeluh lagik !!

1 ulasan:

ZIANA ♥ FARREL berkata...

hahahahahahah...aku pn xkisah bila xde kawan cam tu..
*wei post nasi lemak ko skit! ;-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin