Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Mac 19, 2010

Jiran Oh Jiran

Dulu masa baru-baru kahwin, aku duduk menyewa. Yela, baru nak hidup. Mana mampu nak beli rumah lagi. Lama juga lah aku menyewa. Dekat 3 tahun. Senang-senang jek bayar kat orang RM400. Rumah sewa kat area Skudai memang mahal. RM400 tu pun dah kira murah padahal rumah kos rendah jek. Yang jenis 2 tingkat, ada 2 bilik. Tapi, dah kira ok la bagi aku. Bila ada rezeki, dapat beli rumah sendiri ni, rasa syukur sangat. Biarlah bayaran bulanan dia tinggi sikit yang penting ini pelaburan jangka panjang.

Aku bukan nak cerita pasal rumah. Nak cerita pasal jiran sebenarnya. Masa aku duduk menyewa dulu aku memang kurang mesra alam. Masa tu aku kerja, so memang takde masa nak duduk melepak borak-borak gosip-gosip mesyuarat tingkap ni. Kuar pagi balik malam. Lagipun, kat kawasan perumahan lama tu, semua aunty-aunty. So, lagi la aku kurang nak join.

Oleh sebab diaorang ingat aku ni menyombong, memang jarang aku dijemput kalau diaorang ada buat majlis ke apa. Tapi aku tak kisah sebab aku pun memang malas nak join. Aku pulak kalau weekend memang ada saja agenda bersama Encik Rizal, kalau tak balik kampung mesti pegi mengukur shopping complex atau tengok wayang.

Masa baru-baru, diaorang nak juga senyum dengan aku, bila dah lama-lama bila nampak aku, senyum pun nampak sangat macam dipaksa. Aku buat biasa jek. Time aku nak pindah pun, diaorang takde nak tanya perlukan bantuan ke. Aku pun tak kisah sebab 2-3 bulan sebelum nak pindah aku dah siap-siap mengemas. So bye-bye la ye aunty-aunty !!

Bila pindah rumah baru ni lain pulak ceritanya.

Masa first time masuk rumah, 01.09.2008. First day puasa. Ramai jugaklah yang dah pindah masuk. Aku tengok, kat kawasan baru ni, penduduk dia semua lebih kurang sebaya aku. Rasa seronok jugak lah.

Bila 3-4 bulan pindah, aku still tak mesra alam. Aku pun tak tahu kenapa. Bukannya jiran kat sini sombong. Diaorang ok jek. Kalau nampak aku, mesti tegur. Cuma aku masa tu macam rasa rendah diri kot. Diaorang semua ada anak. Petang-petang, duduk lepak kat depan rumah teman anak-anak masing-masing bermain. Aku ni nak join macam tak tau nak berbual apa. Aku ni memang jenis macam ni. Kalau dengan orang yang aku tak kenal, memang lambat 'panas'.

Tapi, sejak aku jadi babysitter Azeem dan Aiman, aku gagahkan jugaklah diri join diaorang. Mula-mula tu risau jugak kot-kot aku tak diterima. Yela, dah duduk dekat setahun tapi muka aku memang jarang nampak. Bak kata sorang jiran aku ni, aku ni dulu-dulu selalu terkeluar dari radar. Haha ...

Alhamdulillah .. Diaorang ok jek. Semenjak dah join diaorang ni rasa seronok sangat. Petang-petang ada kawan nak berbual. Taklah beku otak aku ni sepanjang hari duduk kat rumah. Yang paling best, memang selalu la tukar-tukar makanan dengan jiran-jiran. Kadang-kadang tu kitaorang berbual sampai dah nak Maghrib. Ada jek gosip yang diperbincangkan.

Aku harap hubungan kejiranan kitaorang ni akan berkekalan. Aku kan nak duduk lama kat sini. InsyaALLAH, kalau sampai masanya, aku sendiri akan ada anak-anak. Biar anak-anak jadi penyambung silaturrahim pulak.

Bila ada hubungan baik dengan jiran keliling, korang akan rasa selamat. At least, kalau ada apa-apa yang berlaku, boleh kita bantu membantu sesama jiran. Lagipun, tak rugi kalau berbaik dengan orang lain. Banyak faedahnya. Contohnya, kalau kat rumah dah habis lada, boleh pinjam. Haha tapi bila dah siap2 masak tu, janganlah lupa hulur-hulur sikit. Korang jugak boleh buat team Yassin. Kalau kat kampung aktiviti macam ni memang wujud lagi. Kalau buat kenduri, jiran-jiran mesti datang tolong punya.

Oleh itu, berbuat baik pada jiran-jiran anda. Masih belum terlewat untuk memberi salam dan menghulurkan persahabatan. Apa yang penting kerjasama keikhlasan.

2 ulasan:

Ieza berkata...

dapat jiran yg ok camtu best la..jiran ieza kt sini kebnyakannya ayik nk mengumpat org jer dan yg x tahan talam 2 muka..
jadi ieza lebih suka tegur sekadar x dikata sombong..nk rapat2 sangat xle..

Jemari Seni berkata...

Ieja seronok kalau dpt jiran satu kepala..
Meh! pindah sebelah umah Hakak bole tukar2 menu hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin