Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Mac 19, 2010

Kenapa ?? Kalau Aku Gemok, Aku Tak Boleh Ada Laki ???

Peristiwa ni pernah terjadi pada aku. Bila aku berjalan pegang tangan dengan Encik Rizal, mesti ada mata yang memandang. Tak pastilah dia pandang sebab aku terlalu vogue ala-ala artis atau dia terpana melihat aku yang terlalu 'jelita' ni. Tapi yang aku pasti pandangan mata tu mesti macam 'gemok pun ada BF, tak sesuainya couple ni bla bla bla'. Siap senyum-senyum anjing kambing. Kalau yang berkumpulan, siap ajak kawan tu tolong mengumpat sama. Macamlah aku tak perasan.

So what ??? Ada ke tertulis kat mana-mana undang-undang dalam negara ni kalau kau gemok kau tak boleh ada laki !! Memang haram betul !!

Pernah sekali tu, masa aku pegi satu kedai fotostat ni. Masa tu aku nak copy sijil-sijil. Sambil tunggu staff kat situ settlekan order aku, aku pun lepak kat kaunter. Encik Rizal pulak kat luar kedai tu tengah berbual kat telefon. Aku perasan ada 2 orang budak yang jaga kaunter tu tersengih-sengih tengok laki aku. Tapi aku diamkan jek. Tetiba boleh pulak yang ada sorang tu siap panggil kawan dia pastu tunjuk-tunjuk Encik Rizal kesayangan aku tu. Panas jek hati. Jeles tau.

Bila dah siap order aku, aku pun bayarlah. Tak cukup duit pulak. Aku pun lambai-lambai Encik Rizal suruh masuk sebab aku nak mintak duit. Budak 2 orang tu dah pandang-pandang sama sendiri. Aku senyumkan je. Bila aku nak keluar tu, aku dengar budak-budak tu cakap 'laki dialah ... tak sesuai ... gemok ...'

Aku pun patah balik dan cakap kat budak tu 'dik, dah jodoh. Gemok ke kurus ke, kalau dah jodoh tak ke mana. Adik dah kawin ?? Doa-doalah dapat yang sesuai, kot-kot dapat yang boyak nanti orang lain ngumpat' . Aku terus keluar dari kedai tu. Budak-budak tu terkulat-kulat jela dengar apa aku cakap.

Haha ada aku kisah !! Aku tak nyusahkan orang pun !!

Selepas peristiwa tu ada juga la 2-3 kali aku datang kedai tu lagi. Agaknya budak-budak tu cam aku, so kalau aku datang diaorang mesti buat-buat ada kerja lain.

Hah tulah ... lain kali jaga diri sendiri dulu. Kekadang aku ni kalau dah geram memang aku sembur jek. Nasib aku tak jerit-jerit. Aku cakap elok-elok jek !!



p/s : cinta itu buta. tak semestinya kau cantik, kau akan dapat jodoh yang cantik juga. pada aku, cantik hati lebih baik dari cantik rupa paras !!

6 ulasan:

Ieza berkata...

memang patut pn sembur bebudak tuh..
x sayang mulut tul..

captain_zed berkata...

hahaha..bagus!

neway, beauty lies in the eyes of the beholder, kalau dah suka, chantek aja..rupa bukan segalanya..(WAH! mcm xcaya jer ako yg type..huhuhu)

abistuh kalo ako kurus kering mcm cicak kubing neh tak bole ada GF? <- motif nak menyelit?

Adahjay berkata...

haha....yelah org kurus jer yg bleh ade psgn!

serabai! alah dieorg jeles arr tu kurus pun xde org nak...lalalala

Tanpa Nama berkata...

Yalah..kekadang saya pun yang big-big size ni jadi rasa tak confiden nak couple2..selalu nak rasa rendah diri jer. Sebab nanti mesti kat dalam otak fikir..eh laki ni betul2 ker nak kat aku ni. N tetiba jer rasa bodoh sebab kesian kat dia dapat pompuan gemuk macam aku huhuhu. Walhal laki tu pun taklah handsome mana cuma hati jahat ni jer yang rasa kesian tak tentu pasal.
Tapi kalau fikir2 peduli apa. Org cantik2 pun tak tentu laki eh bahagia. Kadang2 tak sampai sebulan pun kawin. So...kepasa mrs Faizah..pedulikan apa org nak kata. Sebab awk dah lama kawin n kena bangga sebab awak berjaya 'menjaga' suami anda dengan sebaik2nya hehehe

sitiZ berkata...

cool beb..

iedayah berkata...

mmg ptut kn sembur pn bdak2 gitu..dulik ap ye dak..ske ati ler..dorg jeles tu coz dorg xdpt..ekekeke

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin