Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Mac 12, 2010

Lempeng

Korang suka makan lempeng tak ?? Ishhh ni memang faveret aku ni. Aku suka makan lempeng ni dengan sambal tumis ikan bilis, tak pun dengan kari, dengan sambal sardin pon sodap !! Kadang-kadang aku cicah dengan gula pasir atau gula melaka jek. Takpun, aku gulung pastu ngap macam tu jek. Aishhh memang sedap menjilat jari laa. Rasa dia yang lemak-lemak masin disukai ramai tu kan.

pic from Yahoo! Image


Sebenarnya nak cerita pasal aku lunch makan lempeng. 3 keping sekali aku bedal macam tak hengat dunia kau!! Licin. Cicah dengan kari ayam.

Lempeng ni aku buat untuk sarapan Azeem dengan Aiman pagi tadi. Bila dah goreng-goreng, tengok bancuhan tepung banyak lagi. So, aku simpan dalam peti ais. Budget esok jelah sambung buat untuk breakfast aku pulak.

Dalam kepala dah planning, untuk lunch nak masak sup telur dengan kentang. Anak-anak aku ni memang suka sup. Entah macamana, tetiba tadi time nak terlelap tengahari, teringat lempeng ada balance sekeping untuk breakfast tadi. Terus rasa nak perabihkan. Tapi macam tak syiok nak makan macam tu. Terus teringat kari.

Apalagi, dengan jayanya, aku tak jadi masak sup telur. Terus jek aku buat kari ayam. Tapi tak pedas sangat supaya anak-anak aku boleh makan. Lepas siap kari ayam aku, sambung goreng lempeng. Balance bancuhan tepung tu dapatlah lagi 4 keping.

Dan-dan jek habis goreng lempeng, tak toleh kiri kanan terus aku bersila depan tv sambil tengok Azura pekena lempeng cicah kari. Perghhh masyukkk !! Memang menjilat jari kau !! Tu yang sekali 3 keping aku bedal ... bahahaha


pic from Yahoo ! Image

Comelnya ... jangan dia gigit sudah !!


Pegi arr try buat ... memang sedap kau kalau sekali-sekala makan lempeng. Memang nyaman !!

2 ulasan:

yatiyahya berkata...

ok balik ni mesti buat lempeng..!

Jemari Seni berkata...

Suka makan lempeng cicah kuah kari... pergh! 3 keping sekali jalan hehehhee

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin