Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Mac 10, 2010

Syukur

Alhamdulillah ... malam tadi hujan. So, sejuk la sikit rasanya badan ni. Tidur pun lena jek. Takdelah asyik nak terjaga pukul 2-3 pagi sebab kepanasan. Ngam-ngam aku bangun pukul 6.15 pagi. Lepas solat Subuh, macam biasa bermulalah rutin harian aku.

Biasanya lepas solat Subuh, aku memang jarang tidur balik unless hari minggu atau tak jaga Azeem dan Aiman. Kalau hari-hari bekerja ni, memang banyak kerja perlu dibuat. Kemaskan bilik kucing, masak air, buat sarapan dan pack lunch Encik Rizal dan kemas-kemas dapur atau sapu sampah.

Kalau Encik Rizal takde, aku memang tak buat sarapan. Aku memang jenis tak sarapan sangat. Makan biskut dengan milo pun dah ok. Itupun kekadang dah pukul 10 pagi baru nak makan.

Aishhh melalut pulak aku ni bercerita pasal rutin harian. Sebenarnya, aku cuma nak melahirkan rasa syukur yang amat sangat dengan turunnya hujan. Walaupun tak lebat tapi Ahamdulillah, dapat meredakan kepanasan yang amat sejak kebelakangan ni. Takdelah aku kerja nak mandi dan minum milo ais sebaldi jek. Haha.

Terima Kasih Ya ALLAH atas kurniaan-Mu yang tidak terhingga ini.

2 ulasan:

ZIANA ♥ FARREL berkata...

kluang pn smlm hujan.aku lg sedih sbb kt sini kena catua air.skrg lagi teruk sbb ujan br smlm turun.catuan akan diperketatkan lg..huhuhu..susah xde air..

Ieja RizaLiza berkata...

kesiannya kena catu air .. klu aku, biar takde letrik dari xde air .. boleh pengsan ouhhh ..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin