Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, April 30, 2010

Duit KWSP Tak Boleh Buat Guna Pergi Haji ??

Betul ke ??

Aku pernah nyatakan hasrat aku pada kawan-kawan aku, InsyaALLAH bila dah cukup umur, boleh keluarkan duit KWSP, aku nak pergi tunaikan Haji guna duit tu.

Tapi, ada kawan aku sorang ni cakap kita tak boleh guna duit KWSP pergi tunaikan Haji sebab sumber dividen duit KWSP tak tahu datang dari mana.

Aku pun macam bingung jugak. Memang selama ini, aku tak pernah ambil tahu ke mana tabungan KWSP aku dilaburkan. Yang penting pada aku, majikan aku dulu bayar caruman tiap-tiap bulan sebab dia dah potong gaji aku.

Ada sesiapa yang boleh bantu aku memahami perkara ini dengan lebih jelas. Aku ni cetek ilmu.

Walaupun memang ada kenalan yang pergi tunaikan Haji/Umrah guna duit KWSP, aku nak juga tahu lebih lanjut tentang wang caruman tu.

Tolonglah ye pada sesiapa yang ada info pasal ni. Manalah tahu kot-kot ada pembaca blog aku ni yang berkhidmat dengan KWSP ke, atau yang boleh bagi aku fakta tentang perkara ini. Aku sangat-sangat mengalu-alukan info kalian.

Please please please kamu jangan nakal help me !!


**ikhsan cik google**

Rabu, April 28, 2010

Mari Mari Makan

Aku kan suka makan. Jadi, aku rajin jugaklah masak. Takde lah masak masakan yang hebat2 macam nasi beriyani ke nasi dagang. Cuma masakan biasa yang selalu dimasak oleh para isteri sedunia.

Hari ni aku sangat gembira sebab ayah dan adik-adik aku ada kat rumah. Sekali-sekala diaorang datang, memang aku akan masak special sikit. Bukan selalu jumpa diaorang. Ayah aku kerja as a site supervisor jadi selalu outstation luar JB. Adik-adik aku pulak, sorang kerja kat Bandar Penawar, sorang lagi study kat UKM. So, bila ada kesempatan jumpa ni, memang diaorang selalu suruh aku masak. Sebagai seorang kakak yang hebat, cemerlang, gemilang, terbilang baik hati, aku layankan je tekak diaorang.

Tapi, hari ni aku masak simple je. Aku masak ayam kicap. Memang favourite aku. Letak kentang banyak sikit. Yumyum ...

Memang syiok laa. Aku sendiri pun makan sampai bertambah. Hahaha ...

Mari Mari Makan !!




Aku Jaga Kucing Aku Macam Jaga Anak

Dah lama tak cerita perihal kucing2 sayang aku. Sekarang ni dah tinggal 2 ekor. Masih lagi L dan Kira. Lepas Tiger mati, aku dah macam takde hati nak bela kucing baru.

Bukan tak sanggup nak bela kucing baru dari segi nak bagi makan atau nak jaga, tapi aku tak sanggup nak kehilangan lagi.

Bela kucing dah macam bela anak bagi aku. Kalau diaorang tak balik-balik bila dah petang mulalah aku risau. Tak senang duduk.

Kira jenis takut orang. Kalau dia main kat luar biasanya dekat area rumah jek. Takpun dia suka lepak bawah kereta Encik Rizal. Kalau nampak orang lalu, berdesup dia masuk rumah.

Tak macam si L. Jenis suka merayap entah ke mana-mana. Tau-tau bila balik rumah mesti comot gila. Dahlah dia putih, memang kalau kotor sikit je pun boleh nampak. Dahtu, kaki gaduh. Pantang nampak kucing jantan lain nak masuk wilayah dia or nak ngurat Kira, memang dia terkam. Sudahnya, dia jugak yang calar-balar sampai gigi dia pun dah patah taringnya.

Sekarang ni, ada sekor kucing jantan warna hitam ni selalu lepak depan rumah aku. Nak mengurat si Kira la tu. Memang tak dapat la. Laki dia ada. Tapi, L memang jenis proctecter. Dia lawan sungguh-sungguh walaupun akhirnya dia sendiri terbaring kesakitan. Tapi sehari je, pastu dia merayap lagi dan gaduh lagi. Jenis tak serik. Kucing hitam tu pulak jenis tak putus asa, nak jugak mengurat si Kira. Bila tak dapat, Kira pulak dia terkam. Kesian Kira. Habis luka-luka kat leher. Dia terus macam trauma. Terus takut nak keluar rumah.

Walau apapun, aku memang sayang gila kat kucing2 aku. Aku jaga sebaiknya. Makan dan minum tak pernah kurang. Berak pun siap ada pasir khas. Kalau sakit bawak pergi klinik. Aku mandikan dengan sabun khas. Kalau luka-luka kecil, aku yang sapukan dengan minyak gamat. Kalau dia sakit aku yang teresak-esak menangis. Memang sebiji macam jaga anak.


Selasa, April 27, 2010

Tolong Jangan !!




Aku tak suka.

Apa yang aku tak suka ??

Aku tak suka orang tag nama aku kat produk diaorang dalam Facebook. So annoying. Ok, fine. Aku faham itu salah satu strategi pemasaran. Tapi kalau setiap hari sampai 7-8 orang tag aku, memang aku rasa agak rimas. Penat aku nak untag semula sebab aku risau tengok terlalu banyak 'photos of me' dalam Facebook padahal takde gambar aku pun. Penuh dengan gambar produk.

Aku rasa kalau penjual-penjual ni buat pengumuman kat diaorang punya page sendiri lagi bagus. Tak pun , buat jek kedai online. Senang orang nak berurusan. Tak menganggu hidup orang lain. Link jek URL kedai korang tu kat FB seratus kali sehari kat status tu. Takde siapa nak marah.

Aku minta maaf kalau ada orang yang tak setuju dengan aku. Tapi, ini diri aku. Kalau aku tak suka, aku cakap aku tak suka.

So, tolong jangan !!

Kau Buatlah Pilihan Sendiri !!


Mana Lebih Sakit





Yang ini ??


atau .....



Yang ini ??






GILA !! Hahaha

Aku Suka Makan !!

Aku suka makan. Gila kau tak suka makan. Kalau tak suka makan, takdelah aku membesar bagai juara.

Pada yang mengenali aku secara peribadi especially kawan-kawan aku, diaorang tahu aku memang kaki makan. Ajak saja aku pergi makan kat mana pun, memang aku follow walaupun nama makanan tu pun aku tak pernah dengar mahupun lihat rupanya.

Kalau bab makan, aku memang agak adventurous orangnya. Aku suka cari tempat makan baru. Kalau sedap dan memuaskan hati aku, confirm aku akan pergi lagi dan lagi dan lagi dan lagi ....

Sifat aku ini sangat bertentangan dengan Encik Rizal. Dia tak cerewet dalam memilih makanan cuma kalau makanan Barat yang nama ala-ala pelik dan tergeliat lidah nak menyebut beserta harga yang kadang-kadang tak munasabah, dia memang tak suka. Makanan luar yang dia boleh makan berkali-kali hanyalah Sushi dan Shasimi. Itupun sebab dia pernah menetap kat Jepun selama 2 tahun. Kalau tak, memang haremmm la dia nak makan ...

Encik Rizal tak suka keju. Aku pulak hantu keju. Kalau pergi kedai yang serve Western food, mesti mata melilau cari menu yang ada keju. Tiba-tiba tengah menaip ni teringat lagu 'aku suka singkong, kau suka keju ah ah' .... hahaha

Encik Rizal sangat suka nasi putih. Dalam sehari kalau tak jumpa nasi alamat macam orang mati bini. Tak tentu arah. Lauk dia tak kisah. Kalau aku masak ikan bilis, letak cili padi dengan kicap dan telur dadar pun dia dah cukup berselera. Yang penting nasi mesti panas-panas.

Kalau aku pulak, memang tekak murtad gitu. Kalau berjalan pergi mana-mana mesti nak makan kat kedai yang pelik-pelik. Aku suka makan makanan Western or Italian macam burger ke, pasta ke. Nasi memang aku tak pandang lah. Nanti mesti Encik Rizal buat muka kerut-kerut seribu pastu tanya 'kat sini nak makan apa??'. Kadang-kadang suka tengok dia macam tu, so sweet.

Tapi, adakalanya aku ikutkan juga tekak Encik Rizal. Kesian pulak kan tengok dia makan macam nak taknak. Makan burger sebiji harga RM20++ pastu makan dengan hati yang tidak suka, tak syiok kau tau tak !! Kalau pergi tempat-tempat pilihan aku, biasanya kitaorang share jek. Takut Encik Rizal tak habis makan. Kau bayangkan, pergi makan kat Secret Recipe pun dia order menu yang ada nasi dengan chicken chop tu. Itu jelah yang dia order setiap kali pergi makan kat sana. Aku suruh order lain, takde maknanya dia nak.

Itulah kami. Berbeza tapi serasi.

Oleh kerana kecintaan dia terhadap nasi putih, aku memang jarang masak menu lain kat rumah. Aku cuma pelbagaikan lauk pauk jelah. Kalau adik-adik aku atau ada orang datang baru aku tukar menu, masak mee kari ke spageti ke.

Apapun, yang penting aku memang suka makan. Kalau bosan-bosan kat rumah, confirm ada je benda yang aku nak masak. Tu yang tetiba google resepi pai ayam la, kek nanas la, kek carrot la, karipap la. Hahaha

Sebab Aku suka makan !!!!

Umur Aku 29 Tahun

Tak tahu kenapa tiba-tiba letak tajuk entri macam tu. Mula-mula ingat nak ltaip ain tapi tertaip lain. Tak kisah lah kan sebab itu kenyataan.

Sejak kebelakangan ini, aku selalu complain pada Encik Rizal tentang muka aku. Aku rasa muka aku ni tak bermaya. Macam pucat lesi. Tak glowing gitu. Haha

Aku rasa umur dah macam 39 tahun pulak.

Bukan tak guna produk kecantikan tapi tetap rasa tak puas hati.

Kalau korang tengok gambar-gambar aku yang telah diedit secanggih mungkin itu, tanpa tahu berapa umur aku, korang rasa berapa umur aku ??

Kadang-kadang aku rasa confident dengan diri aku. Kadang-kadang rasa rendah diri pulak bila tengok makcik-makcik yang umur dah 40 tahun tapi muka memang glowing gila kulit licin macam telur halus mulus rasa nak gigit.

Tapi, bila Encik Rizal cakap walau macamana pun rupa aku, dia tetap sayang kat aku, ok terus aku rasa akulah wanita paling cantik dalam dunia.

Ok. Lepas ni tiap2 malam aku pakai bedak sejuk dengan harapan muka jadi putih seputih salju tapi leher hitam. Sangat kontra, kan ?? Hahaha

Entah apa-apa aku merepek pagi-pagi ni pun tak tahu la. Mungkin disebabkan perasaan gemuruh nak pergi interview Khamis ni.

Bye.

Isnin, April 26, 2010

Kenapa La Aku Tertengok

Selalunya, petang-petang dalam pukul 6 aku dah bersidai kat pagar rumah jiran. Biasalah, sambil-sambil bawak Azeem dengan Aiman main-main kat luar, kitaorang mak-mak orang ni duduk la bersembang. Macam-macam topik dibualkan. Politik, isu semasa, sukan dan tak lupa juga gosip artis. Ni semua mak-mak kategori celik IT tau. Haha

Tapi disebabkan sejak kebelakangan ni selalu hujan waktu petang, jadi, aku dah tak berkesempatan nak duduk bergosip dengan rakan seangkatan macam selalu.

Jadinya ...

Tertengok lah cerita ni ... Adamaya !!

Betul weh, mula-mula tertengok, sudahnya ter'mengikuti' pulak.

Aku dah lama pencen tengok slot Akasia ni. Dulu-dulu memang hantu tengok slot ni. Nak-nak cerita Spa Q. Masa tu aku kerja, sanggup berhimpit dalam bas dengan ketiak masam sebab nak sampai rumah awal. Balik-balik rumah, bukan nak terus mandi ke masak ke apa, cari remote control TV dulu. Lepas tu, dok melanguk depan TV sampai la pukul 7.30 baru la terhegeh-hegeh nak mandi, solat dan masak makan malam untuk suami. Eh ?? Baru teringat ada suami rupanya !! Hancur hancur !!

Nampaknya, terkena lagi badi slot Akasia ni. Siot betul la. Aku ni jenis kalau dah tertengok satu cerita tu dan cerita tu menarik perhatian aku, memang aku payah nak tinggalkan. Lagi-lagi drama bersiri.

Sebab utama kenapa aku tertarik tengok cerita ni sebab cerita dia simple jek. Hero dengan heroin pun ala-ala sempoi gitu. Kalau hero dia Farid Kamil, confirm aku tak tengok !! Nasib hero dia Sein. Tu yang melekat tuh ... hahaha

Dahlah ... ni tengah layan Hindustan pulak. Rindu kat Shah Rukh Khan. Motif ??? Tetiba jek si gila ni tau !!





Assalammualaikum

Dah 2-3 hari aku menghilangkan diri dari alam maya. Tak ke mana pun. Cuma bertapa kat rumah sebab serangan flu dan sakit tekak. Tu yang malas nak on lappy bagai. Rasa nak baring selama 24 jam. Rosak program nak karok bersama kawan-kawan. Tapi, tak kisah pun.

Bila kena sakit macam ni baru tau siapa kawan. Thanks to my BFF, Siti and Haza yang sudi menemani aku ke klinik serta mengambil berat pasal aku.

To my one and only Encik Rizal, terima kasih banyak-banyak sebab sanggup ambil cuti emergency, drive all the way from KL to JB sebab risaukan kesihatan isterimu ini. Terima kasih juga sebab tolong masak, kemas rumah dan yang sewaktu dengannya semasa I sakit. I love U la babeh !!

Tapi I nak mintak maaf jugak sebab U terpaksa melalui perkara yang pada I memang tak munasabah. I benci dengan situasi itu. I tak sangka, masalah kesihatan I boleh jadi 'isu besar' pada seseorang !!

Bak kata Siti, bersabar jelah, ini semua dugaan. Kita kena fikir positif. Tak gitu Puan Siti ??? Hahaha

Apapun, aku dah hampir sihat. Makan ubat ikut waktu walaupun rasa nak muntah hijau bila telan ubat. Terus doakan kesihatan aku yek !!

Sebelum aku chow ... nak promote bagi mereka-mereka yang kaki wayang macam aku. Sebelum IronMan 2 membuka tirai, why don't u guys check this film. Memang tak rugi. Worth the money !! Pada aku lah ... Tonton dengan tanggungjawab sendiri. Kalau korang rasa tak best, tiada tuntutan atau surat-menyurat akan dilayan ! Bahahaha ...




Rabu, April 21, 2010

Kalau Dah Namanya Manusia

Sebagai manusia biasa, kita memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada kan?? Dah ada duit lebih sikit, mesti berangan nak jadi jutawan. Dah pakai kereta Waja, mesti berangan nak pakai kereta BWM. Dah ada rumah teres 3 tingkat, mesti berangan nak ada rumah banglo atas bukit. Kadang-kadang rasa macam tak bersyukur pulak.

Itulah yang terjadi pada aku. Tapi bukan tak puas hati sebab takde duit juta-juta atau takde kereta BMW ataupun rumah banglo atas bukit.

Cuma, sekarang ni dah selalu sangat hujan bila petang menjelma. Asyiklah merungut sebab baju selalu tak kering. Selain tu merungut sebab tak dapat nak keluar berborak-bergosip-bermesyuarat pagar dengan jiran-jiran. Hahaha ...

Kalau dulu, merungut cuaca terlalu panas sampai rasa nak berendam dalam bath tub dan minum milo ais sebaldi.

Sekarang ni pulak, ALLAH dah turunkan hujan, sejukkan bumi, masih lagi merungut.

Inilah aku. Seorang manusia biasa. Manusia yang memang selalu lupa diri. Selalu terlupa memanjat kesyukuran atas setiap kurniaan-Nya.

Ya ALLAH ! Ampuni hamba-Mu yang dangkal ini.

Selasa, April 20, 2010

Tak Suka !!

Angin aku memang tak berapa nak baik sejak 2-3 hari ni tapi masih boleh bersuka-ria di Gatsby Deodorant Street Fair. Hehe ...

Tension dengan keadaan sekeliling. Nak cakap banyak pun tak guna. Tak kuasa nak bertekak takut nanti dikata tak kenang budi.

Tapi, aku manusia biasa. Ada hati. Ada perasaan. Janganlah kerana aku ni jenis tak banyak cakap, korang ingat korang boleh pijak-pijak kepala aku.

Bukan aku nak mintak penghargaan atau hadiah bagai, at least as a human, takkan takde perasaan rasional dalam otak korang.

Aku pun ada masalah dan hal peribadi aku sendiri. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri.

Aishhh !! Tak suka la. Tau tak. Tak suka !!!

Berita Basi

Ini bukan sari berita penting.

Ini hanyalah entry mengada-ngada sebab dah takde idea nak buat entry apa.

Korang masih ingat tak cerita pasal Cik Nokia 5610 aku yang rosak dulu tu ?? Masa tu ingat boleh betulkan sebab orang kedai tu cakap maybe upah baiki dalam RM100, rupa-rupanya dia rosak teruk. Nak betulkan, upah sampai RM400. Arghhh tak kuasa aku. Baik aku beli baru. So, tamatlah riwayat Cik Nokia 5610 itu setelah hampir 2 tahun berkhidmat untuk aku. Kiranya, Cik Nokia 5610 ni adalah handphone paling sekejap berkhidmat untuk aku. Siot betul. Dahlah nak beli dia sampai ke Plaza Low Yatt aku jelajah. Handphone lain aku beli termasuk kat Kipmart Tampoi jek, tapi bersara sekurang-kurangnya selepas 4 tahun.

Lepas tu, Encik Rizal belikan handphone CSL. Murah jek, RM150. Tapi takdelah camera ke 3G bagai. Memang just guna untuk incoming and outgoing call jek. Sedih gila !! Tapi takpelah, asal boleh bercakap dengan hantar sms.






Entah macamana, bila birthday aku yang lepas, tetiba teringin nak handphone baru. Hehe, teruslah aku mengecek kat Encik Rizal. Mula-mula dia macam taknak belikan, tapi lepas aku buat muncung 18 inci, dia pun setuju belikan itupun dengan syarat tak boleh mengada-ngada nak tukar-tukar yang lain. Kira kena pakai sampai mati lah. Bukan aku yang mati tapi handphone tu yang mati.

Hasil dari muncung 18 inci tu, dapatlah handphone pujaan. Model ni dah lama tapi entah kenapa macam jatuh cinta pulak. Ok. Boleh pegi toilet muntah kelabu taik hanjing hijau sekarang !! Bye ...




SAYA MAHU BLOG SAYA DIJELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana




Firstly, aku nak ucap thanks pada Ben Ashaari sebab anjurkan segmen jelajah macam ni. Sangat bagus untuk memperkenalkan blogger baru pada dunia maya.

Sebenarnya, aku dapat tahu tentang Ben Ashaari dari blog Kak Haku. Memang sejujurnya, aku tak kenal siapa gerangan jejaka ini. Bila aku singgah blog dia, rupa-rupanya dia ni baru jek menceburkan diri dalam dunia blog, kalau tak silap baru 6 bulan macam tu lah, tapi dia punya rating memang tinggi gila. Aku yang dah setahun lebih berblogging ni pun tak pernah dapat rating macam tu.

Oleh yang demikian, aku nak dia jelajah blog aku untuk beri pendapat tentang penulisan aku. Aku memang suka tulis merapu. Aku tulis tentang kehidupan seharian aku. Blog aku ni lebih kepada peribadi. Kadang-kadang ada jugak aku selitkan sedikit info yang boleh dikongsi bersama selain daripada resepi yang tak berapa nak banyak pun.

Kalau boleh, aku nak Encik Ben Ashaari ni bagi pendapat bagaimana nak mempelbagaikan tajuk penulisan supaya orang yang baca blog aku taklah bosan kalau aku asyik cerita pasal hal peribadi aku bersuka-ria di sana sini.

Akhir sekali, hehe mestilah aku nak rating aku naik jugak macam Encik Ben Ashaari ni. Boleh menambah kenalan.


p/s : sesiapa yang berminat nak kena jelajah, bolehlah terjah blog Ben Ashaari

I'm Part of Gatsby Street Fair and Malaysia Book Of Record Too !!

Dapat jugak aku pergi event ni ditemani Encik Rizal. Thanks to sayang sebab sudi melayan isteri dia ni.









Tapi rasanya dia mesti tak menyesal join aku pegi event ni sebab aku yakin dia yang sangat teruja. Hampir kesemua games yang ada kat event ni dia join. Mana taknya, nak kumpul point untuk tukar dengan barang Gatsby. Apapun, aku memang enjoy gila dapat datang ke majlis ni sebab memang happening. Unlucky me, aku tak menang apa-apa hadiah dalam lucky draw, tapi takpe yang penting kita enjoy !!
















Yup, we manage to put our name on Malaysia Book of Records for the largest bloggers gathering which is i think the number was up to 500 people.








Memang penat gila sebab aku sampai seawal 9.30 pagi dan setia menunggu samapi pukul 5.00 petang gara-gara taknak terlepas lucky draw yang mana hadiah dia memang sangat kaw-kaw gila !! I wish that BlackBerry was mine !! Hahaha ... Anyway, congratulations to the winners. Aku dapat barang Gatsby pun dah kira ok. Oleh kerana barangannya lebih sesuai untuk lelaki, so aku hadiahkan pada Encik Rizal jelah ... ok apa ... macam-macam barang penjagaan diri. Aku rasa supply untuk 3-4 bulan. Save money dowh !!













Jumaat, April 16, 2010

Off To Kuala Lumpur

Ini adalah schedule entry. Kemungkinan besar, semasa entry ini di published, aku sudah berada dalam bas menuju ke Kuala Lumpur. Doakan perjalanan aku selamat yek. Esok, aku akan berada di Times Sqaure untuk Gatsby Deodorant Street Fair. First time join aktiviti anjuran Nuffnang. Sangat teruja !! Boleh jumpa 399 bloggers yang lain. Kalau kamu-kamu join aktiviti ni, kalau terserempak dengan aku, helo-helo la ye. Aku ni pemalu sikit. Bahaha ....

Ok. Taknak buat entry melalut. Nanti aku update cerita tentang event ni. Bubye !!

Khamis, April 15, 2010

Pengasuh Di Rumah Vs Pengasuh di Taska

Tadi aku baca paper Harian Metro tentang kes bayi 9 bulan meninggal dunia tercekik bebola ikan. Biar betik ??? Terperanjat ayam aku dibuatnya. Baby 9 bulan dah boleh makan benda-benda macam tu ker ?? Kalau bubur tu aku tau la. Itupun aku rasa ramai mummy yang kisar bubur tu sampai lumat. Aku takde pengalaman so aku tak berapa pasti.

Kalau aku berada kat tempat ibubapa baby tu mesti tak tau nak buat apa. Nak marah pun tak guna sebab baby tu tak akan hidup semula. Nak saman ? Pada aku menambah luka sebab kena turun naik mahkamah, kes akan berpanjangan dan kesan sakit itu akan lebih dalam.

Bergaul dengan mereka-mereka yang bergelar ibu membuatkan aku sentiasa berfikir banyak kali tentang masa depan. Andaikata aku ada anak nanti, di mana aku nak letak anak aku. Ini cerita kalau masa tu aku bekerja lah. Kalau tak kerja mungkin tak jadi masalah. Anak sendiri kan ... mestilah dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh.

Kebanyakan jiran-jiran aku hantar anak mereka yang kecil, yang berusia 3 tahun ke bawah kepada pengasuh di rumah macam aku. Menurut mereka, macam kesian nak hantar kat taska atau pusat asuhan sebab kadangkala tempat ni sangat pack. Pemilik pusat asuhan ni pula kadangkala aku rasa bukan pentingkan kualiti tapi kuantiti. Contohnya macam taska dekat rumah aku ni, pengasuh yang menjaga kanak-kanak ni cuma ada sorang. Nak handle sampai 10-12 orang. Gila ke apa ??? Memang tak terjaga beb !! Aku yang jaga 2 orang ni pun rasa dah macam jaga 4 orang.

Kalau pengasuh di rumah ni pada aku kira oklah sebab biasanya diaorang jaga dalam 3-4 orang jek. Mungkin masih boleh mengawal keadaan. Tau jela kan, kanak-kanak. Lagi-lagi yang nak membesar. Habis segala benda dia nak jelajah, nak try buat. Berlari, memanjat, melompat.

Kalau aku diberi pilihan, aku rasa aku akan pilih pengasuh di rumah. Tapi, sebelum tu pengasuh tu mestilah kenal memenuhi piawaian yang aku tetapkan. Aku taknak pengasuh yang ambil terlalu ramai kanak-kanak. Kalau boleh biar jaga anak aku sorang saja, lagi bagus.

Selain tu, kenalah tengok keadaan dalam rumah dia. Bukanlah nak kena kemas dan bersih tanpa habuk kuman bagai. Tapi cukuplah sedap mata memandang. Kalau kau sanggup tengok orang yang rumah berterabur, tunggang terbalik jaga anak kau ?? Tak risau macamana penyediaan makanan yang diberi pada anak kau ?? So, kenalah pilih yang betul-betul.

Bukan aku kata pengasuh kat taska/pusat asuhan tak bagus cuma macam yang aku cakap tadi, kadangkala terlalu pack. Macamana anak aku nanti nak dapat perhatian sepenuhnya dalam masa 10 jam ?? 10 jam ok !! Hampir separuh dari sehari hidup kau, kau akan tinggalkan anak kau. Redha memang la redha tapi kalau kita hantar kat tempat yang elok, kita pun senang hati nak pergi kerja kan ...

Yang lebih menakutkan aku bila pengalaman kawan-kawan yang negatif terkena kat batang hidung sendiri. Contoh macam jiran aku, anak dia kena ruam kat kulit sampai tumbuh biji-biji berair. Bila pergi klinik, doktor cakap ini disebabkan badan anak dia tak dilap sampai kering selepas mandi. Tu yang tumbuh ruam kat area yang berlipat macam, leher dan jugak kulit kepala. Doktor siap cakap boleh berjangkit. Eiii seram siot.

Kes lain pulak, ni pun kes hantar kat taska. Pengasuh kat taska tu tak bagi anak kawan aku minum susu dengan alasan takut budak tu kencing. Sampaikan bila petang kawan aku ambil anak dia, mesti anak dia merengek, lapar nak susu. Susu yang kawan aku packing letak kat taska pun tak luak. Bengong tak ??? Ada pulak yang malas, dia siap pakaikan pampers pada budak yang dah umur 4 tahun sebab malas nak bersihkan kot-kot budak tu terkencing atau terberak dalam seluar.

Hish entahlah. Risau jugakkan bila difikir-fikir. Mungkin ada hikmahnya kalau aku tak kerja. Boleh jaga anak aku sendiri. Tengok dia membesar bagai johan depan mata. Mungkin sebab itu ramai ibu-ibu yang bekerja letak jawatan semata-mata nak mendidik anak sendiri kat rumah.

Kalau kamu-kamu bagaimana ?? Apa pilihan kamu-kamu ??

Betapa Beruntungnya Aku

Sepanjang hampir 5 tahun (lagi 1month ++ to our 5th Anniversary) berkahwin dengan Encik Rizal, aku rasa aku tergolong dalam golongan perempuan yang beruntung kerana memiliki suami yang bertanggungjawab. Walaupun kehidupan kami tak mewah, tapi Encik Rizal tak pernah mengabaikan keperluan aku sebagai seorang wanita.

Ceh ceh, melalut pulak.

Sebenarnya nak cerita tentang betapa beruntungnya aku sebab berkahwin dengan seorang tukang kayu.

Mana tidaknya, kesemua perabot dalam rumah ni adalah hasil kerja tangan Encik Rizal. Memang kitaorang tak pernah beli apa-apa jenis perabot berasaskan kayu pun. Kalau aku rasa aku nak kabinet kat dapur, aku order jek dengan Encik Rizal. Walaupun kadang-kadang ambil masa yang bertahun nak siap tapi Alhamdulillah, hasilnya tak pernah menghampakan.

Masa nak pindah masuk rumah dulu, kami memang dapat menjimatkan duit dengan jayanya. Kalau orang lain terpaksa sewa lori dengan harga beratus-ratus, aku dapat perkhidmatan percuma sebab guna lori syarikat Encik Rizal bekerja.

Upah cat rumah pulak NIL sebab guna khidmat Encik Rizal dan adik aku. Bab-bab pasang barang elektrik macam lampu, kipas, wiring pun Encik Rizal sendiri yang buat. Takde upah-upah orang. Banyakkan kami dah jimat !!

Mungkin bila orang lain dengar Encik Rizal tu tukang kayu mesti rasa macam 'hek eleh, tukang kayu jek ??' tapi ada aku kisah ????

Jom jenguk-jenguk hasil kerja tangan Encik Rizal untuk rumah kami ...
























LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin