Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, April 02, 2010

Al-Fatihah ...



Aku rasa ramai yang dah tau tentang berita pemergian Arwah Din Beramboi. Memang benar, bila tiba saat kematian, ianya pasti dan takde istilah 'nanti-nanti'. Mula-mula aku dapat tau yang arwah dimasukkan ke hospital semasa tengah godek-godek Facebook. Sana-sini cerita pasal berita tu.

Pada mulanya, aku baca dia terkena jangkitan kencing tikus. Tapi, rupa-rupanya sebab demam denggi berdarah.

Sedih. Itu perasaan aku sebab aku memang suka dengan Arwah. Walaupun kekadang lawak dia tu agak melampau tapi dia tak pernah gagal buat aku gelak sorang-sorang depan radio kalau dengar dia berceloteh kat Radio Era pagi-pagi.

Pada kamu-kamu semua, sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin. Al-Fatihah ...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin