Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, April 15, 2010

Betapa Beruntungnya Aku

Sepanjang hampir 5 tahun (lagi 1month ++ to our 5th Anniversary) berkahwin dengan Encik Rizal, aku rasa aku tergolong dalam golongan perempuan yang beruntung kerana memiliki suami yang bertanggungjawab. Walaupun kehidupan kami tak mewah, tapi Encik Rizal tak pernah mengabaikan keperluan aku sebagai seorang wanita.

Ceh ceh, melalut pulak.

Sebenarnya nak cerita tentang betapa beruntungnya aku sebab berkahwin dengan seorang tukang kayu.

Mana tidaknya, kesemua perabot dalam rumah ni adalah hasil kerja tangan Encik Rizal. Memang kitaorang tak pernah beli apa-apa jenis perabot berasaskan kayu pun. Kalau aku rasa aku nak kabinet kat dapur, aku order jek dengan Encik Rizal. Walaupun kadang-kadang ambil masa yang bertahun nak siap tapi Alhamdulillah, hasilnya tak pernah menghampakan.

Masa nak pindah masuk rumah dulu, kami memang dapat menjimatkan duit dengan jayanya. Kalau orang lain terpaksa sewa lori dengan harga beratus-ratus, aku dapat perkhidmatan percuma sebab guna lori syarikat Encik Rizal bekerja.

Upah cat rumah pulak NIL sebab guna khidmat Encik Rizal dan adik aku. Bab-bab pasang barang elektrik macam lampu, kipas, wiring pun Encik Rizal sendiri yang buat. Takde upah-upah orang. Banyakkan kami dah jimat !!

Mungkin bila orang lain dengar Encik Rizal tu tukang kayu mesti rasa macam 'hek eleh, tukang kayu jek ??' tapi ada aku kisah ????

Jom jenguk-jenguk hasil kerja tangan Encik Rizal untuk rumah kami ...
























8 ulasan:

=*NuRo0L* = berkata...

fuh..memag power la laki akak...hasil kerja kalah ikea..pasni lh ar wat tempahan..boleh..?

chuopa berkata...

wow, padanlah ko rajin masak, kitchen cabinet ko pun cam lazat..

Ieja RizaLiza berkata...

nurool : sesungguhnya hubby akak memang suka pegi ikea (eh ke bini dia yang suka ??? ) sebab suka tgk idea ikea then kita ubah apa yang patut apply kat rumah sendiri ... hehe

tahir : mehlah datang rumah makan kitchen cabinet aku ... ;)

mumy berkata...

wah..lps ni mntk tlg en. rizal je..kalu pindah umh baru..:)

Jemari Seni berkata...

Ieja.. Chantek dan kemas la kerja tangan your hubby... ni dah mcm kontraktor kelas A punya keje dah ni...
Ieja kalu nak tempah bleh?...hehehhe suka la tgk rak buku tu!

Ieja RizaLiza berkata...

nenny : ok nanti mintak quotation kat dia ... ;)

kak haku : nak order ker ??? hehe, rak buku tu cilok idea kat ikea .. huhu ;)

captain_zed berkata...

koma skejap.. bole tak ko bukak cawangan kat ampang, senang sket nak order.. xjadi la gi ikea mcm nie, baik gi umah korang jer..ako rasa en rizal time project "kotak kayu kunci berlagu" kemahiran hidup sure score A+++.. ako nak pasang batang mop pun fail..nangis~ mmg untung ko faizah..he's in return pun untung jugak, dapat a wifey yg penyayang (termasukla kasih sayang terhadap vinatang seperti kekucheng) n pandai masak kan=) kira sekufu la..

iS3 DaEnG berkata...

Kalau nak tempah ada penghantaran ker perak tak????kemas laa hubby awak buat..untung sangat2 tak pening nak upah2 orng kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin