Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, April 01, 2010

Festival Belon Udara Panas Putrajaya


Weee ...

Ini cerita kategori basi berlendir la. Tapi, as a owner of this blog, aku tak kira. Aku nak publish jugak.

Aku bersemangat waja sebenarnya masa nak pegi festival ni dengan harapan dapatlah naik belon panas tu sebab bayaran dia taklah mahal sangat. RM10 untuk dewasa. Dari JB lagi aku dah berangan nak naik ni, siap pesan kat Encik Rizal dia takyah naik sebab aku nak suruh dia ambil gambar aku. Haha punya jahat bini dia ni !!

So, aku pegi festival ni pada hari Ahad tapi tarikh tak ingatlah pulak, kira last day festival ni berlangsung la. Pagi-pagi dah bangun, siap-siap sebab nak elakkan jammed dan jugak berebut parking. Perjalanan dari rumah sewa Encik Rizal kat Kajang ke Putrajaya sekejap jek, adalah dalam 15 minit.

Sampai jek kat Putrajaya, tengok dah ramai orang padahal baru pukul 9 pagi. Nasib dapat jugak parking dekat dengan tapak festival. Tak payah la aku nak menapak jauh-jauh.

Tapi, bila sampai ... terus terang aku cakap aku kecewa. First sebab tiket nak naik belon tu dah habis, second sebab hot air balloon tu tinggal 5 ketul jek. Aduhai ... hilang rasa excited. Ramai jugaklah yag datang. Mostly, orang-orang yang ada camera canggih DSLR la kan ... terpusing sana terpusing sini ambil gambar. Macam nak patah pinggang pun ada jugak. Takpe takpe, nanti aku beli jugak satu. Jelessss !!

Yang meriah aku rasa adalah gerai-gerai yang jual macam-macam jenis barang. Ala-ala pasar malam gitu. Paling meriah ialah kedai jual sandal Crocs. Adalah dalam 4-5 gerai yang jual mende tu. Aku cuma beli tudung jek. Sehelai RM5. Haha kira oklah kan ...

Tak lama pun aku kat situ sebab boring. Then, aku ajak Encik Rizal pegi Tasik Putrajaya sebab nak berposing maut lagi. Sebenarnya, aku nak tambah koleksi gambar sebab ada 'art project' yang aku nak jalankan di rumah.

So, kiteorang pun menuju ke Tasik Putrajaya. Lepas posing mana yang patut, kiteorang pun chow pegi rumah adik ipar aku kat Gombak. Tak larat nak duduk lama-lama kat situ. Panas gila sampaikan terpaksa beli kipas tangan berharga RM5.

Dahlah ... jom kita layan piccas sepanjang aku kat sana ...



baru sampai ... testing kamera handphone baru



nak naik tapi takde rezeki ... huhu



terima kasih Encik Rizal ku sayang yang rajin melayan bini dia ni



nak beli belon ni, tapi Encik Rizal tak kasi ... kecik ati !!



koleksi gambar untuk 'art project'

2 ulasan:

Jemari Seni berkata...

Ieja! Sampe jugak walaupun tak dpt naik!
Haku beriya set jam nak pegi sudahnya naik belon atas katil jer..hehehhehe

masterly02 berkata...

datang pagi pun tiket abis?
hampeh gak ek..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin