Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, April 14, 2010

Kesah ke Tak Kesah ??

pic credited to Google




Kalau dulu-dulu, masa baru 2-3 tahun kawin, kalau orang tanya bila nak dapat anak, aku mesti macam emo. Mulalah airmata bergenang. Yela kan ... siapa yang tak sedih kalau pertanyaan tu lebih kepada unsur menyindir.

Korang ingat nak dapat anak ni macam kau ambil telefon, dail no yang berkaitan, pastu order then dalam masa 30 minit akan ada orang deliver baby tu depan rumah ??? Kau ingat macam tu ker ???

Siapa yang tak mahu zuriat yang lahir dari rahim sendiri kalau dah sah bergelar suami isteri. Siapa yang tak mahu ada penyeri dalam rumahtangga.

Itu bukan kuasa aku. Aku hanya mampu merancang. Sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya.

Tapi sekarang ini, kalau ada orang yang bertanya soalan yang sama, aku dah tak rasa apa dah. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Dah lali. Paling-paling pun aku senyum jek.

Bukan bermaksud aku dah menyerah kalah. Cuma, aku dah sematkan dalam hati dan kepala otak bahawa sesungguhnya akan tiba masa dan saatnya nanti aku bergelar ibu. Biarlah lewat sekalipun, aku yakin ada sinar bahagia untuk aku. Sekarang ni pun, aku menjalani kehidupan sebagai seorang ibu biarpun sebagai ibu segera. Aku anggap ini sebagai latihan. Bak kata omputih, practice makes perfect !!

Apa-apapun, kamu-kamu doakanlah juga untuk aku yek agar impian aku yang satu ini akan tercapai. Aku sendiri akan terus berusaha keras untuk mencapai impian itu. Gambate !!


2 ulasan:

Jemari Seni berkata...

Sabo Ieja! Manusia kalau tak bercakap tak sah!
Insyaallah ada rezeki tu nanti bersabar jer... ni pon dugaan jugak tu ya!

yatiyahya berkata...

insyaallah.. ada faizah...jgn putus asa..k...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin