Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, April 13, 2010

Macam-Macam Hal


Perkara yang paling aku tak suka kalau Encik Rizal outstation berhari-hari-pastu-3-minggu-tak-balik-balik-macam-dia-bujang adalah apabila macam-macam benda kat rumah ni rosak !!

Bermula dengan pintu toilet yang tiba-tiba terrkunci dari dalam. Luckily, toilet tu jarang diguna. Just untuk mandikan Azeem dan Aiman saja. Tapi, kalau dah 2 minggu tak diguna, aku pulak yang pening kepala sebab risau entah wujud apa-apa binatang yang tidak dihingini ke kat dalam tu. Selain itu, baldi dan mop memang simpan dalam tu. So, dah 2 minggu tak mop rumah. Agak suka tapi bila kaki rasa melekit-lekit mulalah aku naik angin. Rasa nak tendang jek pintu tu ala-ala kungfu Jackie Chan.

Lepas tu berjangkit pulak kat siling dalam bilik adik aku. Bocor la pulak. Aku baru perasan masa nak sapu sampah dalam bilik tu. Ternampak air becak. Tension lagi sekali. Kalau hujan terpaksa tadah guna baldi. Dah rasa maca duduk kat rumah atap rumbia pulak.

Yang satu ni paling tak suka. Sinki tersumbat. Ya ALLAH !! Kuatkanlah iman hamba-Mu ini !! Terpaksalah aku jadi ala-ala orang gaji 44, dok mengepam sinki tu siap pakai glove getah warna pink. Tension !!!

Lepas ni tak tahu la apalagi benda yang nak buat hal. Bila Encik Rizal bersenang lenang kat rumah ni tak pernah pulak nak rosak itu ini. Saja jek nak bagi aku kerja lebih masa a.k.a kerja bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, supaya tak payah membazir duit pergi gym untuk dapatkan bentuk badan ideal. Haha. Padahal tak meng'kurus' pun, makin meng'kembang' adalah !!

Moral of the story, kaum-kaum wanita ni kenalah ada sedikit ilmu dalam urusan baikpulih rumah. Kot-kot kena tinggal terkontang-kanting kat rumah sensorang, berguna jugak ilmu tu kan. Ok. Lepas ni, aku kena menuntut lebih banyak ilmu dengan Encik Rizal supaya aku jadi Wanita Perkasa !!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin