Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, April 15, 2010

Pengasuh Di Rumah Vs Pengasuh di Taska

Tadi aku baca paper Harian Metro tentang kes bayi 9 bulan meninggal dunia tercekik bebola ikan. Biar betik ??? Terperanjat ayam aku dibuatnya. Baby 9 bulan dah boleh makan benda-benda macam tu ker ?? Kalau bubur tu aku tau la. Itupun aku rasa ramai mummy yang kisar bubur tu sampai lumat. Aku takde pengalaman so aku tak berapa pasti.

Kalau aku berada kat tempat ibubapa baby tu mesti tak tau nak buat apa. Nak marah pun tak guna sebab baby tu tak akan hidup semula. Nak saman ? Pada aku menambah luka sebab kena turun naik mahkamah, kes akan berpanjangan dan kesan sakit itu akan lebih dalam.

Bergaul dengan mereka-mereka yang bergelar ibu membuatkan aku sentiasa berfikir banyak kali tentang masa depan. Andaikata aku ada anak nanti, di mana aku nak letak anak aku. Ini cerita kalau masa tu aku bekerja lah. Kalau tak kerja mungkin tak jadi masalah. Anak sendiri kan ... mestilah dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh.

Kebanyakan jiran-jiran aku hantar anak mereka yang kecil, yang berusia 3 tahun ke bawah kepada pengasuh di rumah macam aku. Menurut mereka, macam kesian nak hantar kat taska atau pusat asuhan sebab kadangkala tempat ni sangat pack. Pemilik pusat asuhan ni pula kadangkala aku rasa bukan pentingkan kualiti tapi kuantiti. Contohnya macam taska dekat rumah aku ni, pengasuh yang menjaga kanak-kanak ni cuma ada sorang. Nak handle sampai 10-12 orang. Gila ke apa ??? Memang tak terjaga beb !! Aku yang jaga 2 orang ni pun rasa dah macam jaga 4 orang.

Kalau pengasuh di rumah ni pada aku kira oklah sebab biasanya diaorang jaga dalam 3-4 orang jek. Mungkin masih boleh mengawal keadaan. Tau jela kan, kanak-kanak. Lagi-lagi yang nak membesar. Habis segala benda dia nak jelajah, nak try buat. Berlari, memanjat, melompat.

Kalau aku diberi pilihan, aku rasa aku akan pilih pengasuh di rumah. Tapi, sebelum tu pengasuh tu mestilah kenal memenuhi piawaian yang aku tetapkan. Aku taknak pengasuh yang ambil terlalu ramai kanak-kanak. Kalau boleh biar jaga anak aku sorang saja, lagi bagus.

Selain tu, kenalah tengok keadaan dalam rumah dia. Bukanlah nak kena kemas dan bersih tanpa habuk kuman bagai. Tapi cukuplah sedap mata memandang. Kalau kau sanggup tengok orang yang rumah berterabur, tunggang terbalik jaga anak kau ?? Tak risau macamana penyediaan makanan yang diberi pada anak kau ?? So, kenalah pilih yang betul-betul.

Bukan aku kata pengasuh kat taska/pusat asuhan tak bagus cuma macam yang aku cakap tadi, kadangkala terlalu pack. Macamana anak aku nanti nak dapat perhatian sepenuhnya dalam masa 10 jam ?? 10 jam ok !! Hampir separuh dari sehari hidup kau, kau akan tinggalkan anak kau. Redha memang la redha tapi kalau kita hantar kat tempat yang elok, kita pun senang hati nak pergi kerja kan ...

Yang lebih menakutkan aku bila pengalaman kawan-kawan yang negatif terkena kat batang hidung sendiri. Contoh macam jiran aku, anak dia kena ruam kat kulit sampai tumbuh biji-biji berair. Bila pergi klinik, doktor cakap ini disebabkan badan anak dia tak dilap sampai kering selepas mandi. Tu yang tumbuh ruam kat area yang berlipat macam, leher dan jugak kulit kepala. Doktor siap cakap boleh berjangkit. Eiii seram siot.

Kes lain pulak, ni pun kes hantar kat taska. Pengasuh kat taska tu tak bagi anak kawan aku minum susu dengan alasan takut budak tu kencing. Sampaikan bila petang kawan aku ambil anak dia, mesti anak dia merengek, lapar nak susu. Susu yang kawan aku packing letak kat taska pun tak luak. Bengong tak ??? Ada pulak yang malas, dia siap pakaikan pampers pada budak yang dah umur 4 tahun sebab malas nak bersihkan kot-kot budak tu terkencing atau terberak dalam seluar.

Hish entahlah. Risau jugakkan bila difikir-fikir. Mungkin ada hikmahnya kalau aku tak kerja. Boleh jaga anak aku sendiri. Tengok dia membesar bagai johan depan mata. Mungkin sebab itu ramai ibu-ibu yang bekerja letak jawatan semata-mata nak mendidik anak sendiri kat rumah.

Kalau kamu-kamu bagaimana ?? Apa pilihan kamu-kamu ??

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin