Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, April 06, 2010

Projek Baru = Takde Mood

Malasnya nak berblog. Blog walking pun mana yang sempat jek. Entah untuk kali yang ke berapa ribu, aku takde mood. Firstly sebab rindu gila kat Encik Rizal. Dah 2 minggu tak jumpa dia. Sebab lain adalah kerana terpaksa menunggu seminggu lagi untuk jumpa buah hati sayang aku itu. Tension tension !! Dahlah bosan gila kat rumah. Kalaulah dinding ni boleh bekata-kata, confirm dah jadi bestfriend ciom molot dah kitaorang sekarang ni.

Actually aku ada projek baru dalam proses mencantikkan rumah. Oleh kerana aku budget tangan aku ni berseni seperti Micheal Angelo, so aku ingat nak framekan beberapa helai lukisan yang aku dah siapkan lama dulu. Nanti bila aku dah gantung cantik-cantik cun-cun kat dinding, aku tunjuk kat korang hasil kerja tangan aku yang aku rasa lebih kepada hasil kerja kaki. Bahahaha

Selain tu, aku dalam proses mencari dan menambah gambar-gambar untuk dicuci dan juga diframekan. Kira kedua-dua projek ni adalah projek dinding. Aku macam ingat ... macam lah kan ... nak hire professional photographer ambik gambar aku dengan Encik Rizal. Berangan nak amik gambar mode black and white. Tapi, belum cari lagipun. Ditambah dengan kesibukan Encik Rizal, so buat masa ni aku guna gambar yang ada jek.

Nak pilih gambar bukan senang. Kena pilih yang ala-ala vogue de vass gitu. Yela kan ... nak jadi tatapan umum, takkan nak pilih yang tersembul sana, terkeluar sini. Wajib la gambar-gambar seperti itu disimpan rapi dalam CD. Hahaha

InsyaALLAH, nanti bila projek ni dah selesai, aku akan kongsi hasilnya dengan kamu-kamu. Tapi, perlukan masa yang agak lama juga sebab aku tengah takde mood gila.

Dahlah. Nak pegi makan nasi dengan sup ayam jap. Lapar.

1 ulasan:

Jemari Seni berkata...

Mesti cun hasil kaki Ieja ni kan! hehhehee Tak sabar nak tgk.
Gantung cecepat aik!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin