Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, April 14, 2010

SuamiKu Sayang


Lebih 9 tahun mengenali Encik Rizal, aku dah faham sangat dan terlebih mengerti jadual kerja dia. Jadual dia tidaklah tetap tapi kerana ketidaktetapan itulah yang kadangkala membuatkan aku merajuk panjang.

Dah biasa sangat dah aku mengalami kejadian di mana bila dah plan sesuatu aktiviti, tiba-tiba dia balik kerja dia sampaikan berita bahawasanya dia kena pergi kerja luar.

Ya. Kalau 5 tahun dulu, mungkin aku akan menghempas pintu bilik, menghempas pintu bilik mandi, menghempas pintu dapur, campak bantal, hentak-hentak kaki, nangis tersedu-sedu macam orang keling perempuan mati laki bila mendapat perkhabaran seperti ini.

Sekarang ? Sakit hati masih terasa tapi hujung-hujung, aku angguk jelah. No more drama.

Sentiasa ingat dalam hati bahawa ini semua untuk memastikan yang periuk nasi kat rumah ni berisi nasi bukan berisi pasir.

Letih kau tau tak nak mengamuk-ngamuk macam orang gila. Kalau ingat balik dah macam drama Tamil pun yek jugak.

Kesian Encik Rizal terpaksa memujuk aku berkali-kali sehinggakan pernah sekali tu, aku buat bodoh jek bila dia dah nak bertolak untuk buat kerja luar. Dia tak putus-putus SMS aku untuk minta maaf. Dia dah sampai destinasi dengan selamat pun aku buat tak kisah. Aku selamba jek. Degil. Keras hati. Tapi, bila esoknya dia tak SMS sampai ke malam, bontot aku dah macam ada bara api. Tak senang duduk. Nak balas SMS dia yang sebelum-sebelum tu, macam malu la pulak. Lastly, makan hati sorang-sorang.

Bila dah lama-lama, dah selalu kena tinggal kekadang sampai berminggu-minggu, aku dah tak kisah. Cuma, kalau tidur malam selalu tak lena sebab takut. Bukan takut hantu, tapi takut manusia yang berperangai hantu.

Kalau Encik Rizal outstation, masuk pukul 8 malam jek, confirm rumah aku dah berkunci berselak bagai dari pintu depan sampai pintu dapur. Siap pintu dapur tu, Encik Rizal sendalkan dengan kayu. Pintu depan pulak aku halang dengan kerusi. At least kalau apa-apa berlaku, bolehlah dengar. Luckily, aku bukan jenis tidur mampos. Bunyi kertas pun, aku boleh terjaga unless aku dah penat gila, memang lena sampai pagi.

Sekarang ni pun, dah 3 minggu Encik Rizal tak balik rumah. Aku cool jek. Cuma, rindu gila sama itu lelaki pujaan hati. Takpe takpe. Jumaat ni nak terjah KL. So, terjah dia sekali !! Rinduuuuuu

1 ulasan:

captain_zed berkata...

hahaha.. sweetnya korang.. bab sendal dgn kerusi tuh mmg kengkadang ako pun buat.. huhuhu.. especially masa kat JB.. sbb dah byk kali kantoi nampak kelibat org kat tingkap.. last2 ako jerit trus bertempiaran dia lari, dia tak tau ako kat dlm nie lagi terkejut dr dia.. hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin