Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Mei 31, 2010

Aku Menang Tiket Konsert Double Trouble !!




Yup !!

Aku menang 2 tiket ke konsert Double Trouble pada 5 June anjuran Nuffnang. Masa join contest tu memang berharap sangat menang sebab dapat jadikan hadiah tambahan untuk Encik Rizal sempena anniversary kitaorang.






But sadly and unfortunately, aku tak dapat nak pergi !! So, i have to release the tickets to be won by others.

Sebab-musabab tak dapat pergi ialah aku tak sempat nak naik KL since i have to collect the tickets myself at Nuffnang's office. Then, on that day itself, Encik Rizal mungkin masih berada di Jerantut. Working. As always.

Sedih jugalah sebab tak dapat nak pergi. Tapi nak buat camne, takde rezeki. Encik Rizal memang peminat Search dan Wings. Lagu-lagu diaorang yang aku tak pernah dengar pun Encik Rizal hafal. Tu yang masa mula-mula tu memang excited habis nak join konsert ni.

Anyway, pada sesiapa yang menang dan akan pergi konsert ni, ENJOY !!

Jumaat, Mei 28, 2010

Hujan Rahmat

It's raining here right now in JB. Sejuk dan nyaman je. Lebih-lebih lagi aku baru lepas mandi. Segar bugar. Terus hilang rasa mengantok. Eleh padahal dah bantai membuta selama 2 jam tadi.

Hujan-hujan macam ni perut aku pun mulalah lapar. Padahal tengahari dah makan heavy lunch. Hehe tiap-tiap hari pun heavy lunch. Bantai makan nasi berlauk. Hari ni aku masak Daging Black Pepper dengan Sayur Chapchay Tauhu Jepun.






Esok malas nak masak. Tiap-tiap hari masak sampai takde mood nak masak. Mengada-ngada kan.

Bukan apa, esok Encik Rizal ada kat rumah so ingat nak ajak makan kat luar je. Ahad nanti baru masak special untuk dia. Planning nak masak Soto. Yumyum ... makan dengan sambal kicap pedas kaw-kaw, sup panas-panas. Macam nak masak esok je rasanya.

Kamu-kamu perasan tak, seminggu ni asyik cerita pasal menu lunch aku je kan. Yela itu jela idea yang ada nak kongsi dengan kamu-kamu.

Takpe, kalau aku confirm masak Soto, aku kongsi resepi pulak dengan kamu-kamu ye.

Ketika aku sedang menaip ni, adik sayang tengah goreng sosej. Untuk minum petang. Itupun lepas kena paksa. Biarkan dia. Selalu dia je suruh aku masak itu masak ini. Sesekali suruh dia pulak masak.

Dah. Nak makan dulu. Jumpa lagi. Tata

Long Weekend



Aku percaya ramai yang bercuti hari ni. Aku pun cuti. Cuti panjang la kita semua kan. Kamu-kamu dah ada plan nak ke mana-mana ker ? Aku belum lagi. Kena tunggu 'Menteri Kewangan' balik dari KL malam ni. So, esok baru decide nak ke mana.

Apa yang pasti, aku akan gunakan cuti 3 hari ini dengan sebaiknya. Encik Rizal pun dah sebulan tak balik rumah, so aku nak dia involve sama dalam proses mengemas rumah. Then, baru boleh nak berjalan-jalan ke mana-mana.

Nak kena pergi hypermarket juga ni. Stok lauk memang dah takde. Biasalah dah hujung bulan kan.

Hari ni aku lepak rumah je. Malas nak keluar. Lagipun tengahari nanti ada orang nak datang pasang awning kat rumah aku, so kenalah tengok-tengokkan diaorang buat kerja.

Semalam dah set dalam otak nak masak Daging Black Pepper dan Tauhu Jepun untuk lunch hari ni. Nanti dah siap masak aku update gambar.

Aku kena chow dulu. Nak settlekan sidai baju yang berlambak tu. Hehe

Happy Holiday Semua !!!

Khamis, Mei 27, 2010

Aku Dan Dia Di Masa Depan

Baru bangun tidur sebenarnya. Hari ni macam takde idea nak berblogging. Just singgah rumah kawan-kawan. Singgah punya singgah, terbaca entri Lyafrina pasal benda ni.

So, nak isi masa lapang aku pun saja buat.

Apa kebendanya ??

Ni hah ... website yang boleh tunjuk rupa kau 20 tahun akan datang. Kalau rajin dan takde kerja pergi la website ni. Senang je pun nak buat. Upload gambar, tak sampai seminit akan keluar gambar kau di hari tua.

Rupa aku dan Encik Rizal lagi 20 tahun macam ni kononnya ...


*macam makin tembam jek ??? awat hidung aku semacam tu ??? layan jelah*




*masih hensem hahaha ... kecik hati aku !!*

Rabu, Mei 26, 2010

I Need Your Help !! Please Please Please

Lapan hari lagi.

Apa yang lapan hari lagi ???

My 5th Anniversary la.

Hehe jangan marah hah ...


Daisypath Anniversary tickers


Tengah berfikir nak bagi hadiah apa kat Encik Rizal.

Korang rasa nak bagi apa ek ??

Kalau aku tanya dia nak apa, mesti dia taknak apa-apa punya. Dia bukan jenis romantika di tampoi yang suka benda-benda yang suprise ni. Biasanya hadiah untuk aku pun aku yang pilih sendiri. Dia tak pandai nak pilih-pilih. Dia kata lagi senang ikut selera aku.

Dalam otak aku sekarang ni ada 2 benda nak bagi.

First, wallet sebab wallet dia yang sekarang ni Ya ALLAH daif sangat. Kesian aku tengok. Kritikal dah. Patut dah lama mati tapi entah kenapa dia sayang sangat benda tu. Aku rasa dah macam ala-ala koma tahap tak bangun-bangun. But still, dia nak pakai juga. Dia kata ok jek takde jadi masalah. Aku bukan apa, macam tak syiok kalau dia keluarkan wallet dia tu kalau nak bayar apa-apa kat kaunter ke apa. Koyak-koyak. Bini pakai nampak macam kelas (nampak jek!!) tapi laki wallet koyak-koyak. Kesian laki aku !!

Second, macam nak belikan dia bag pack. Dia memang bawak bag pack pegi kerja. Letak segala khazanah dia dalam tu. Pensil box, pita ukur, mata drill, kertas kerja, kain pelikat dan sejadah, dan segala benda-benda yang berat. Bag pack sekarang pun dah tua. Bag murah. Beli kat Petaling Street. Dah 3 tahun rasanya. Ada koyak-koyak sikit la. Kalau pergi jalan-jalan dekat kedai bag, dia selalu belek-belek jek bag. Aku suruh dia beli baru dia taknak. Dia kata masih boleh pakai yang lama.

Kamu-kamu rasa yang mana satu patut aku beli??

Tolong bagi idea sikit !!

Menu Mudah Di Kala Kekeringan Idea dan Malas Melanda

Inilah jadinya kalau setiap hari kena masak. Selalunya kalau aku sorang-sorang kat rumah memang jarang masak banyak. Kadang-kadang makan roti atau benda mudah macam burger or nugget or drummet.

Bila ada kawan nak jadi teman makan, memang aku rajinlah nak memasak. Since adik sayang ada ni, tiap-tiap hari aku masak.

Tapi hari ini, aku macam takde idea nak masak apa. Stok lauk dah suam-suam kuku. Malas nak beli. Tunggu Encik Rizal balik Jumaat baru pergi sekali dengan dia beli barang dapur.

So, untuk tidak kelaparan, menu mudah yang selalu aku masak di saat malas dan takde idea ialah Sambal Sardin dan Kentang Goreng dengan Ikan Bilis.

Walaupun simple tapi makan dengan nasi panas, ermmm memang menyelerakan. Agak-agak kalau kamu-kamu tak tahu nak masak apa hari ni, aku syorkan masak dua menu simple ni. Setengah jam je dah siap.

Jom makan !!!


*sambal sardin*




*kentang goreng bersama ikan bilis*

Aku Anggap Budak Tu Dah Hilang Akal

Kadang-kadang hilang minat nak baca paper atau tonton berita.

Selalu sangat dihidang cerita buang bayi, buang mak bapak, anak mati kena dera dan macam-macam lagi la.

Bila baca berita yang satu ni, terus aku tutup je paper online tu. Sakit hati. Malas nak baca. Malas sangat.

Apa nak jadi dengan manusia dalam dunia ni.

Aku taknak komen banyak. Aku pun bukan sempurna.

Satu je yang aku pasti sangat, aku tak segila dia !!

Aktiviti Hujung Minggu

Hujung minggu ni cuti panjang kan ??

InsyaALLAH, Encik Rizal akan balik JB hari Jumaat ni. So, aku tengah berkira-kira nak ajak dia pergi mana.

Nak ajak bercuti luar dari JB rasanya tak sempat. Dia tak cuti lama pun. Isnin dah kena gerak semula ke Jerantut.

Mana ek nak pergi ??


Selasa, Mei 25, 2010

I Wanna Watch Toy Story 3

Yeehaa

Toy Story kembali lagi ... Menggegar dunia filem ... Menggoncang iman peminat kartun comel ini. Memang tak sabarlah nak tengok !! Ada 3D pulak tu. Lagilah aku excited tahap gila nak pergi tengok. Encik Rizal sudah semestinya menjadi mangsa peneman menonton wayang.






Masa Toy Story 1 dan 2 keluar panggung dulu, aku masik muda remaja. Sekarang ni dah masuk alam dewasa (tua) ni pun tetap rasa teruja nak pergi tonton.

Aku memang penggemar filem kartun apatah lagi kalau ada Woody dan Buzz yang sangat comel itu. Semestinya Andy dah besar remaja sekarang. Dah 10 tahun. Dah nak masuk kolej dah !!

Tak sabar nak pergi tengok !!!

Eh ada karakter baru la. Aku macam terjatuh cinta sama itu Mr. Pricklepants. Dia sangat comel dengan rambut mengerbang dan topi itu !! Pertama kali nampak dia terus rasa berbunga-bunga hati ini.



Jom serbu panggung. Tapi, kalau dapat tiket free dari Nuffnang pun best gak !! Hehe

What Did I Do Wrong ??

Perasaan aku sekarang ni macam tak menentu. Aku ada buat salah kat dia ker? Atau ini cuma mainan perasaan.

Tapi, hati aku tak keruanlah kalau berterusan macam ni. Dahlah selalu berhubungan dengan dia.

Sedih pun ye jugak.

Aku ada buat salah ke ?

Perlukah aku berdepan dengan dia. Dia macam selamba je.

Betul la agaknya.

Ini mesti mainan perasaan.

Biarkan jelah.

Esok lusa ok lah tu kot.

Aishhh macam-macam !!

My Wiggy Design



Penat juga nak reka image Wiggy ni. Pening-pening aku. Tapi aku memang suka bentuk 4 segi. Senang nak pegang dan senang nak simpan. Hehe ...





Episod 33







Episod 34






Episod 35





Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Isnin, Mei 24, 2010

Orang Mengantuk di Sorongkan Bantal

Entah kenapa kalau kena flu or demam, aku mesti nak makan bubur. Tekak macam tak boleh terima makanan pejal. Dapat bubur jugak yang sedap. Meluncur laju jek masuk dalam tekak.

Disebabkan pagi-pagi aku dah kena selsema, maka terus terlintas dalam kepala otak nak masak bubur untuk makan tengahari.

Bukan susah sangat kan nak masak bubur ni. Sangatlah mudah dan cepat.

Walaupun tekak ala-ala tak selera gitu tetap kau ... penuh semangkuk aku hadap tengahari tadi. Siap lauk pauk lagi. Dah tak macam menu orang sakit.

Yumyum

Tika dan saat ini pun, aku baru sahaja lepas mengadap semangkuk lagi. Tu yang tak syiok makan bubur ni. Cepat sangat aku rasa lapar. Ke tak baca doa makan tadi ??

Tak kisahlah. Selagi boleh makan, aku makan. Kan aku suka makan !!


*ada ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, sambal udang kering dan juga telur dadar. memang terus tak sakit*

Aku Diserang Lagi

Kali tak teruk sangat macam dulu sampai merengek-rengek minta Encik Rizal balik JB dengan kadar segera.

But still ianya berjaya memberi perasaan tidak selesa dan annoying yang amat sangat sebab asyik nak tergaru-garu hidung ni. Kalau boleh macam nak garu tekak sekali.

Eh lupa pulak nak bagitau. Aku kena serangan selesema la.






Bangun Subuh tadi dah start bersin-bersin sebanyak berpuluh kali. Kepala pun rasa tintong je.

Lepas dah telan ubat ni baru rasa ok sikit. Tapi, rasa mengantuk la pulak. Tengah menaip ni pun mata dah macam terkebil-kebil. Kecik besar kecik besar je hah aku nampak keyboard ni.

Aku ni jenis antibodi tak kuat agaknya. Dalam sebulan mesti kena sekali. Kadang-kadang tak teruk. Kadang-kadang teruk gila sampai tersumbat habis lubang hidung ni. Bila nak bernafas pun susah. Tu yang aku boleh sampai nangis-nangis sebab sangat tak larat ok. Manja terlebih pun ye juga kadang-kadang.

Haishhh aku nak tidur sekejap la. Mata aku ni dah berat sangat dah ni. Tengahari ni nak masak bubur la. Takde selera nak makan benda pejal. Makan bubur dengan ikan bilis goreng juga yang membangkitkan selera.

Sebelum tu, meh sini kongsi sedikit tentang SELSEMA.



Selsema

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.

Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah :

  • sakit tekak
  • sakit kepala dan sakit badan
  • mata berair
  • demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • batuk, selalunya tanpa kahak

Untuk lebih info, KLIK SINI

Ahad, Mei 23, 2010

Abang Aiskrim ... Tolonglah Lalu Depan Rumah Aku Sekarang !!

Tiba-tiba aku terasa nak makan aiskrim. Sebab cuaca agak panas kot hari ni. Terjengok-jengok aku kat tingkap kot-kot ada abang bangla bawak motor jual aiskrim.






Selalunya kalau abang bangla tu lalu buat tak heran jek. Hari ni dia tak lalu rasa sayu sangat. Rasa sedih.

Abang Bangla ... Please Please Please

Tekak aku dah teringin sangat nak makan aiskrim ni. Makan aiskrim roti. Takpun aiskrim calong. Perisa coklat atau strawberry. Pergh sedapnya !!!!


Mana pulak abang bangla ni ?!!! Time diperlukan selalu jek tiada di sisi. Bahaha



*sedapnya !! nak makan semua boleh tak ??*





**pic credited to Yahoo! Images**

Masuk AF Pun Still Boleh Grad dan Pakai Robe =)

Hehe. Jangan terasa ye dengan tajuk entri di atas.

Semalam aku layan jugaklah sampai habis Konsert Akhir AF8. Sambil-sambil tu, kalau iklan aku tukar channel lain. Tengok drama kat TV3. Pergi Kontang. Agak merapik dan merapu la ceritanya.

Semua dah tahu siapa Juaranya. Shahir. Oklah kot dia menang. Walaupun hati nak Maulana menang tapi sebab aku tak undi, aku redha jelah.






Tapi, aku suka juga dengan Shahir ni. Tengok gaya lemah lembut dan pemalu orangnya. Jangan hanyut lepas ni sudah la ye dik. Suka dengan lagu baru dia juga. Kalau aku masih muda belia sebaya dengan dia, confirm aku dengan kawan-kawan main berebut-rebut padahal bukan dapat pun. Bahaha

Berbalik kepada tajuk entri di atas. Masa nak buat pengumuman pemenang kan semua finalist pakai robe dan topi graduation. So, aku sajalah mengusik adik sayang aku. Aku cakap dengan dia budak2 AF belajar 10 minggu je dah convo, dapat pakai robe dan topi bagai. Adik sayang pulak kena belajar 5 tahun baru dapat pakai semua tu. Chehh ... ingat ada respon. Tak dilayannya aku. Dahtu dibuat pulak muka ala-ala ADA AKU KISAH ??? Kecik ati I tau !!

Haha ... Takpelah adik sayang. 5 tahun pun 5 tahun la. Yang penting belajar elok-elok. Pointer kasi tinggi. Nanti JPA tarik balik scholar baru tau.

Hari ni hari minggu.

Hari akhir aku dapat rileks sebab esok dah start baby-sit semula.

Hari ni adik sayang suruh masak. Nak makan ayam masak kicap.

Aku dah de-frost ayam tadi. Jap-jap lagi, aku prepare la barang-barang lain. Setakat ayam masak kicap. Boleh dikatakan dalam sebulan 5-6 kali masak benda tu. Bagi aku 1 jam. Confirm terhidang di atas meja. Cehcehceh ... riak sungguh ye aku hari ini.

Dah dah dah.

Sebelum masak mandi dulu. So, aku nak gi mandi jap. Bye. =)

Sabtu, Mei 22, 2010

Ok. Dah Puas Bercuti 2 Minggu.

Ya.

Sangat puas.


Bercuti 2 minggu dari kerja baby-sit. Esok adalah hari terakhir untuk berehat dan bersenang-lenang. Tapi, tetap kena kerja juga iaitu memasak. Lagi puas sebab dapat outing almost everyday. Dan akan lagi puas kalau Encik Rizal ada bersama. Tapi, apa nak buat. Dapat outing dengan adik sayang pun dah kira ok sebab bukan senang nak jumpa dia.






Sekarang ni tengah layan Konsert Akhir AF8. Aku tak undi sesiapa cuma suka Shahir dan Adira. Tapi, macam nak Maulana menang sebab dia kan orang Johor. Tu yang rasa macam nak sokong peserta dari negeri kelahiran kesayanganku ini. Tapi, sokong macam tu jelah. Nak suruh aku undi 10 ke undi 30 ke, sorry eh, tak kuasa !! Buat bil aku melambung je. Dahlah nak bayar bil Astro lagi. Bahaha

Dahlah nak lepak-lepak sambil gosip dengan adik sayang. Nanti kalau dah start baby-sit semula, memang takde maknanya aku nak tidur lewat. Biasanya pukul 9 malam je mata aku dah layu.

Eh lupa nak bagitau.

Tadi tengok cerita Shrek Forever After.






Suka sangat. Best. Sedih juga. Jatuh cinta pada si Puss yang gemuk-debab-perut-buncit-rasa-macam-nak-gigit-dan-geletek sepuas hati.






Kaki wayang, apa tunggu lagi. Pergilah layan movie itu. Tak rugi !!

Menghibur Hati Yang Tak Lara

Aku baru habis kemas rumah.

Kali ni kemas rumah yang betul-betul.

Awal tu aku bangun hari ni. Bersemangat siapkan kemas rumah, kemas dapur, kemas bilik kucing segala. Sebabnya, aku nak outing kejap lagi.

Biasalah.

Nak berjimba bersukaria menghibur hati yang tak lara, kena make sure dulu rumah siap berkemas dan segala keperluan kucing-kucing kesayangan cukup. Tak pasal nanti kebulur anak aku dua ekor tu. Dahlah kena tinggal berjam-jam sebab mak dia nak pergi bersukaria.

Bila rumah dah bersih dan kemas, hati pun senang nak berjalan-jalan cari pasal sambil ukur keluasan shopping complex.

Oklah.

Nanti aku update pasal outing ni pulak.

Itupun kalau ada cerita menarik lah. Kalau cerita menolak, aku tak update lah. Bahahaha






peneman @ mangsa lepak terbaru



anak sayang no 1



anak sayang no 2. *dalam perut dia ada bakal-anak-sayang juga*

Kemas Rumah

Hehe ...

Kamu-kamu perasan tak ??

Aku dah kemas rumah aku ni. Tukar langsir, cat baru, ubahsuai susun atur perabot dan juga tambah apa-apa yang patut.

Bosan pulak dengan keadaan yang lama.

Sesekali kenalah ubah angin kan.

Ok tak ??

Kamu-kamu cakap tak ok pun, aku kata ok.

Rumah aku.

Selera aku lah kan.

Jangan marah hah.

Singgah-singgahla lagi.

Nanti aku jamu dengan jemput-jemput kentang.

Hehe ...

Jumaat, Mei 21, 2010

Menanti Hari Esok

Yeehaaa !!

Hari ni Jumaat.

Esok Sabtu.

Dahtu ??

Tak reti-reti nak happy-happy.






Esok cuti la dan lusa juga.

Eleh ...

Macamlah aku ni bekerja kan yang nak seronok sangat nak tunggu hujung minggu. Orang-orang yang bekerja 5 hari la patutnya seronok menanti hari esok. Pada yang kerja esok, takpe. Masih ada hari Ahad. Cuti jugak walau satu hari.

Mesti pada yang bercuti esok ada macam-macam plan dalam kepala otak kamu-kamu kan ??

Aku pun sama.

Rasanya nak outing dengan adik tersayang. Nak tengok wayang. Tapi, tak sure lagi nak tengok cerita apa.

Sementara adik aku tengah cuti semester ni, dia jela jadi mangsa peneman aku untuk outing. Kalau tidak, memang duduk rumah jela kalau takde 'kaki' nak ajak melepak. Nanti bulan depan dia dah balik UKM, tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Huhu ... bosan. Bilalah Encik Rizal nak settle kerja kat KL ni.

Tapi, kalau Encik Rizal lama lagi kerja kat KL, aku suka juga. Mana tidaknya. Dapatlah aku makan meatballs kat IKEA puas-puas. Bahahaha ...

Oklah. Ini entri last untuk hari ni.

Jap lagi nak layan movie kat channel Star Movies. Tajuk dia Race To Witch Mountain. Walaupun dah banyak kali tengok, nak tengok juga lagi. Hahaha ... kalau tak tengok, rugi jela bayar mahal-mahal.

Dapat Award




Dah lama dapat Award ni dari Cik Hawa, tapi baru hari ni berkesempatan nak buat. Thanks ye Cik Hawa ....


Sebelum tu jawab soalan dulu ...


1. Apa yang bermain difikiran korang sekarang..

- nak masak apa ek hari ni ??


2.Nama samaran korang

- ieja, za, ayang, cip, paezah


3. Berikan 3 orang yang anda sayang

- Encik Rizal, family and friends


4. Panggilan untuk si dia

- sayang


5. Hadiah yang korang impikan dr orang tersayang

- 2nd honeymoon


6. Blog mana yang korang suka follow

- my friends dan semua yang dalam list


7. Tag kepada 15 blogger lain

- Kak Haku
- Siti Sapinah
- Haza
- Adah
- Aida Husna
- sesiapa sahaja

Dapat Award Lagi Dari Nenny





1.Copy award nie macam dapat grammy award - done

2.Beri tahu siapa dan link pemberi award ini - Nenny

3.Tajuk pos mesti ada 5 dan kena jawab 10 soalan dgn setiap 1 soalan mesti ada 5 jawapan - orait

4. lima nama panggilan orang panggil anda (five name that people call you)
ieja-za-cip-paezah-ayang

5. lima tarikh penting dalam hidup anda (five important dates in your life)
02-03 : my birthday
03-06-05 : my anniversary
16-08 : Encik Rizal's birthday
04-02 : my daddy cool's birthday
01-01 : New Year

6. lima perkara yg telah anda lakukan semalam (time jawab soalan ni adalah pada 21/5)
1) masak sup telur dan sambal tumis
2) kemas dapur
3) bsauh baju
4) tengok tv
5) ber-internet

7 lima cara untuk hepi..hepi..i like (five ways to be happy)
1) outing dengan family and friends
2) makan
3) masak
4) blogging
5) cari duit

8. lima cerita kegemaran (five favourite movies)
1) 27 Dresses
2) IronMan 1
3) Shrek
4) The Losers
5) Cinta

6. lima hobi yg paling suka
1) masak
2) membaca
3) main internet
4) belai kucing
5) outing

7. lima orang yang anda suka (five favourite people)
1) Encik Rizal
2) my daddy
3) my siblings
4) my family
5) my friends

8. lima tempat yang disukai bila bercuti(five favourite places for vacation)
1) KL
2) Desaru
3) kalau boleh nak pegi Jakarta/Bandung
4) kalau boleh nak pergi Jepun
5) Singapore

9. lima sebab nape anda jawab servey nie (five reason you answer the servey).
1) suka-suka
2) seronok
3) habiskan masa
4) boleh tag orang lain
5) jadikan sebagai entry baru


10. lima orang yang hendak anda tag (five person to tag)..
1) Siti Sapinah
2) Haza
3) Yatie Yahya
4) Adah
5) Aida Husna

Pagi Yang Damai

Hari ni, bila aku bangun dari tidur, aku rasa sangat damai. Tak tahu kenapa. Selalunya bila nak bangun pagi memang agak liat. Mesti nak bergolek-golek sebentar atas tilam empuk sebelum betul-betul bangkit.

Tidak pada hari ini.

Cuaca pun sangat tenang. Mungkin awal pagi tadi hujan. Jadi, suasana macam sejuk jek.

Rutin macam biasa, kemas dapur dan sebagainya.

Terus on lappy dan cek email, bukak Facebook dan terus rasa nak update blog.

Betul la.

Hari ini hati aku rasa sangat tenang. Rasa sangat segar. Rasa sangat indah perasaan bangun pagi.

Kenapa ??

Entah.

Aku sendiri tak tahu.

Apa yang pasti, aku suka perasaan ini.

Damai.

Tenang.

Kalaulah setiap hari begini kan bagus.

Ouhhh atau mungkin sebab esok sabtu.

Hari minggu.

Mungkin juga.

Biarlah apa alasannya sekalipun. Aku mahu nikmati hari ini dengan sebaiknya.

Jom minum Milo dulu.

Khamis, Mei 20, 2010

Entri Malam Khamis

Aduhaiii ...

Bosan betul hari ini.

Duduk rumah je.

Buka lappy, tutup lappy.

On TV, off TV.

Naseb tak meletup.

Mana tidaknya.

Asik bukak katup bukak katup.

Kalau buat benda ni depan Arwah Nenek aku, memang kena bebel.

Dahlah.

Nak pergi goreng nugget.

Tu jela kerja.

Takde kerja, makan.

Mana tak makin Montel.

Bahahaha.

Tapi cute, kan Encik Rizal ??

Anak Luar 'Daerah'. Itu Bukan Satu Masalah

Beberapa minggu lepas, aku berborak dengan beberapa kawan maya di YM.

Tiba-tiba, aku luahkan perihal aku tengah nak cari anak angkat. Memang kalau boleh nak buat permohonan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tapi, kalaulah ada orang yang nak bagi aku anak untuk aku jaga, memang aku lapangkan dada, tadahkan tangan.

Ada sorang kawan aku ni sarankan ambil anak orang yang susah. Jangan ambil anak luar 'daerah'.

Aku rasa kamu-kamu fahamkan apa maksud anak luar 'daerah'.

Ya.

Dulu aku juga berfikiran macam kawan aku tu. Takut kalau ambil anak-anak kategori ini, dah besar nanti bermasalah pulak, takut berperangai macam 'mak bapak' dia.

Tapi, bila aku fikirkan balik, kenapa perlu takut.

Bukankah bayi yang lahir ke dunia ini bersih. Sebersih kain putih. Kita sebagai ibu bapa lah yang mencorakkan kain putih itu. Kalau warna-warna cerah yang kita lukis, InsyaALLAH, cerah jugalah masa depan dia. Kalau hitam yang dipalit, kemungkinan besar hitam jugalah yang dia ikut di masa akan datang.

Tak semestinya kalau kau lahir dari perhubungan yang haram, bila dah besar kau juga mesti melalui dan melahirkan zuriat dari hubungan terlarang.

Dan, tak semestinya kalau kau lahir dari perhubungan yang halal, bila dah besar kau takkan terjebak dengan hubungan haram.

Tengok saja situasi sekarang. Aku rasa, budak-budak yang terlibat dengan dunia sosial dan perhubungan seks rambang atau luar nikah ni semuanya lahir dari keluarga yang halal. Yang ada mak dan bapa yang sempurna nikahnya.

Mungkin mereka ini terlalu mengikut nafsu dan akhirnya bila ada benih dalam perut, tak tahu nak handle, then buang jelah.

Jadi, pada aku, samada anak halal atau tidak, bayi-bayi ini tidak berdosa. Mereka perlu dididik dan dibimbing dari awal.

Tapi memang betul. Nak pelihara anak luar 'daerah' ni kena fikir betul-betul. Jangan pulak nanti, bila ada masalah di kemudian hari kita nak salahkan asal usul dia.

Pada aku sendiri, kalau diberi peluang untuk pelihara anak angkat, aku tak kisah kategori mana. InsyaALLAH, aku akan buat yang terbaik untuk dia dan kami.

Eh ?!!

Jangan pulak ingat aku dah give up untuk ada zuriat sendiri. Tidak !!! Tidak sama sekali. Aku masih berusaha. Yang lain aku serahkan pada Dia.

Doakan kejayaan aku !!

Aku Sudah Jadi Penagih Tegar

Hoho

Jangan salah sangka.

Bukan ketagih dadah atau benda-benda haram yang sewaktu dengannya.

Aku cuma dah ketagih dengan benda ni ...





Kalau datang KL, mesti teringat-ingat benda ni.

Sanggup tu dari Kajang ke Damansara semata-mata nak makan benda ni.

Macam last week, aku dah sampai awal kat IKEA. Dalam pukul 10.00 pagi macam tu. Niatnya nak breakfast dengan Meatballs ni la tapi belum siap pulak. So, aku amik kuetiau goreng berharga 99sen, kepak ayam dan kek Daim untuk alas perut.





Lepas tu, kiteorang jalan-jalan kat The Curve. Ingat nak tengok wayang tapi masa tak mengizinkan.





Aku pun cari port ada servis Wi-Fi sebab nak ajar Encik Rizal macamana nak guna benda alah tu. Maaflah ye, suami kesayangan aku itu tak pandai langsung tentang IT ni.

Kebetulan, aku dah janji dengan kawan aku nak jumpa untuk lunch date. Lokasi pilihan tentulah Cafe IKEA lagi sekali.

This time, dapat juga makan Meatballs. Ambil makanan macam orang tak ingat dunia. Lastly, tak habis pun. Hehe

Lepas dah borak-borak tu, member aku pun chow dan aku pun mulakan misi mencari barang kat IKEA. Eleh, nak beli cermin je pun.





Dah jumpa barang, kiteorang pun chow dari Damansara menuju Sungai Besi sebab dah janji dengan sorang lagi member aku. Nak tumpang dia balik JB.

Emmm ... memang tak puas jumpa Encik Rizal. Tapi nak buat macamana. Redha jelah.







ni Nasi Arab. sedap gaklah. macam nasi beriyani cuma dia takde kuah. nak tercekik aku makan. satu portion boleh makan 2 orang. memang banyak gila. aku makan berdua dengan Encik Rizal pun still tak habis. by the way, ini aku makan kat cafe KLIUC. sapa-sapa dekat area sana bolehlah singgah. harga dia RM10-RM20, ikut menu dan portion.

Rabu, Mei 19, 2010

Sila Ganti Puasa

Kejap jek kan masa berlalu.

Dah nak masuk setengah tahun di tahun 2010.

Tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan.

Kamu-kamu dah ganti puasa tahun lepas ??

Aku ??

Of course lah sudah.

Tahun ni cipta rekod sebab awal giler habiskan ganti puasa.

Sebelum-sebelum ni, aku selalu habis ganti bila lagi 2 minggu nak sambut bulan Ramadhan yang baru.

Buruk kan perangai !??

Sila jangan tiru perangai buruk lama aku.

Tapi, sila tiru perangai baik aku tahun ini.

Tapi, aku akan still berpuasa kalau berkesempatan. Puasa sunat.

Dah tua-tua ni, rasanya lebih baik tambah amal.

Aku teringin nak belajar mengaji semula tapi kat tempat aku ni takde orang yang nak ajar pelajar tua bangka macam aku ni.

Aku juga teringin nak belajar berzanji dan marhaban.

Bukan nak menunjuk aku ni baik tapi nak mendalami ilmu akhirat sebagai bekalan kemudian hari.

Tak bolehlah nak berubah secara drastik.

Pelan-pelan kayuh kata orang sekarang.

Aku masih lagi suka menonton wayang.

Masih lagi suka berkaraoke. Masih suka lepak sampai malam dengan kawan-kawan. Masih suka bergosip pasal artis.

Sentiasa terdetik dalam hati untuk berubah menjadi lebih baik tapi beri aku masa dan ruang.

Eh !! Tiba-tiba rasa macam membebel panjang pulak.

Dah ! Dah !

Jangan lupa ganti puasa ye !!


Mood Swing

Minggu yang membosankan.

Dahlah tak baby-sit hampir 2 minggu.

Duduk terperap kat rumah.

Nak outing macam malas.

Minggu ni tak dapat jumpa Encik Rizal.

Lagilah bertambah tahap kebosanan.

Tu yang mood aku bukan main seronok main buai.

Bye.

Selasa, Mei 18, 2010

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa Pada Entri Ini

Aku sebenarnya tak tahu nak bagi tajuk apa pada entri ini.

Nak mulakan ayat pun macam tak tahu macam mana.

Nak ditulis, takut disalah faham.

Tak tulis, hati ni rasa tak sedap. Rasa macam ada benda yang mencucuk.

Sebenarnya nak tulis pasal 'perang' rating antara blogger. Ada yang memang ramai followers, tapi rating tak berapa. Ada pulak yang followers macam suam-suam kuku, tapi rating mak oiii memang tinggi.

Baguslah bagi mereka yang ramai followers dan rating tinggi tapi yang tak syioknya bila benda-benda tu terlalu didedahkan. Macam nak bagitau satu dunia pulak.

Dahtu suka nak compare blog sendiri dengan blog-blog lain.

Eh ! Tengah-tengah menaip ni, aku terhenti seketika. Takut pulak nanti aku kena serang sebab buat entri macam ni. Takut ada yang terasa.

Tapi, biarlah.

Kadang-kadang aku pelik kenapa ada yang berebut sangat pasal rating. Ada dapat anugerah ke? Tak pun dapat duit ke?

Pada aku, kalau blog kau dah bagus, tak perlu nak buat entri yang nak menyakitkan hati orang lain atau nak banding-bandingkan blog kau dengan blog lain. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan sendiri.

Tak perlu kot nak berlumba-lumba cari rating unless dengan kau akan dapat duit juta-juta.

Aku pun ada juga lah dapat duit melalui blog tapi takdelah harap sangat.

Maaflah ye kalau ada yang terasa.

Ini untuk peringatan aku sendiri. Aku menulis dan memiliki blog ini lebih kepada personal diary. Kalau ada yang sudi nak berkongsi, Alhamdulillah.

Maaf lagi sekali.

Isnin, Mei 17, 2010

Rasa Macam Nak Kerja Kerani Poslaju dan Juga Driver Van Poslaju

Pagi-pagi aku dah annoying dengan orang lain.

Annoying jugak dengan PosLaju. Sebab entah kenapa postage kali ni bermasalah. Aku kan ada buat bisnes kecil-kecilan secara online. So, ada sorang minah ni beli barang yang aku jual.

Bila barang tak sampai lagi kat rumah dia, dia asyik la mesej and call. Ya. Aku paham. Dia dah keluar duit, tapi barang tak dapat.

Tapi, aku dah bagitau yang aku memang dah pos. Aku dah siap bagi tracking code untuk barang dia. Bila dia check takde dia gelabah. Aku pun gelabah la jugak sebab nanti busuk nama aku. Aduhai !! Kenapa pulak la PosLaju ni memberi aku masalah ketika berurusan dengan orang yang sangat kurang penyabar macam ni. Sabar jelah aku.

Demi mencari rezeki, aku terpaksalah tahan sakit hati bila dikatakan telah menipu dia. Bila aku nak faks kan slip PosLaju tu, dia taknak pulak. Bila aku nak pulangkan duit termasuk duit tambahan untuk dia buat penghantaran semula barang tu in case barang tu sampai lambat kat dia, dia taknak jugak. Tapi, asyik la mesej aku cakap dia pinjam duit adik dia untuk beli barang tu. Dia rasa aku tipu dia.

Dahtu aku nak buat apa ?? Aku bukannya kerani kat PosLaju tu. Dan aku juga bukan driver van PosLaju.

What to do ??

Sabar je tau. Bukan senang nak cari rezeki kan ...

Sabtu, Mei 15, 2010

Siapalah Yang Nakal Sangat Ni ??

Rutin harian hari ini bermula jam 8.45 pagi. Agak lewat berbanding hari-hari biasa. Dah nama pun hari cuti, sengajalah aku lewatkan sedikit bangun tu. Bahaha

Lepas kemas-kemas apa yang patut, terus on lappy. Biasanya ada 3 webpage utama yang aku bukak. Yahoo! Mail, Facebook dan Blogspot.

Bila bukak Blog, confirm la bukak Nuffnang sekali. Saja nak tengok analytics. Eleh padahal nak tengok ada duit bertambah ke tak. Huhu

Then, aku klik kat keywords.

Ish ish ish

Terperanjat aku tau.

Siapalah yang nakal sangat type keywords macam tu. Dahtu sampai ke blog aku pulak tu. Ni semua mesti gara-gara entri ni.

Adik-adik, tak baik tau macam tu.

Dah, pergi belajar elok-elok. Belajar benda yang baik. Jangan main selak-selak kain kakak.

** Gelak, gelak, gelak **





Jumaat, Mei 14, 2010

Nasib Baik Kau Pakcik !!

Pernah tak kau jumpa pakcik tua yang rambut dia tinggal 4-5 helai je warna itam dan dia sungguh annoying.

Aku baru je jumpa tadi.

Geram dan sakit hati aku. Nasib la dia golongan pakcik-pakcik sebaya lebih kurang daddy cool aku. Kalau tak, memang aku ringan mulut je nak sound balik.

Ya. Aku tahu aku gemuk, tapi berdosa atau ada tertulis ke dalam mana-mana undang-undang mana-mana negara kalau aku gemuk, aku tak boleh jalan-jalan kat shopping mall dan belek-belek baju yang bersaiz kecik. Ada ke ?? Ada ??

Kalau nak bergurau pun, tengoklah dulu dengan siapa kau nak bergurau. Aku bukan jenis tak boleh bergurau, tapi tengok oranglah dulu. Kalau kau tu sedara-mara atau kawan-kawan atau kenalan aku, takpe juga. Ini tidak, aku tak pernah jumpa kau. Kau sakit hati ke tengok aku ni gemuk ?? Aku mintak duit kau ke nak beli makanan untuk menggemukkan diri aku lagi dan lagi dan lagi ?? Ada ke aku buat semua tu ?? Ada ??

Memang kau bernasib baik sebab kau pakcik. Aku redha jelah bila kau nak kutuk aku. Aku anggap kau dah nyanyuk. Yela kan ... dah tua, banyak urat kat kepala dah putus.

Tapi pakcik, tolonglah jadi contoh yang baik pada anak-anak muda. Aku tak tahu apa masalah kau dengan orang gemuk tapi jangan nak libatkan orang yang tiada kena mengena dengan kau.

Kau ingat kalau kau kurus, kau bagus.

Haishhh !! Aku memang bersabar je ni pakcik.

Nasib baik kau pakcik !!

Khamis, Mei 13, 2010

Siapa Pilihan Maya ?? Aku Confirm Pilih Amani !!

Hari ni episod akhir drama Adamaya. Memang melekat depan tv la aku hari ni. Hebat betul penangan Adamaya.










Tapi penangan yang satu ini lebih hebat !!





Nah !! Lagi satu penangan dia ...




@@ ternganga-nganga tengok kecomelan dia yang seperti-nak-gigit-pipi-dia-dan-tanya-dia-kenapa-dia-sangat-adorable-boleh-jadi-anak-angkat-auntie-tak @@

Jangan Menyibuk Nak Selak Kain Orang atau Janganlah Biar Kain Sendiri Terselak

Dah selalu jumpa orang macam ni. Aku pun suka menyibuk hal orang tapi takdelah sampai nak ambil tahu hal dalam kelambu atau hal dalam kain orang lain.

Kalau aku menyibuk pun, biasanya orang-orang itu adalah kawan-kawan aku dan mereka sendiri yang mintak pendapat aku.

Yang aku tak suka ni, manusia yang memang jenis suka ambil tahu hal orang lain. Mana orang nak pergi. Dengan siapa. Buat apa. Makan apa. Kenapa. Kat mana. Haishhh mengalahkan reporter. Bila dah dapat jawapan, jaja satu dunia cerita dalam kain orang.

Manusia jenis ni memang biasanya jenis tak makan saman dan jenis muka tak tahu malu. Kadang-kadang dah kena 'sound' pun buat tak faham. Hati tak puas selagi tak tahu pekung orang lain. Dihidu-hidu mengalahkan mat pit hidu gam. Lagi busuk, lagi bernanah, lagi dia suka. Kalau jadi depan mata, memang macam dapat rezeki terpijak. Cerita sejengkal jadi sedepa.

Apalah agaknya perasaan mereka yang tergolong dalam manusia jenis ni kan ?? Seronok ke dapat selongkar hal dalam kelambu orang lain. Gembira ke dapat tengok orang lain berendam airmata.

Manusia .. manusia

Ada satu lagi jenis manusia. Jenis yang suka buka pekung di dada. Jenis yang suka menjual cerita dalam kelambu kat orang lain. Macam bangga pula.

Mungkin tak salah berkongsi masalah dengan orang lain, tapi kalau dengan orang yang kau baru kenal selama 30 minit pun kau boleh cerita hal-hal sulit, memang kau ada masalah otak.

Macam-macam jenis manusia kan ??

Ada yang seboleh-boleh nak menutup kekurangan tapi dapat juga dihidu orang. Ada pulak yang orang lain tak kuasa nak ambil tahu tapi dia beria-ia nak jaja cerita sendiri asal puas hati.

Alahai !! Tepuk dada kau tanyalah selera hari ni nak makan apa

Selasa, Mei 11, 2010

Jalan-Jalan Buang Duit

Sabtu lepas aku ke Kuala Lumpur jumpa Encik Rizal. Mula-mula malas nak pergi tapi disebabkan lepas ni Encik Rizal akan ke Jerantut pula dan tak tahu berapa lama kat sana, so kenalah juga pergi jumpa dia. Kalau tak nanti rindu-rinduan pulak.

Aku sampai KL dah lewat petang. Lapar gila masa tu. So, Encik Rizal ajak makan kat restoran Sate Kajang Haji Samuri.






Ini kali kedua aku makan sate Kajang. Tapi, terus terang aku cakap, sate ni tak kena dengan selera aku. Dari sate ke kuah kacangnya. Aku prefer sate biasa yang daging dia tak besar dan kuah kacang yang pedas. Kuah kacang kat restoran ni lain sikit. Kuahnya manis, then kalau nak pedas dia ada bagi sambal. Entahlah. Memang tak masuklah. Orang lain aku tak tau la kan. Lain orang lain seleranya.






Esoknya, pagi-pagi dah gerak pergi Plaza Low Yatt. Encik Rizal nak beli handphone baru. Sampai kat sana awal lagi, so pergi breakfast dulu. Dalam pukul 10 pagi macam tu dah start pusing-pusing dalam plaza tu. Nasib tak lama juga survey handphone. Akhirnya, dapat juga Encik Rizal handphone yang dia nak.

Then, terus keluar jalan-jalan kat kawasan Bukit Bintang. Sempat lah jugak singgah Lot 10. Bila perut dah berbunyi terus ke Pavillion. Makan kat Pizza Hut je. Malas nak cari-cari dan fikir-fikir tempat lain sebab masa tak banyak. Petang tu aku dah nak balik JB.









Lepas makan, solat Zohor then pusing-pusing dalam Parkson. Aku ingat nak cari beg tapi tak jumpa yang berkenan, so next time jela cari.






Dalam pukul 4 petang macam tu, kitaorang gerak ke Bukit Jalil sebab tiket bas aku pukul 5.30 petang.

Walaupun tak puas jumpa Encik Rizal, aku redha jelah. Nak buat macamana. Demi mencari rezeki, kenalah berkorban.

Selera Besar

Dah lama aku tak masak makanan dengan sempurna. Bukan makanan tu masak atau tak boleh dimakan tapi maksud aku masak makanan yang lengkap.

Semenjak Encik Rizal outstation 2 bulan lepas, aku memang jarang masak. Selalunya aku makan apa yang mudah je. Maggi, roti, biskut memang jadi teman setia. Kalau Encik Rizal balik rumah pun, aku tak masak sebab biasanya kitaorang akan makan kat luar. Encik Rizal kalau balik bukan lama, 1-2 hari jek lepas tu dah balik KL semula. Itu yang selalu nak berjalan je kalau ada masa lapang. Jenis tak suka duduk rumah. Itu akulahhh ...

Hari ni, adik aku balik bercuti semester. Lama jugalah. Dekat sebulan. So, aku rajin la sikit nak masak. Penuh semangat. Kalau ada kawan nak makan, selera aku memang terbuka, kalau makan sorang-sorang, kau letaklah ayam goreng ke, pizza ke, nasi ayam ke confirm aku tak berapa nak enjoy makan.

Menu hari ni simple jek. Kari ayam, sayur kacang buncis goreng, sambal belacan dan ikan kering bulu ayam.

Makan dengan nasi panas memang menyelerakan. Bertambah jugaklah aku makan. Lebih-lebih lagi ada ikan kering dengan sambal belacan tu. Yum yum

Tapi, still sedih sebab dah lama tak masak untuk Encik Rizal. InsyaALLAH, dah janji dengan dia, next time dia balik, lama ke kejap ke, aku akan masak nasi ayam untuk dia.

Rindu sangat pada lelaki itu.




Alamak !!

Hari aku tak baby-sit. Maybe the whole week aku cuti. So, lepas kemas-kemas rumah dan mana-mana yang patut, aku bantai membuta sebab penat wehhh.

Aku start tidur dari pukul 2.00 petang tadi. Dan jeng jeng jeng, aku baru jek bangun. Kepala pun senoneng lagi terus jek on lappy.

Betul-betul punya tidur. Konon-konon nak take a nap, sudahnya membuta dengan penuh perasaan. Hehe

Tapi takpe. Aku sensorang jek pun kat rumah. Kalau ada Azeem dan Aiman, confirm aku tak boleh tidur.

Bila bangun tidur, perut pun lapar sebab aku belum makan berat lagi. Breakfast tadi just makan nestum. So, tengah berfikir-fikir nak masak apa untuk makan malam since my younger sister balik dari Taiwan hari ni. Aku ni kalau ada teman nak makan, memang berselera. Ada jek menu yang terlintas dalam otak ni nak dimasak. Tapi, bergantung pada stok bahan mentah dalam fridge tu.

Tengok-tengok tadi ada ayam. Macam ingat nak masak Asam Pedas tapi takde daun kesum pulak. Aku ni kalau masak Asam Pedas takde daun kesum macam tak lengkap pulak.

Biarlah ayam tu defrost dulu, nanti dah duduk kat dapur tu, keluarlah idea nak masak apa.

Untuk alas perut ni, aku goreng drummet jek.

Ok, aku chow dulu.

Nanti aku update pasal lauk makan malam nanti.

Isnin, Mei 10, 2010

Zaman Sudah Berubah - Lelaki Juga Dirogol

Alahai !!

Kesian Pak Mail. Niatnya hanya nak pergi berurut. Tak sangka pula, 'kejantanan'nya hampir diragut oleh tukang urut itu. Perempuan kau tukang urut tu !!

Pengajarannya, pergilah berurut dengan jantina yang sejenis.

Nak tahu cerita lanjut ??

Klik SINI

Jadilah Warganegara Yang Cermerlang, Gemilang dan Terbilang

Tolong la ye.

Kalau taknak jadi warganegara Malaysia sekalipun, jadilah manusia yang ada akal dan boleh berfikir menggunakan akal itu.

Tolong jangan letak kat lutut.

Tolong ...

1) Lepas dah guna tandas awam kat mana sekalipun, tolonglah pam tandas tu dengan baik. Jangan tinggalkan sisa-sisa yang boleh buat orang lain muntah darah kalau nak guna tandas lepas tu.

2) Kalau nak melintas jalan, tunggulah sampai dah takde kereta. Kalau melintas kat tempat yang ada lampu isyarat, tolonglah tunggu sampai lampu isyarat tu menyala menandakan turn pejalan kaki. Janganlah kau lintas jalan masa kereta tengah bergerak laju pastu kau jalan macam makan angin walaupun masa tu kau dah tak sabar nak masuk Lot 10.

3) Bila berjalan, walaupun guna kaki, mata kau tu tolonglah pandang kiri kanan. Bila dah langgar orang lain, minta jelah maaf. Bukan susah. Tak payahlah kau nak bagi pandangan maut pulak sebab kau yang salah. Mata sibuk tengok handbag Coach padahal kau tengok dari luar je pun. Dahtu kaki melangkah ke mana-mana. Takde panduan.

4) Kalau orang dah kata taknak beli pada produk yang kau jual, janganlah kau nak tarik-tarik orang supaya dengar kau membebel. Nanti, bila kau dah penat membebel, orang tetap taknak beli, kau marah. Kau jeling-jeling bila kau nampak orang tu lalu semula depan kedai kau.

5) Bila serve customer, tolonglah ikhlas. Walaupun masa tu kau tengah ada krisis dengan suami, isteri, tunang, bofren, gefren, mak, ayah, adik, abang, kakak hatta jiran kau sekalipun, senyum-senyumlah sikit. Kata 'customer is always right'.

6) Kalau beratur nak beli barang atau bayar kat kaunter, tolong jangan potong barisan. Cuba tengok betul-betul dari mana sampai ke mana barisan tu. Jangan tiba-tiba nak menyelit. Bila kena tegur, kau nak hangin cakap jerit-jerit macam kedai tu kau punya. Bila takde orang sokong kau, pandai pulak kau terus senyap pergi belakang nak beratur. Bukan kau sorang je pandai penat.



Tolong-menolong kan amalan Mulia. Salam 1Malaysia.

Weeheee

Mendamba Kasih

Aku tahu semalam Hari Ibu.

Aku takde buat apa-apa entri, ucapan atau sambutan Hari Ibu pun. Mungkin ramai yang dah tahu, aku dah takde Ibu termasuk Ibu Mertua.

Tapi, bila difikir balik, aku ramai kawan-kawan yang dah bergelar Ibu. Jadi tak salah rasanya aku dedikasikan ucapan itu untuk mereka semua.

Selamat Hari Ibu pada kawan-kawan yang dah bergelar Ibu. Pada yang Ibu Segera macam aku pun, aku ucapkan Selamat Hari Ibu. Pada yang belum ada rezeki nak ada anak juga macam aku, takpe ... InsyaALLAH suatu hari nanti kita sama-sama sambut hari tersebut dengan senyuman.

Bercerita tentang Ibu, aku kehilangan beliau ketika aku berusia 14 tahun. Bulan Ogos, 6hb, 1995. Hari Isnin. Arwah Ibu aku meninggal disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Aku rasa tak perlu aku bercerita panjang tentang itu. Cukuplah aku katakan, walaupun masa yang dipinjamkan kepada kami untuk bersama amat singkat, itu tidak menjadi alasan untuk aku melupakan dia. Dia masih hidup dalam hati dan fikiran aku. Dia masih Ibu ku.

Tentang Ibu Mertua pula, aku kehilangan dia tahun lepas. Bulan September, 4hb, 2009. Hari Jumaat. Bulan Ramadhan.

Walaupun kedua-duanya sudah meninggalkan kami, kenangan bersama-sama mereka tidak sedikit pun pudar.

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaALLAH. Amin.

Al-Fatihah.

Sabtu, Mei 08, 2010

Entri Terakhir

Oopss ... Bukan entri yang terakhir untuk selamanya. Entri yang terakhir untuk minggu ini.

Sekarang, aku sudah berada di KL.

Belum ada plan nak ke mana esok sebab petang aku dah nak balik JB semula. Mungkin kalau sempat, nak lepak kat KLCC jek. Nak ke Kinokuniya. Dah lama tak pergi sana.

Ok.

Got to Go.

See u guys next week !!

Jumaat, Mei 07, 2010

Macam Mana Ni ??

Penat dah aku perah idea nak menulis. Dah dekat setengah jam depan lappy tapi masih takde idea nak tulis apa.

Hari ini macam takde mood nak mengarut mahupun mencarut.

Sebabnya, separuh dari jiwa aku sudah berada di KL. Tak sabar nak jumpa orang kesayanganku itu.

Takpe. Nanti bila ada idea aku sambung balik.

Sekarang ni nak pergi basuh baju dulu. Macamlah basuh guna tangan.

Khamis, Mei 06, 2010

Memberi Dan Menerima

Kata orang tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Kalau bagi sedekah mungkinlah.

Kalau memberi kita masalah dan sakit kepala nak dikira macamana?? Masih dikira baik??

Kadang-kadang, kita memang boleh menahan sakit hati dan sakit kepala gara-gara kesilapan atau perbuatan orang lain. Tapi, sampai satu tahap, aku rasa semua orang ada batasnya.

Takkan selamanya nak menerima tekanan kan. Nak juga rasa macamana bagi orang lain sakit hati dan sakit kepala pula.

Memang tak baik perbuatan tu tapi jangan bohong kalau perkara itu ada terlintas dalam kepala kau. Memang kau gila kalau kau boleh biar orang pijak kepala kau lepas tu kau cakap takpe. Memang gila!!

Berilah dengan ikhlas. Terima juga dengan ikhlas.

Berilah perkara-perkara yang baik. Terima hanya perkara-perkara baik.

Kalau orang perlukan bantuan, hulurkan pertolongan. Tapi jangan nak mengungkit.

Kalau orang dah bagi bantuan, terimalah seadanya. Tapi jangan nak pijak kepala.

Aku paling tak suka orang ambil kesempatan di atas kemudahan atau pertolongan yang aku dah bagi. Janganlah asyik nak mudahkan diri sendiri jek sampai lupa aku juga ada kehidupan aku sendiri.

Aku juga tak suka nak mengungkit tentang kebaikan yang aku dah hulurkan. Nanti kata aku tak ikhlas. Ikhlas memang ikhlas beb tapi kalau kau dah panjat bahu aku nak naik atas kepala, takkan aku nak diam je. Bukan kau je tahu marah, aku pun pandai juga kalau bab-bab marah orang ni.

Jadi manusia, kena guna akal yang ALLAH dah kurniakan. Jangan letak kat lutut. Jaga sensitiviti orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan gunakan orang lain untuk permudahkan urusan hidup kau. Ada faham ???

Malas, Down dan ...

Entah kenapa, hari ni aku rasa malas sangat nak bangun dari tido. Alarm kat handphone macam biasa tepat pukul 6.00 pagi berbunyi. Lepas matikan alarm, aku golek-golek kejap sebelum solat Subuh. Dalam kul 6.20 pagi macam tu hantar sms kat Encik Rizal, aktiviti harian mengejutkan sang suamiku itu.

Selalunya, lepas Solat aku jarang tidur semula, tapi hari ni lain macam sikit. Rasa malas gila. Aku baring semula, boleh pulak terlelap sampai pukul 7.10 pagi. Dah tau terlewat pun aku still rasa malas nak bangun. Badan macam berat je nak tinggalkan tilam yang sangat empuk itu. Tapi, gagahkan juga diri, bangun dan terus pergi dapur.

Rutin harian kalau bangun pagi adalah jerang air. Untuk buat susu Azeem dengan Aiman nanti. Lepas tu macam biasa, kemas bilik kucing, bersihkan 'tandas' diaorang dan isi air dan makanan diaorang.

Selalunya aku rajin nak siram pokok bunga dengan pokok serai kat depan rumah. Tidak untuk hari ini. Lepas buang sampah, aku terus masuk rumah, on TV dan duduk jek sampai Azeem dan Aiman datang.

Memang malas gila nak buat segala benda.

Tiba-tiba rasa down sangat. Entah kenapa rasa macam sayu je. Rasa lemas. Rasa rimas.

Memang takde mood.

Nak on lappy dan internet pun rasa malas.

Kenapa ek ??

Mungkin terkena weekend fever agaknya.

Mana taknya, tak sabar nak tunggu Sabtu ni sebab nak pergi KL jumpa Encik Rizal. Tapi, tak happy sebab dapat jumpa dia 48 jam sahaja dan mungkin selepas itu kena tunggu 3 minggu lagi sebelum dia balik. Dia sangat sibuk.

Tension.

Itu sebab rasa down sangat.

Ouhh ... mungkin juga sebab website Maraliner buat hal. Nak beli tiket asyik tak boleh jek.

Entah laaa ...

Rabu, Mei 05, 2010

Adik-Adik Yang Best

Last week, sempena cuti Hari Pekerja, adik-adik perempuan kesayangan aku yang dua orang itu pulang ke rumah.

Bila dah 3 perempuan berkumpul, memang ada sahaja aktiviti yang hendak dilakukan.

Walaupun tak dapat habiskan masa lama dengan diaorang but still aku happy sebab dapat jumpa diaorang, pergi jalan-jalan, pergi makan-makan, pergi tengok wayang dan pergi menghabiskan duit yang tak berapa nak banyak.




dua orang adik kesayangan aku






Oleh sebab Lun,iaitu perempuan bongsu aku nak ke Taiwan minggu ni (sekarang ni dah ada kat sana pun), so dapat keluar jalan dengan dia satu hari jek. Kiteorang pergi Jusco Taman U je sebab malas nak pergi jauh-jauh.






tengok wayang ... cerita The Losers ... dua kali aku tengok cerita tu



Esoknya, lepas hantar dia ke bustand, aku dengan Adah, my other sister keluar bersama-sama sekali lagi pergi Jusco Bukit Indah pulak.









Sesekali berjumpa memang banyaklah benda yang dibualkan dan digaduhkan. Nama pun adik-beradik. Takdelah nak mesra sepanjang masa, kekadang bertekak jugak. Masam manis pahit kehidupan.

Kiteorang share hobi yang sama iaitu suka makan.








Kalau aku ada pergi tempat makan baru dan aku rasa best, mesti aku akan ajak diaorang pergi kemudian.





Rindu pulak dekat diaorang. Memang jarang dapat jumpa diaorang. Adah, kerja kat Bandar Penawar. Lun pulak still study kat UKM. Bila ada cuti panjang macam ni barulah dapat jumpa dan borak-borak, gosip-gosip.


Apa nak buat. Masing-masing ada tanggungjawab dan kehidupan sendiri. jadi, bila ada masa terluang, kita enjoy !!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin