Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Mei 05, 2010

Adik-Adik Yang Best

Last week, sempena cuti Hari Pekerja, adik-adik perempuan kesayangan aku yang dua orang itu pulang ke rumah.

Bila dah 3 perempuan berkumpul, memang ada sahaja aktiviti yang hendak dilakukan.

Walaupun tak dapat habiskan masa lama dengan diaorang but still aku happy sebab dapat jumpa diaorang, pergi jalan-jalan, pergi makan-makan, pergi tengok wayang dan pergi menghabiskan duit yang tak berapa nak banyak.




dua orang adik kesayangan aku






Oleh sebab Lun,iaitu perempuan bongsu aku nak ke Taiwan minggu ni (sekarang ni dah ada kat sana pun), so dapat keluar jalan dengan dia satu hari jek. Kiteorang pergi Jusco Taman U je sebab malas nak pergi jauh-jauh.






tengok wayang ... cerita The Losers ... dua kali aku tengok cerita tu



Esoknya, lepas hantar dia ke bustand, aku dengan Adah, my other sister keluar bersama-sama sekali lagi pergi Jusco Bukit Indah pulak.









Sesekali berjumpa memang banyaklah benda yang dibualkan dan digaduhkan. Nama pun adik-beradik. Takdelah nak mesra sepanjang masa, kekadang bertekak jugak. Masam manis pahit kehidupan.

Kiteorang share hobi yang sama iaitu suka makan.








Kalau aku ada pergi tempat makan baru dan aku rasa best, mesti aku akan ajak diaorang pergi kemudian.





Rindu pulak dekat diaorang. Memang jarang dapat jumpa diaorang. Adah, kerja kat Bandar Penawar. Lun pulak still study kat UKM. Bila ada cuti panjang macam ni barulah dapat jumpa dan borak-borak, gosip-gosip.


Apa nak buat. Masing-masing ada tanggungjawab dan kehidupan sendiri. jadi, bila ada masa terluang, kita enjoy !!!

2 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

wah..bestnye dia..jalan2...sedap2 plak tu makanan dia pi...i like

Adahjay berkata...

sila lah letak gmbr ini di fb. huhu =P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin