Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Mei 24, 2010

Aku Diserang Lagi

Kali tak teruk sangat macam dulu sampai merengek-rengek minta Encik Rizal balik JB dengan kadar segera.

But still ianya berjaya memberi perasaan tidak selesa dan annoying yang amat sangat sebab asyik nak tergaru-garu hidung ni. Kalau boleh macam nak garu tekak sekali.

Eh lupa pulak nak bagitau. Aku kena serangan selesema la.






Bangun Subuh tadi dah start bersin-bersin sebanyak berpuluh kali. Kepala pun rasa tintong je.

Lepas dah telan ubat ni baru rasa ok sikit. Tapi, rasa mengantuk la pulak. Tengah menaip ni pun mata dah macam terkebil-kebil. Kecik besar kecik besar je hah aku nampak keyboard ni.

Aku ni jenis antibodi tak kuat agaknya. Dalam sebulan mesti kena sekali. Kadang-kadang tak teruk. Kadang-kadang teruk gila sampai tersumbat habis lubang hidung ni. Bila nak bernafas pun susah. Tu yang aku boleh sampai nangis-nangis sebab sangat tak larat ok. Manja terlebih pun ye juga kadang-kadang.

Haishhh aku nak tidur sekejap la. Mata aku ni dah berat sangat dah ni. Tengahari ni nak masak bubur la. Takde selera nak makan benda pejal. Makan bubur dengan ikan bilis goreng juga yang membangkitkan selera.

Sebelum tu, meh sini kongsi sedikit tentang SELSEMA.



Selsema

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.

Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah :

  • sakit tekak
  • sakit kepala dan sakit badan
  • mata berair
  • demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • batuk, selalunya tanpa kahak

Untuk lebih info, KLIK SINI

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin