Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mei 20, 2010

Aku Sudah Jadi Penagih Tegar

Hoho

Jangan salah sangka.

Bukan ketagih dadah atau benda-benda haram yang sewaktu dengannya.

Aku cuma dah ketagih dengan benda ni ...





Kalau datang KL, mesti teringat-ingat benda ni.

Sanggup tu dari Kajang ke Damansara semata-mata nak makan benda ni.

Macam last week, aku dah sampai awal kat IKEA. Dalam pukul 10.00 pagi macam tu. Niatnya nak breakfast dengan Meatballs ni la tapi belum siap pulak. So, aku amik kuetiau goreng berharga 99sen, kepak ayam dan kek Daim untuk alas perut.





Lepas tu, kiteorang jalan-jalan kat The Curve. Ingat nak tengok wayang tapi masa tak mengizinkan.





Aku pun cari port ada servis Wi-Fi sebab nak ajar Encik Rizal macamana nak guna benda alah tu. Maaflah ye, suami kesayangan aku itu tak pandai langsung tentang IT ni.

Kebetulan, aku dah janji dengan kawan aku nak jumpa untuk lunch date. Lokasi pilihan tentulah Cafe IKEA lagi sekali.

This time, dapat juga makan Meatballs. Ambil makanan macam orang tak ingat dunia. Lastly, tak habis pun. Hehe

Lepas dah borak-borak tu, member aku pun chow dan aku pun mulakan misi mencari barang kat IKEA. Eleh, nak beli cermin je pun.





Dah jumpa barang, kiteorang pun chow dari Damansara menuju Sungai Besi sebab dah janji dengan sorang lagi member aku. Nak tumpang dia balik JB.

Emmm ... memang tak puas jumpa Encik Rizal. Tapi nak buat macamana. Redha jelah.







ni Nasi Arab. sedap gaklah. macam nasi beriyani cuma dia takde kuah. nak tercekik aku makan. satu portion boleh makan 2 orang. memang banyak gila. aku makan berdua dengan Encik Rizal pun still tak habis. by the way, ini aku makan kat cafe KLIUC. sapa-sapa dekat area sana bolehlah singgah. harga dia RM10-RM20, ikut menu dan portion.

3 ulasan:

kitatauke berkata...

hoho...makan time...best2...:)

a d r e y n i e e l i s y a berkata...

apsal la d sbah ni tiada ikea..
hohohooh

sgt teringin mo mkan semua tuh!!
n mo sopim d ikea

Kniedaz berkata...

macam sedap je nasi arab tu..kalau g ikea selalu teringin nak makan meatballs tu tp ramai org la pulak..anak2 suka makan hotdog kat bawah tu je

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin