Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mei 20, 2010

Anak Luar 'Daerah'. Itu Bukan Satu Masalah

Beberapa minggu lepas, aku berborak dengan beberapa kawan maya di YM.

Tiba-tiba, aku luahkan perihal aku tengah nak cari anak angkat. Memang kalau boleh nak buat permohonan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tapi, kalaulah ada orang yang nak bagi aku anak untuk aku jaga, memang aku lapangkan dada, tadahkan tangan.

Ada sorang kawan aku ni sarankan ambil anak orang yang susah. Jangan ambil anak luar 'daerah'.

Aku rasa kamu-kamu fahamkan apa maksud anak luar 'daerah'.

Ya.

Dulu aku juga berfikiran macam kawan aku tu. Takut kalau ambil anak-anak kategori ini, dah besar nanti bermasalah pulak, takut berperangai macam 'mak bapak' dia.

Tapi, bila aku fikirkan balik, kenapa perlu takut.

Bukankah bayi yang lahir ke dunia ini bersih. Sebersih kain putih. Kita sebagai ibu bapa lah yang mencorakkan kain putih itu. Kalau warna-warna cerah yang kita lukis, InsyaALLAH, cerah jugalah masa depan dia. Kalau hitam yang dipalit, kemungkinan besar hitam jugalah yang dia ikut di masa akan datang.

Tak semestinya kalau kau lahir dari perhubungan yang haram, bila dah besar kau juga mesti melalui dan melahirkan zuriat dari hubungan terlarang.

Dan, tak semestinya kalau kau lahir dari perhubungan yang halal, bila dah besar kau takkan terjebak dengan hubungan haram.

Tengok saja situasi sekarang. Aku rasa, budak-budak yang terlibat dengan dunia sosial dan perhubungan seks rambang atau luar nikah ni semuanya lahir dari keluarga yang halal. Yang ada mak dan bapa yang sempurna nikahnya.

Mungkin mereka ini terlalu mengikut nafsu dan akhirnya bila ada benih dalam perut, tak tahu nak handle, then buang jelah.

Jadi, pada aku, samada anak halal atau tidak, bayi-bayi ini tidak berdosa. Mereka perlu dididik dan dibimbing dari awal.

Tapi memang betul. Nak pelihara anak luar 'daerah' ni kena fikir betul-betul. Jangan pulak nanti, bila ada masalah di kemudian hari kita nak salahkan asal usul dia.

Pada aku sendiri, kalau diberi peluang untuk pelihara anak angkat, aku tak kisah kategori mana. InsyaALLAH, aku akan buat yang terbaik untuk dia dan kami.

Eh ?!!

Jangan pulak ingat aku dah give up untuk ada zuriat sendiri. Tidak !!! Tidak sama sekali. Aku masih berusaha. Yang lain aku serahkan pada Dia.

Doakan kejayaan aku !!

4 ulasan:

♥ Syira ♥ berkata...

KATAKAN YA PADA ENTRI INI..........

http://itikkejam.blogspot.com/2010/05/lagi-lagi-pasal-amani-adik-mia-sara.html

yuyun berkata...

setuju. baby tu suci. tak semestinye kalau hasil hubungan haram bile besar pun perangai macam haram. sekarang parents baik2 pun tak tau ape nasib diorang bile anak tidak mencerminkan ke'baik'an family.

cume mungkin kalau anak luar daerah yang dijage oleh parents yang tak bersedia dan tunggang langgang, mungkin akan menyebabkan anak mereke terdedah kepade sifat tak baik parents die..

kalau kite didik baik2 baby tu, terapkan dengan hal ilmu agame yang cukup, jage baik2.. insya allah, tak mustahil satu hari nanti anak luar daerah tu la yang mampu mengharumkan name yang menjage..

yatiyahya berkata...

ambil anak angkat pon ok....yg penting mcm mana kiter membentuk dia...

Jemari Seni berkata...

Dik kalau nak amik anak angkat hakak cadangkan gi kat ulu langat ada satu tempat anak yatim tu.
Tapi line panjang gila kalau nak apply amik anak angkat ni.
Bole cuba mana tau ada rezeki kamu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin