Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Mei 28, 2010

Hujan Rahmat

It's raining here right now in JB. Sejuk dan nyaman je. Lebih-lebih lagi aku baru lepas mandi. Segar bugar. Terus hilang rasa mengantok. Eleh padahal dah bantai membuta selama 2 jam tadi.

Hujan-hujan macam ni perut aku pun mulalah lapar. Padahal tengahari dah makan heavy lunch. Hehe tiap-tiap hari pun heavy lunch. Bantai makan nasi berlauk. Hari ni aku masak Daging Black Pepper dengan Sayur Chapchay Tauhu Jepun.






Esok malas nak masak. Tiap-tiap hari masak sampai takde mood nak masak. Mengada-ngada kan.

Bukan apa, esok Encik Rizal ada kat rumah so ingat nak ajak makan kat luar je. Ahad nanti baru masak special untuk dia. Planning nak masak Soto. Yumyum ... makan dengan sambal kicap pedas kaw-kaw, sup panas-panas. Macam nak masak esok je rasanya.

Kamu-kamu perasan tak, seminggu ni asyik cerita pasal menu lunch aku je kan. Yela itu jela idea yang ada nak kongsi dengan kamu-kamu.

Takpe, kalau aku confirm masak Soto, aku kongsi resepi pulak dengan kamu-kamu ye.

Ketika aku sedang menaip ni, adik sayang tengah goreng sosej. Untuk minum petang. Itupun lepas kena paksa. Biarkan dia. Selalu dia je suruh aku masak itu masak ini. Sesekali suruh dia pulak masak.

Dah. Nak makan dulu. Jumpa lagi. Tata

1 ulasan:

Kniedaz berkata...

soto sedap... ^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin