Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Mei 26, 2010

I Need Your Help !! Please Please Please

Lapan hari lagi.

Apa yang lapan hari lagi ???

My 5th Anniversary la.

Hehe jangan marah hah ...


Daisypath Anniversary tickers


Tengah berfikir nak bagi hadiah apa kat Encik Rizal.

Korang rasa nak bagi apa ek ??

Kalau aku tanya dia nak apa, mesti dia taknak apa-apa punya. Dia bukan jenis romantika di tampoi yang suka benda-benda yang suprise ni. Biasanya hadiah untuk aku pun aku yang pilih sendiri. Dia tak pandai nak pilih-pilih. Dia kata lagi senang ikut selera aku.

Dalam otak aku sekarang ni ada 2 benda nak bagi.

First, wallet sebab wallet dia yang sekarang ni Ya ALLAH daif sangat. Kesian aku tengok. Kritikal dah. Patut dah lama mati tapi entah kenapa dia sayang sangat benda tu. Aku rasa dah macam ala-ala koma tahap tak bangun-bangun. But still, dia nak pakai juga. Dia kata ok jek takde jadi masalah. Aku bukan apa, macam tak syiok kalau dia keluarkan wallet dia tu kalau nak bayar apa-apa kat kaunter ke apa. Koyak-koyak. Bini pakai nampak macam kelas (nampak jek!!) tapi laki wallet koyak-koyak. Kesian laki aku !!

Second, macam nak belikan dia bag pack. Dia memang bawak bag pack pegi kerja. Letak segala khazanah dia dalam tu. Pensil box, pita ukur, mata drill, kertas kerja, kain pelikat dan sejadah, dan segala benda-benda yang berat. Bag pack sekarang pun dah tua. Bag murah. Beli kat Petaling Street. Dah 3 tahun rasanya. Ada koyak-koyak sikit la. Kalau pergi jalan-jalan dekat kedai bag, dia selalu belek-belek jek bag. Aku suruh dia beli baru dia taknak. Dia kata masih boleh pakai yang lama.

Kamu-kamu rasa yang mana satu patut aku beli??

Tolong bagi idea sikit !!

4 ulasan:

princeduyong berkata...

beli cermin mata gelap...

pQ berkata...

wow, pls wife aku baca entry ni. ehehhe

bagus 2-2 barang yg ko nak belikan tu. lelaki ni bukan tak leh beli sendiri, tapi benda2 camni kalau wife yg belikan kitorang lagi suka.

tapi aku vote for bag pack. tapiko kena cari yg betul2 dia suka. tapi ko tahu apa yg dia isi. so make sure benda2 yg dia bley isi tu sume dia bley sumbat. pastu cari yg lasak.

design plak, ko kena paham taste husband ko. bile ko beli, jgn letak diri ko yg nak pakai. bahaya. nanti tetiba feminin plak bag dia. aku pun suka pakai bag pack, tapi utk laptop aku. org yg suka pakai bag pack ni selalunya jenis yg ringkas and mudah.

aku suggest timberland? tapi camel pun ok. aku rasa mesti di bawah lingkungan bajet ko.

happy anniversary.

iS3 DaEnG berkata...

Tahniah!..rasa better bagi dua2 sekali kot..yerr laa benda yng diusung ari2...nanti kita tengok pun rasa best jerr sebab gift yng kita bagi diguna hari2kan...wish u happy 5th annvsry..moga dikurniakan zuriat & rezeki yang murah sepanjang hayat..aminn

yatiyahya berkata...

happy anniversary faizah..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..aamin..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin