Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Mei 25, 2010

I Wanna Watch Toy Story 3

Yeehaa

Toy Story kembali lagi ... Menggegar dunia filem ... Menggoncang iman peminat kartun comel ini. Memang tak sabarlah nak tengok !! Ada 3D pulak tu. Lagilah aku excited tahap gila nak pergi tengok. Encik Rizal sudah semestinya menjadi mangsa peneman menonton wayang.






Masa Toy Story 1 dan 2 keluar panggung dulu, aku masik muda remaja. Sekarang ni dah masuk alam dewasa (tua) ni pun tetap rasa teruja nak pergi tonton.

Aku memang penggemar filem kartun apatah lagi kalau ada Woody dan Buzz yang sangat comel itu. Semestinya Andy dah besar remaja sekarang. Dah 10 tahun. Dah nak masuk kolej dah !!

Tak sabar nak pergi tengok !!!

Eh ada karakter baru la. Aku macam terjatuh cinta sama itu Mr. Pricklepants. Dia sangat comel dengan rambut mengerbang dan topi itu !! Pertama kali nampak dia terus rasa berbunga-bunga hati ini.



Jom serbu panggung. Tapi, kalau dapat tiket free dari Nuffnang pun best gak !! Hehe

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin