Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Mei 10, 2010

Jadilah Warganegara Yang Cermerlang, Gemilang dan Terbilang

Tolong la ye.

Kalau taknak jadi warganegara Malaysia sekalipun, jadilah manusia yang ada akal dan boleh berfikir menggunakan akal itu.

Tolong jangan letak kat lutut.

Tolong ...

1) Lepas dah guna tandas awam kat mana sekalipun, tolonglah pam tandas tu dengan baik. Jangan tinggalkan sisa-sisa yang boleh buat orang lain muntah darah kalau nak guna tandas lepas tu.

2) Kalau nak melintas jalan, tunggulah sampai dah takde kereta. Kalau melintas kat tempat yang ada lampu isyarat, tolonglah tunggu sampai lampu isyarat tu menyala menandakan turn pejalan kaki. Janganlah kau lintas jalan masa kereta tengah bergerak laju pastu kau jalan macam makan angin walaupun masa tu kau dah tak sabar nak masuk Lot 10.

3) Bila berjalan, walaupun guna kaki, mata kau tu tolonglah pandang kiri kanan. Bila dah langgar orang lain, minta jelah maaf. Bukan susah. Tak payahlah kau nak bagi pandangan maut pulak sebab kau yang salah. Mata sibuk tengok handbag Coach padahal kau tengok dari luar je pun. Dahtu kaki melangkah ke mana-mana. Takde panduan.

4) Kalau orang dah kata taknak beli pada produk yang kau jual, janganlah kau nak tarik-tarik orang supaya dengar kau membebel. Nanti, bila kau dah penat membebel, orang tetap taknak beli, kau marah. Kau jeling-jeling bila kau nampak orang tu lalu semula depan kedai kau.

5) Bila serve customer, tolonglah ikhlas. Walaupun masa tu kau tengah ada krisis dengan suami, isteri, tunang, bofren, gefren, mak, ayah, adik, abang, kakak hatta jiran kau sekalipun, senyum-senyumlah sikit. Kata 'customer is always right'.

6) Kalau beratur nak beli barang atau bayar kat kaunter, tolong jangan potong barisan. Cuba tengok betul-betul dari mana sampai ke mana barisan tu. Jangan tiba-tiba nak menyelit. Bila kena tegur, kau nak hangin cakap jerit-jerit macam kedai tu kau punya. Bila takde orang sokong kau, pandai pulak kau terus senyap pergi belakang nak beratur. Bukan kau sorang je pandai penat.



Tolong-menolong kan amalan Mulia. Salam 1Malaysia.

Weeheee

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin