Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Mei 11, 2010

Jalan-Jalan Buang Duit

Sabtu lepas aku ke Kuala Lumpur jumpa Encik Rizal. Mula-mula malas nak pergi tapi disebabkan lepas ni Encik Rizal akan ke Jerantut pula dan tak tahu berapa lama kat sana, so kenalah juga pergi jumpa dia. Kalau tak nanti rindu-rinduan pulak.

Aku sampai KL dah lewat petang. Lapar gila masa tu. So, Encik Rizal ajak makan kat restoran Sate Kajang Haji Samuri.






Ini kali kedua aku makan sate Kajang. Tapi, terus terang aku cakap, sate ni tak kena dengan selera aku. Dari sate ke kuah kacangnya. Aku prefer sate biasa yang daging dia tak besar dan kuah kacang yang pedas. Kuah kacang kat restoran ni lain sikit. Kuahnya manis, then kalau nak pedas dia ada bagi sambal. Entahlah. Memang tak masuklah. Orang lain aku tak tau la kan. Lain orang lain seleranya.






Esoknya, pagi-pagi dah gerak pergi Plaza Low Yatt. Encik Rizal nak beli handphone baru. Sampai kat sana awal lagi, so pergi breakfast dulu. Dalam pukul 10 pagi macam tu dah start pusing-pusing dalam plaza tu. Nasib tak lama juga survey handphone. Akhirnya, dapat juga Encik Rizal handphone yang dia nak.

Then, terus keluar jalan-jalan kat kawasan Bukit Bintang. Sempat lah jugak singgah Lot 10. Bila perut dah berbunyi terus ke Pavillion. Makan kat Pizza Hut je. Malas nak cari-cari dan fikir-fikir tempat lain sebab masa tak banyak. Petang tu aku dah nak balik JB.









Lepas makan, solat Zohor then pusing-pusing dalam Parkson. Aku ingat nak cari beg tapi tak jumpa yang berkenan, so next time jela cari.






Dalam pukul 4 petang macam tu, kitaorang gerak ke Bukit Jalil sebab tiket bas aku pukul 5.30 petang.

Walaupun tak puas jumpa Encik Rizal, aku redha jelah. Nak buat macamana. Demi mencari rezeki, kenalah berkorban.

4 ulasan:

amar haziq berkata...

syoknya dapat jalan2 dgn buah hati ye kak..haha

jenguk2 lah blog saya k =>
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Ery Farieha berkata...

kempunan sate =D

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

wah...bestnye dia berseri-seri muka..heheh.

Kniedaz berkata...

berjauhan mesti tak seronok..huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin