Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mei 13, 2010

Jangan Menyibuk Nak Selak Kain Orang atau Janganlah Biar Kain Sendiri Terselak

Dah selalu jumpa orang macam ni. Aku pun suka menyibuk hal orang tapi takdelah sampai nak ambil tahu hal dalam kelambu atau hal dalam kain orang lain.

Kalau aku menyibuk pun, biasanya orang-orang itu adalah kawan-kawan aku dan mereka sendiri yang mintak pendapat aku.

Yang aku tak suka ni, manusia yang memang jenis suka ambil tahu hal orang lain. Mana orang nak pergi. Dengan siapa. Buat apa. Makan apa. Kenapa. Kat mana. Haishhh mengalahkan reporter. Bila dah dapat jawapan, jaja satu dunia cerita dalam kain orang.

Manusia jenis ni memang biasanya jenis tak makan saman dan jenis muka tak tahu malu. Kadang-kadang dah kena 'sound' pun buat tak faham. Hati tak puas selagi tak tahu pekung orang lain. Dihidu-hidu mengalahkan mat pit hidu gam. Lagi busuk, lagi bernanah, lagi dia suka. Kalau jadi depan mata, memang macam dapat rezeki terpijak. Cerita sejengkal jadi sedepa.

Apalah agaknya perasaan mereka yang tergolong dalam manusia jenis ni kan ?? Seronok ke dapat selongkar hal dalam kelambu orang lain. Gembira ke dapat tengok orang lain berendam airmata.

Manusia .. manusia

Ada satu lagi jenis manusia. Jenis yang suka buka pekung di dada. Jenis yang suka menjual cerita dalam kelambu kat orang lain. Macam bangga pula.

Mungkin tak salah berkongsi masalah dengan orang lain, tapi kalau dengan orang yang kau baru kenal selama 30 minit pun kau boleh cerita hal-hal sulit, memang kau ada masalah otak.

Macam-macam jenis manusia kan ??

Ada yang seboleh-boleh nak menutup kekurangan tapi dapat juga dihidu orang. Ada pulak yang orang lain tak kuasa nak ambil tahu tapi dia beria-ia nak jaja cerita sendiri asal puas hati.

Alahai !! Tepuk dada kau tanyalah selera hari ni nak makan apa

1 ulasan:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

hoho...bese dah jumpe org yang macam ni..serik nak p rewang kat umah jiran n kumpul sesame makcik2 yang bertauliah..memula borak okeh je...pastu ade yang xbape okeh..sume mende nak ditanye..sume menda nak dijawab...sampai hal dalam bilik laki bini pon dorang bukak satu persatu...xmalu sungguh lah...! dorang tak pasan agaknye ade anak dara yang duk ngan kumpulan rewang dorang...malu tau sye...lepas tu dah tak pernah nak p rewang2 lagi..segan lah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin