Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Mei 04, 2010

Kalau Masa Boleh Diputar Semula

Kalaulah Allah mengizinkan manusia memutarkan semula masa, banyak perkara yang aku nak perbaiki terutamanya tentang diri aku. Bukan menyesali kehidupan yang aku lalui sekarang, cuma nak mencantikkan lagi corak-corak yang aku lukis atas kain kehidupan aku.

Kalau Masa Boleh Diputar Semula, aku nak ...

1) Dermakan buah pinggang aku pada Arwah Ibu aku supaya aku masih boleh menyambut Hari Ibu dengan dia

2) Aku nak jaga Arwah nenek aku sampai hujung nyawanya

3) Dapatkan pekerjaan yang baik supaya kehidupan keluarga aku bertambah senang

4) Buang memori pahit yang hampir memusnahkan mahligai impian yang baru nak dibina antara aku dengan Encik Rizal


Tapi, masa memang tidak dapat diputar semula. Hiduplah aku hingga sekarang ini dengan pelbagai kenangan pahit dan manis bersama orang-orang tercinta. Tidak pernah mengeluh jauh sekali menyesal. Walaupun ada antara orang-orang yang aku cintai sudah pergi, kenangan yang mereka tinggalkan sudah cukup buat aku bahagia. Pada orang-orang tercinta yang masih ada, sayangilah aku sepertimana aku menyayangi kamu.

Untuk Ayah tercinta, Kakak sayang Ayah walau dunia terbelah dua.

Untuk Adik-Adik Tercinta, Kakak sayang Korang walau jasad kehilangan nyawa.

Untuk Encik Rizal Tercinta, I sayang You walau langit runtuh atas kepala.

Untuk Kawan-Kawan Tercinta, Aku sayang Korang walau kita selalu diduga.


1 ulasan:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

sume dugaan yang datang tu.untuk mematangkan kite sebenarnya..
Allah tak kan menguji kite kalau kite tak mampu nak harunginya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin