Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Mei 03, 2010

Kenapa Minuman Berais Tak Pernah Mengecewakan Aku ??

Aku suka minuman yang sejuk. Lebih-lebih lagi yang berais. Bila lalu kat tekak, nak-nak time panas terik, berpeluh-peluh, ketiak masam, perghh ... memang tak pernah mengecewakan langsung.






Aku tahu hakikat minum minuman berais ni tak bagus untuk badan tapi aku memang tak boleh survive tanpa ais. Walaupun kat rumah memang cuba, betul betul mencuba dengan tidak meletakkan air dalam peti sejuk, tapi bila aku keluar jalan-jalan memang aku akan cari ais.

Time sakit demam perit tekak pun, aku masih boleh mengelat telan air sejuk. Kalau dah dasar keras kepala, memang boleh join team aku.

Bila kau dah terlalu penat, tekak kosong, air paip letak air batu pun dah rasa macam minum Green Apple Kasturi dekat Secret Recipe tu.




Aku dan ais memang tak boleh dipisahkan. Kami ibarat lagu dan irama. Kalau dipisahkan, rosaklah lagu, pincanglah irama.

Dah-dah, sebelum aku pergi habiskan sebotol milo yang aku simpan dalam peti sejuk semalam tu, nak tanya ni ... ada yang nak join group aku tak ??




Group apa ??

Group 'Kami Kembar Siam Ais, Tolong Jangan Pisahkan Kami' !!

Bahahaha



*all pics credited to Yahoo ! Images *

2 ulasan:

md nasir berkata...

bila tgk gambar abc ,aku terus terbayang 3 tempat nie..
1-ABC maknya si siti
(port baik buat study group,padahal lepak main gitar kat belakang arked..)
2-ABC kat larkin bomba
(damm..setiap kali makan x pernahnya habis..haha)
3-ABC kat food court plaza tasek (tp time kita sekolah2 dululah..siap mintak koko lebih lagi ngan auntie cina tu..sanggup survive x makan kat kantin coz balik sek nak makan ABC.RM2 satu,mahal tu beb..)

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

haha,,,yes..same la ngan sye..ais mmg tak boleh dipisahkan..tapi pastu...badan mmg sakit2 lah..hehe..milo ais satu...! sedapyer,,,

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin