Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Mei 28, 2010

Long Weekend



Aku percaya ramai yang bercuti hari ni. Aku pun cuti. Cuti panjang la kita semua kan. Kamu-kamu dah ada plan nak ke mana-mana ker ? Aku belum lagi. Kena tunggu 'Menteri Kewangan' balik dari KL malam ni. So, esok baru decide nak ke mana.

Apa yang pasti, aku akan gunakan cuti 3 hari ini dengan sebaiknya. Encik Rizal pun dah sebulan tak balik rumah, so aku nak dia involve sama dalam proses mengemas rumah. Then, baru boleh nak berjalan-jalan ke mana-mana.

Nak kena pergi hypermarket juga ni. Stok lauk memang dah takde. Biasalah dah hujung bulan kan.

Hari ni aku lepak rumah je. Malas nak keluar. Lagipun tengahari nanti ada orang nak datang pasang awning kat rumah aku, so kenalah tengok-tengokkan diaorang buat kerja.

Semalam dah set dalam otak nak masak Daging Black Pepper dan Tauhu Jepun untuk lunch hari ni. Nanti dah siap masak aku update gambar.

Aku kena chow dulu. Nak settlekan sidai baju yang berlambak tu. Hehe

Happy Holiday Semua !!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin