Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mei 06, 2010

Malas, Down dan ...

Entah kenapa, hari ni aku rasa malas sangat nak bangun dari tido. Alarm kat handphone macam biasa tepat pukul 6.00 pagi berbunyi. Lepas matikan alarm, aku golek-golek kejap sebelum solat Subuh. Dalam kul 6.20 pagi macam tu hantar sms kat Encik Rizal, aktiviti harian mengejutkan sang suamiku itu.

Selalunya, lepas Solat aku jarang tidur semula, tapi hari ni lain macam sikit. Rasa malas gila. Aku baring semula, boleh pulak terlelap sampai pukul 7.10 pagi. Dah tau terlewat pun aku still rasa malas nak bangun. Badan macam berat je nak tinggalkan tilam yang sangat empuk itu. Tapi, gagahkan juga diri, bangun dan terus pergi dapur.

Rutin harian kalau bangun pagi adalah jerang air. Untuk buat susu Azeem dengan Aiman nanti. Lepas tu macam biasa, kemas bilik kucing, bersihkan 'tandas' diaorang dan isi air dan makanan diaorang.

Selalunya aku rajin nak siram pokok bunga dengan pokok serai kat depan rumah. Tidak untuk hari ini. Lepas buang sampah, aku terus masuk rumah, on TV dan duduk jek sampai Azeem dan Aiman datang.

Memang malas gila nak buat segala benda.

Tiba-tiba rasa down sangat. Entah kenapa rasa macam sayu je. Rasa lemas. Rasa rimas.

Memang takde mood.

Nak on lappy dan internet pun rasa malas.

Kenapa ek ??

Mungkin terkena weekend fever agaknya.

Mana taknya, tak sabar nak tunggu Sabtu ni sebab nak pergi KL jumpa Encik Rizal. Tapi, tak happy sebab dapat jumpa dia 48 jam sahaja dan mungkin selepas itu kena tunggu 3 minggu lagi sebelum dia balik. Dia sangat sibuk.

Tension.

Itu sebab rasa down sangat.

Ouhh ... mungkin juga sebab website Maraliner buat hal. Nak beli tiket asyik tak boleh jek.

Entah laaa ...

2 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

awe pun malas gak ...ari2 malas..heheh..bile dah balik umah ni saja nak memalaskan diri ni..

Ieja RizaLiza berkata...

klu ada org buatkan semua kerja, memang malas kan ... haih naik lemak kita ni ... akak, kalau ayah ada kat rumah la biasanya ... memang malas sebab dia rajin masak. hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin