Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Ahad, Mei 23, 2010

Masuk AF Pun Still Boleh Grad dan Pakai Robe =)

Hehe. Jangan terasa ye dengan tajuk entri di atas.

Semalam aku layan jugaklah sampai habis Konsert Akhir AF8. Sambil-sambil tu, kalau iklan aku tukar channel lain. Tengok drama kat TV3. Pergi Kontang. Agak merapik dan merapu la ceritanya.

Semua dah tahu siapa Juaranya. Shahir. Oklah kot dia menang. Walaupun hati nak Maulana menang tapi sebab aku tak undi, aku redha jelah.






Tapi, aku suka juga dengan Shahir ni. Tengok gaya lemah lembut dan pemalu orangnya. Jangan hanyut lepas ni sudah la ye dik. Suka dengan lagu baru dia juga. Kalau aku masih muda belia sebaya dengan dia, confirm aku dengan kawan-kawan main berebut-rebut padahal bukan dapat pun. Bahaha

Berbalik kepada tajuk entri di atas. Masa nak buat pengumuman pemenang kan semua finalist pakai robe dan topi graduation. So, aku sajalah mengusik adik sayang aku. Aku cakap dengan dia budak2 AF belajar 10 minggu je dah convo, dapat pakai robe dan topi bagai. Adik sayang pulak kena belajar 5 tahun baru dapat pakai semua tu. Chehh ... ingat ada respon. Tak dilayannya aku. Dahtu dibuat pulak muka ala-ala ADA AKU KISAH ??? Kecik ati I tau !!

Haha ... Takpelah adik sayang. 5 tahun pun 5 tahun la. Yang penting belajar elok-elok. Pointer kasi tinggi. Nanti JPA tarik balik scholar baru tau.

Hari ni hari minggu.

Hari akhir aku dapat rileks sebab esok dah start baby-sit semula.

Hari ni adik sayang suruh masak. Nak makan ayam masak kicap.

Aku dah de-frost ayam tadi. Jap-jap lagi, aku prepare la barang-barang lain. Setakat ayam masak kicap. Boleh dikatakan dalam sebulan 5-6 kali masak benda tu. Bagi aku 1 jam. Confirm terhidang di atas meja. Cehcehceh ... riak sungguh ye aku hari ini.

Dah dah dah.

Sebelum masak mandi dulu. So, aku nak gi mandi jap. Bye. =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin