Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Mei 03, 2010

Memang Mudah Memberi Alasan

Aku tertarik dengan satu iklan kat radio Sinar FM.

Ianya tentang betapa mudahnya mencari alasan. Kadang-kadang alasan itu terkena pada orang lain ataupun dalam bahasa mudah, menyalahkan orang lain.

Aku tak tahu dengan orang lain, tapi aku juga selalu mencari alasan untuk memudahkan hidup aku.

Contohnya, bila malas nak masak kat rumah, aku bagi alasan dah tak tahu nak masak apa.

Contoh lagi, bila malas nak lipat baju yang dah tinggi menggunung, aku bagi alasan baju tu semua perlu disangkut guna hanger je.

Dan lagi, bila sakit dan aku paling benci makan ubat, aku bagi alasan sakit aku tak teruk.

Mudahkan bagi alasan. Kadang-kadang kita langsung tak cuba untuk mencari jalan penyelesaian. Kita lebih sanggup perah susu lembu otak untuk cari alasan daripada cari jalan macamana nak keluar dari masalah.

Yang paling 'baik' bila kita juga selalu nak menyalahkan orang lain demi melepaskan diri sendiri. Mungkin berlaku kat tempat kerja, kat sekolah, kat jalanraya, kat shopping mall dan kat mana-mana saja lah.

Kalau kat tempat kerja, kita terlupa nak tutup lampu bila nak balik, esok bos marah, kita cakaplah 'bukan saya yang balik last sekali, tapi si polan tu ... '

Kalau kat sekolah, kita tak siap kerja sekolah yang cikgu bagi, kita cakaplah 'cikgu, saya tertinggal buku kat rumah ... '

Kalau kat jalanraya, kita kena saman sebab tak pakai tali pinggang keledar, kita cakaplah 'maaf encik polis, saya terlupa nak pakai seat belt, kelam kabut nak pergi beli ayam golek kat bazar, takut habis. kejap lagi dah masuk waktu berbuka ... '

Kalau kat shopping mall, kita shopping tak ingat dunia sampai duit gaji dah tinggal hujung nyawa sebab kawan kita yang dapat sponsor dari bapak ayam dia yang kaya raya pun shopping sama so kita taknak kalah, kita cakap 'kau lah ni, paksa aku beli barang-barang ni. habis duit aku ...'

Mudahkan ??

Kita memang dengan mudah mewujudkan 1001 alasan dari memikirkan 1 jalan penyelesaian. Kalau menyalahkan diri sendiri tidak mengapa, kadang-kadang bila melibatkan orang lain, memang dah tak bagus la kan.

Apakata mulai hari ini, kita cuba selesaikan segala permasalahan daripada mencipta alasan. Ini motivasi untuk aku dan kamu. Apakata ???

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin