Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mei 06, 2010

Memberi Dan Menerima

Kata orang tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Kalau bagi sedekah mungkinlah.

Kalau memberi kita masalah dan sakit kepala nak dikira macamana?? Masih dikira baik??

Kadang-kadang, kita memang boleh menahan sakit hati dan sakit kepala gara-gara kesilapan atau perbuatan orang lain. Tapi, sampai satu tahap, aku rasa semua orang ada batasnya.

Takkan selamanya nak menerima tekanan kan. Nak juga rasa macamana bagi orang lain sakit hati dan sakit kepala pula.

Memang tak baik perbuatan tu tapi jangan bohong kalau perkara itu ada terlintas dalam kepala kau. Memang kau gila kalau kau boleh biar orang pijak kepala kau lepas tu kau cakap takpe. Memang gila!!

Berilah dengan ikhlas. Terima juga dengan ikhlas.

Berilah perkara-perkara yang baik. Terima hanya perkara-perkara baik.

Kalau orang perlukan bantuan, hulurkan pertolongan. Tapi jangan nak mengungkit.

Kalau orang dah bagi bantuan, terimalah seadanya. Tapi jangan nak pijak kepala.

Aku paling tak suka orang ambil kesempatan di atas kemudahan atau pertolongan yang aku dah bagi. Janganlah asyik nak mudahkan diri sendiri jek sampai lupa aku juga ada kehidupan aku sendiri.

Aku juga tak suka nak mengungkit tentang kebaikan yang aku dah hulurkan. Nanti kata aku tak ikhlas. Ikhlas memang ikhlas beb tapi kalau kau dah panjat bahu aku nak naik atas kepala, takkan aku nak diam je. Bukan kau je tahu marah, aku pun pandai juga kalau bab-bab marah orang ni.

Jadi manusia, kena guna akal yang ALLAH dah kurniakan. Jangan letak kat lutut. Jaga sensitiviti orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan gunakan orang lain untuk permudahkan urusan hidup kau. Ada faham ???

3 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

kdg2...pertolongan kita di balas jahat..mcm gula diberi..tuba di balas

sitiZ berkata...

huurrmm..pertolongan kkdang perlukan pemikiran..biarlah pertolongan lahir dengan hati yg ikhlas..betul x..??

Ieja RizaLiza berkata...

hawa : betul la tuh ...

ct : memang la ikhlas tapi mcm aku cakap kalau dah pijak kepala, kat mana nak cari keikhlasan tu lagi ???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin