Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Mei 21, 2010

Menanti Hari Esok

Yeehaaa !!

Hari ni Jumaat.

Esok Sabtu.

Dahtu ??

Tak reti-reti nak happy-happy.






Esok cuti la dan lusa juga.

Eleh ...

Macamlah aku ni bekerja kan yang nak seronok sangat nak tunggu hujung minggu. Orang-orang yang bekerja 5 hari la patutnya seronok menanti hari esok. Pada yang kerja esok, takpe. Masih ada hari Ahad. Cuti jugak walau satu hari.

Mesti pada yang bercuti esok ada macam-macam plan dalam kepala otak kamu-kamu kan ??

Aku pun sama.

Rasanya nak outing dengan adik tersayang. Nak tengok wayang. Tapi, tak sure lagi nak tengok cerita apa.

Sementara adik aku tengah cuti semester ni, dia jela jadi mangsa peneman aku untuk outing. Kalau tidak, memang duduk rumah jela kalau takde 'kaki' nak ajak melepak. Nanti bulan depan dia dah balik UKM, tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Huhu ... bosan. Bilalah Encik Rizal nak settle kerja kat KL ni.

Tapi, kalau Encik Rizal lama lagi kerja kat KL, aku suka juga. Mana tidaknya. Dapatlah aku makan meatballs kat IKEA puas-puas. Bahahaha ...

Oklah. Ini entri last untuk hari ni.

Jap lagi nak layan movie kat channel Star Movies. Tajuk dia Race To Witch Mountain. Walaupun dah banyak kali tengok, nak tengok juga lagi. Hahaha ... kalau tak tengok, rugi jela bayar mahal-mahal.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin