Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Mei 10, 2010

Mendamba Kasih

Aku tahu semalam Hari Ibu.

Aku takde buat apa-apa entri, ucapan atau sambutan Hari Ibu pun. Mungkin ramai yang dah tahu, aku dah takde Ibu termasuk Ibu Mertua.

Tapi, bila difikir balik, aku ramai kawan-kawan yang dah bergelar Ibu. Jadi tak salah rasanya aku dedikasikan ucapan itu untuk mereka semua.

Selamat Hari Ibu pada kawan-kawan yang dah bergelar Ibu. Pada yang Ibu Segera macam aku pun, aku ucapkan Selamat Hari Ibu. Pada yang belum ada rezeki nak ada anak juga macam aku, takpe ... InsyaALLAH suatu hari nanti kita sama-sama sambut hari tersebut dengan senyuman.

Bercerita tentang Ibu, aku kehilangan beliau ketika aku berusia 14 tahun. Bulan Ogos, 6hb, 1995. Hari Isnin. Arwah Ibu aku meninggal disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Aku rasa tak perlu aku bercerita panjang tentang itu. Cukuplah aku katakan, walaupun masa yang dipinjamkan kepada kami untuk bersama amat singkat, itu tidak menjadi alasan untuk aku melupakan dia. Dia masih hidup dalam hati dan fikiran aku. Dia masih Ibu ku.

Tentang Ibu Mertua pula, aku kehilangan dia tahun lepas. Bulan September, 4hb, 2009. Hari Jumaat. Bulan Ramadhan.

Walaupun kedua-duanya sudah meninggalkan kami, kenangan bersama-sama mereka tidak sedikit pun pudar.

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaALLAH. Amin.

Al-Fatihah.

4 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

Allahu Akbar..sabar nye faizah..tak semestinya ibu tak da kat dunia kite tak leh wat pape utk ibu..yg pntg doa anak itu lebh berharga drpd sambutan ni sume...be strong ya

Ieja RizaLiza berkata...

thanks hawa =)

yatiyahya berkata...

kiter teringat dulu mak awk meninggal masa kiter sekelas kan...alfatihah utk arwah...

Ieja RizaLiza berkata...

haah yati .. msa tu form 2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin