Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, Mei 22, 2010

Menghibur Hati Yang Tak Lara

Aku baru habis kemas rumah.

Kali ni kemas rumah yang betul-betul.

Awal tu aku bangun hari ni. Bersemangat siapkan kemas rumah, kemas dapur, kemas bilik kucing segala. Sebabnya, aku nak outing kejap lagi.

Biasalah.

Nak berjimba bersukaria menghibur hati yang tak lara, kena make sure dulu rumah siap berkemas dan segala keperluan kucing-kucing kesayangan cukup. Tak pasal nanti kebulur anak aku dua ekor tu. Dahlah kena tinggal berjam-jam sebab mak dia nak pergi bersukaria.

Bila rumah dah bersih dan kemas, hati pun senang nak berjalan-jalan cari pasal sambil ukur keluasan shopping complex.

Oklah.

Nanti aku update pasal outing ni pulak.

Itupun kalau ada cerita menarik lah. Kalau cerita menolak, aku tak update lah. Bahahaha






peneman @ mangsa lepak terbaru



anak sayang no 1



anak sayang no 2. *dalam perut dia ada bakal-anak-sayang juga*

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin