Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Mei 26, 2010

Menu Mudah Di Kala Kekeringan Idea dan Malas Melanda

Inilah jadinya kalau setiap hari kena masak. Selalunya kalau aku sorang-sorang kat rumah memang jarang masak banyak. Kadang-kadang makan roti atau benda mudah macam burger or nugget or drummet.

Bila ada kawan nak jadi teman makan, memang aku rajinlah nak memasak. Since adik sayang ada ni, tiap-tiap hari aku masak.

Tapi hari ini, aku macam takde idea nak masak apa. Stok lauk dah suam-suam kuku. Malas nak beli. Tunggu Encik Rizal balik Jumaat baru pergi sekali dengan dia beli barang dapur.

So, untuk tidak kelaparan, menu mudah yang selalu aku masak di saat malas dan takde idea ialah Sambal Sardin dan Kentang Goreng dengan Ikan Bilis.

Walaupun simple tapi makan dengan nasi panas, ermmm memang menyelerakan. Agak-agak kalau kamu-kamu tak tahu nak masak apa hari ni, aku syorkan masak dua menu simple ni. Setengah jam je dah siap.

Jom makan !!!


*sambal sardin*




*kentang goreng bersama ikan bilis*

1 ulasan:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

kentang goreng dan ikan bilis tu..memang sedap..hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin