Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Mei 14, 2010

Nasib Baik Kau Pakcik !!

Pernah tak kau jumpa pakcik tua yang rambut dia tinggal 4-5 helai je warna itam dan dia sungguh annoying.

Aku baru je jumpa tadi.

Geram dan sakit hati aku. Nasib la dia golongan pakcik-pakcik sebaya lebih kurang daddy cool aku. Kalau tak, memang aku ringan mulut je nak sound balik.

Ya. Aku tahu aku gemuk, tapi berdosa atau ada tertulis ke dalam mana-mana undang-undang mana-mana negara kalau aku gemuk, aku tak boleh jalan-jalan kat shopping mall dan belek-belek baju yang bersaiz kecik. Ada ke ?? Ada ??

Kalau nak bergurau pun, tengoklah dulu dengan siapa kau nak bergurau. Aku bukan jenis tak boleh bergurau, tapi tengok oranglah dulu. Kalau kau tu sedara-mara atau kawan-kawan atau kenalan aku, takpe juga. Ini tidak, aku tak pernah jumpa kau. Kau sakit hati ke tengok aku ni gemuk ?? Aku mintak duit kau ke nak beli makanan untuk menggemukkan diri aku lagi dan lagi dan lagi ?? Ada ke aku buat semua tu ?? Ada ??

Memang kau bernasib baik sebab kau pakcik. Aku redha jelah bila kau nak kutuk aku. Aku anggap kau dah nyanyuk. Yela kan ... dah tua, banyak urat kat kepala dah putus.

Tapi pakcik, tolonglah jadi contoh yang baik pada anak-anak muda. Aku tak tahu apa masalah kau dengan orang gemuk tapi jangan nak libatkan orang yang tiada kena mengena dengan kau.

Kau ingat kalau kau kurus, kau bagus.

Haishhh !! Aku memang bersabar je ni pakcik.

Nasib baik kau pakcik !!

2 ulasan:

TUKANG KATA berkata...

bersabar2..

pakcik tu jahil!

die tak tahu kot mengata orang tu satu dosa..

:)
smile! salam bertukang dari Tukang Kata..

sitiZ berkata...

ceehh..dia mempunyai hati yang kering..huh..tak tau jga hati manusia sedunia..sedunia??adakah??hahahha..biar la cip..sabar yee..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin