Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, Mei 22, 2010

Ok. Dah Puas Bercuti 2 Minggu.

Ya.

Sangat puas.


Bercuti 2 minggu dari kerja baby-sit. Esok adalah hari terakhir untuk berehat dan bersenang-lenang. Tapi, tetap kena kerja juga iaitu memasak. Lagi puas sebab dapat outing almost everyday. Dan akan lagi puas kalau Encik Rizal ada bersama. Tapi, apa nak buat. Dapat outing dengan adik sayang pun dah kira ok sebab bukan senang nak jumpa dia.






Sekarang ni tengah layan Konsert Akhir AF8. Aku tak undi sesiapa cuma suka Shahir dan Adira. Tapi, macam nak Maulana menang sebab dia kan orang Johor. Tu yang rasa macam nak sokong peserta dari negeri kelahiran kesayanganku ini. Tapi, sokong macam tu jelah. Nak suruh aku undi 10 ke undi 30 ke, sorry eh, tak kuasa !! Buat bil aku melambung je. Dahlah nak bayar bil Astro lagi. Bahaha

Dahlah nak lepak-lepak sambil gosip dengan adik sayang. Nanti kalau dah start baby-sit semula, memang takde maknanya aku nak tidur lewat. Biasanya pukul 9 malam je mata aku dah layu.

Eh lupa nak bagitau.

Tadi tengok cerita Shrek Forever After.






Suka sangat. Best. Sedih juga. Jatuh cinta pada si Puss yang gemuk-debab-perut-buncit-rasa-macam-nak-gigit-dan-geletek sepuas hati.






Kaki wayang, apa tunggu lagi. Pergilah layan movie itu. Tak rugi !!

3 ulasan:

amar haziq berkata...

salam ziarah;)

jenguk2 lah blog saya;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

amar haziq berkata...

best ke shrek yg baru ni..kena pergi tgok ni..huhu

jenguk2 lah blog saya;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Ieja RizaLiza berkata...

selamat datang !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin