Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Mei 24, 2010

Orang Mengantuk di Sorongkan Bantal

Entah kenapa kalau kena flu or demam, aku mesti nak makan bubur. Tekak macam tak boleh terima makanan pejal. Dapat bubur jugak yang sedap. Meluncur laju jek masuk dalam tekak.

Disebabkan pagi-pagi aku dah kena selsema, maka terus terlintas dalam kepala otak nak masak bubur untuk makan tengahari.

Bukan susah sangat kan nak masak bubur ni. Sangatlah mudah dan cepat.

Walaupun tekak ala-ala tak selera gitu tetap kau ... penuh semangkuk aku hadap tengahari tadi. Siap lauk pauk lagi. Dah tak macam menu orang sakit.

Yumyum

Tika dan saat ini pun, aku baru sahaja lepas mengadap semangkuk lagi. Tu yang tak syiok makan bubur ni. Cepat sangat aku rasa lapar. Ke tak baca doa makan tadi ??

Tak kisahlah. Selagi boleh makan, aku makan. Kan aku suka makan !!


*ada ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, sambal udang kering dan juga telur dadar. memang terus tak sakit*

3 ulasan:

Jemari Seni berkata...

Ala cian tak sihat!!! camne sihat dah?

Ieja RizaLiza berkata...

sudah sihat sedikit kak !! thanks =)

azila berkata...

owh..bestnyer bubur.zla ni peminat bubur tegar.setipa minggu wajib masak bubur.ari2 mkn bubur pon boleh...
semoga cepat sembuh:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin