Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Mei 21, 2010

Pagi Yang Damai

Hari ni, bila aku bangun dari tidur, aku rasa sangat damai. Tak tahu kenapa. Selalunya bila nak bangun pagi memang agak liat. Mesti nak bergolek-golek sebentar atas tilam empuk sebelum betul-betul bangkit.

Tidak pada hari ini.

Cuaca pun sangat tenang. Mungkin awal pagi tadi hujan. Jadi, suasana macam sejuk jek.

Rutin macam biasa, kemas dapur dan sebagainya.

Terus on lappy dan cek email, bukak Facebook dan terus rasa nak update blog.

Betul la.

Hari ini hati aku rasa sangat tenang. Rasa sangat segar. Rasa sangat indah perasaan bangun pagi.

Kenapa ??

Entah.

Aku sendiri tak tahu.

Apa yang pasti, aku suka perasaan ini.

Damai.

Tenang.

Kalaulah setiap hari begini kan bagus.

Ouhhh atau mungkin sebab esok sabtu.

Hari minggu.

Mungkin juga.

Biarlah apa alasannya sekalipun. Aku mahu nikmati hari ini dengan sebaiknya.

Jom minum Milo dulu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin