Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Mei 11, 2010

Selera Besar

Dah lama aku tak masak makanan dengan sempurna. Bukan makanan tu masak atau tak boleh dimakan tapi maksud aku masak makanan yang lengkap.

Semenjak Encik Rizal outstation 2 bulan lepas, aku memang jarang masak. Selalunya aku makan apa yang mudah je. Maggi, roti, biskut memang jadi teman setia. Kalau Encik Rizal balik rumah pun, aku tak masak sebab biasanya kitaorang akan makan kat luar. Encik Rizal kalau balik bukan lama, 1-2 hari jek lepas tu dah balik KL semula. Itu yang selalu nak berjalan je kalau ada masa lapang. Jenis tak suka duduk rumah. Itu akulahhh ...

Hari ni, adik aku balik bercuti semester. Lama jugalah. Dekat sebulan. So, aku rajin la sikit nak masak. Penuh semangat. Kalau ada kawan nak makan, selera aku memang terbuka, kalau makan sorang-sorang, kau letaklah ayam goreng ke, pizza ke, nasi ayam ke confirm aku tak berapa nak enjoy makan.

Menu hari ni simple jek. Kari ayam, sayur kacang buncis goreng, sambal belacan dan ikan kering bulu ayam.

Makan dengan nasi panas memang menyelerakan. Bertambah jugaklah aku makan. Lebih-lebih lagi ada ikan kering dengan sambal belacan tu. Yum yum

Tapi, still sedih sebab dah lama tak masak untuk Encik Rizal. InsyaALLAH, dah janji dengan dia, next time dia balik, lama ke kejap ke, aku akan masak nasi ayam untuk dia.

Rindu sangat pada lelaki itu.




1 ulasan:

miss hav0c berkata...

pewittt syedap nye

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin