Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Mei 19, 2010

Sila Ganti Puasa

Kejap jek kan masa berlalu.

Dah nak masuk setengah tahun di tahun 2010.

Tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan.

Kamu-kamu dah ganti puasa tahun lepas ??

Aku ??

Of course lah sudah.

Tahun ni cipta rekod sebab awal giler habiskan ganti puasa.

Sebelum-sebelum ni, aku selalu habis ganti bila lagi 2 minggu nak sambut bulan Ramadhan yang baru.

Buruk kan perangai !??

Sila jangan tiru perangai buruk lama aku.

Tapi, sila tiru perangai baik aku tahun ini.

Tapi, aku akan still berpuasa kalau berkesempatan. Puasa sunat.

Dah tua-tua ni, rasanya lebih baik tambah amal.

Aku teringin nak belajar mengaji semula tapi kat tempat aku ni takde orang yang nak ajar pelajar tua bangka macam aku ni.

Aku juga teringin nak belajar berzanji dan marhaban.

Bukan nak menunjuk aku ni baik tapi nak mendalami ilmu akhirat sebagai bekalan kemudian hari.

Tak bolehlah nak berubah secara drastik.

Pelan-pelan kayuh kata orang sekarang.

Aku masih lagi suka menonton wayang.

Masih lagi suka berkaraoke. Masih suka lepak sampai malam dengan kawan-kawan. Masih suka bergosip pasal artis.

Sentiasa terdetik dalam hati untuk berubah menjadi lebih baik tapi beri aku masa dan ruang.

Eh !! Tiba-tiba rasa macam membebel panjang pulak.

Dah ! Dah !

Jangan lupa ganti puasa ye !!


2 ulasan:

ZhEt berkata...

saya sudah :D

aidahusnaruslan berkata...

ala,saya belum.ini kena pulun habis-habisan ni.hahahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin