Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Mei 18, 2010

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa Pada Entri Ini

Aku sebenarnya tak tahu nak bagi tajuk apa pada entri ini.

Nak mulakan ayat pun macam tak tahu macam mana.

Nak ditulis, takut disalah faham.

Tak tulis, hati ni rasa tak sedap. Rasa macam ada benda yang mencucuk.

Sebenarnya nak tulis pasal 'perang' rating antara blogger. Ada yang memang ramai followers, tapi rating tak berapa. Ada pulak yang followers macam suam-suam kuku, tapi rating mak oiii memang tinggi.

Baguslah bagi mereka yang ramai followers dan rating tinggi tapi yang tak syioknya bila benda-benda tu terlalu didedahkan. Macam nak bagitau satu dunia pulak.

Dahtu suka nak compare blog sendiri dengan blog-blog lain.

Eh ! Tengah-tengah menaip ni, aku terhenti seketika. Takut pulak nanti aku kena serang sebab buat entri macam ni. Takut ada yang terasa.

Tapi, biarlah.

Kadang-kadang aku pelik kenapa ada yang berebut sangat pasal rating. Ada dapat anugerah ke? Tak pun dapat duit ke?

Pada aku, kalau blog kau dah bagus, tak perlu nak buat entri yang nak menyakitkan hati orang lain atau nak banding-bandingkan blog kau dengan blog lain. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan sendiri.

Tak perlu kot nak berlumba-lumba cari rating unless dengan kau akan dapat duit juta-juta.

Aku pun ada juga lah dapat duit melalui blog tapi takdelah harap sangat.

Maaflah ye kalau ada yang terasa.

Ini untuk peringatan aku sendiri. Aku menulis dan memiliki blog ini lebih kepada personal diary. Kalau ada yang sudi nak berkongsi, Alhamdulillah.

Maaf lagi sekali.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin