Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Jun 30, 2010

Manusia Syaitan Datang Lagi

Benci.

Kamu-kamu dah baca paper Harian Metro hari ni ??

Berita utama muka depan menyiarkan lagi 2 kes buang bayi.

Vavi betul si pelaku ni.

Memang geram betul aku.

Bodoh.

Syaitan.

Kalau aku jumpa memang aku jotos sebanyak 18 kali.

VAVI !!

Gara-Gara Durian




Sekarang ni aku rasa macam duduk dalam sauna walaupun sebenarnya sedang menghadap lappy. Ni semua gara-gara bantai makan durian pada pukul 11.30 malam.

Dah 2-3 minggu minta Encik Rizal belikan durian, tapi baru malam tadi dia dapat belikan. Beli yang murah jek. 3 biji RM10. Tapi Alhamdulillah semua elok takde yang busuk berulat.

Oleh sebab dah tak sabar nak melantak durian, balik dari keluar makan malam tu aku terus suruh Encik Rizal kopekkan durian. Yumyum sedapnyaa. Makan tak hengat.

Aku dah minum dah air dari kulit durian tu. Petua orang lama untuk tidak rasa panas badan lepas makan durian. Tapi, sampai ke pagi masih rasa panas jek. Huhu ^_^

Lepas ni kalau nak makan durian kenalah beringat makan waktu pagi atau petang. Kalau tidak bersiap sedialah nak tidur tak boleh. Terpusing-pusing sebab PANASSSS.

Selasa, Jun 29, 2010

Apa Adanya

Salam pagi Selasa !!

2 hari aku meninggalkan blog kesayangan tanpa berita.

Sesuatu berlaku pada aku sekeluarga sepanjang ketiadaan aku di dunia maya. InsyaALLAH kalau berkesempatan, aku akan kongsikan kisah itu.

Hari ini aku cuba menjalani hidup apa adanya.

Cuba membetulkan kesilapan lalu.

Cuba menjadi manusia yang lebih baik dari semalam.

Tetiba pagi-pagi ni macam emosi pulak.

Hehe

Dah dah pergi buat kerja. Aku pun nak pergi sambung tido kerja ni.

Sabtu, Jun 26, 2010

Lemau

Pagi-pagi di hari cuti ni, aku rasa badan, otak semua macam lemau. Macam tak boleh berfungsi dengan baik. Dalam minda hanya ada satu perkara. Tidur. Tidur. Tidur.

Tapi aku banyak kerja perlu diselesaikan.

Bertahan bertahan bertahan.

Eh lupa nak ucap selamat pagi kepada semua.

Selamat berhari minggu.

Nak pergi berjuang selesaikan kerja yang melambak ni.

Jumaat, Jun 25, 2010

Rupanya Robert Pattinson Ada Bau-Bau Bacang Dengan Dracula

Patutla.

Nak tau banyak, klik SINI

Hari Bermalas-malasan

Wujud ke istilah 'bermalas-malasan' ??

Eh iklan sebentar.

Hari ni hari apa ??

Hari yang ceria. Eh salah la. Hari ni hari Jumaat yang ceria. Kenapa ceria?? Sebab besok cuti. Bolehlah kita meronggeng dan melepak depan TV malam ni sampai TV tu meletop. ^_^

Hari ni masih belum boleh bermalas-malasan. Hari ni tetap wajib bekerja dengan penuh dedikasi walaupun aku tahu mood kamu semua sudah bertukar kepada mood nak shopping, nak tengok wayang, nak makan-makan. Apa tidaknya, kebanyakan kamu-kamu dah masyuk kan?? Mengaku saja dong !!

Bagi kamu-kamu wanita berkerja yang rehat tengaharinya panjang, confirm dah plan nak pergi ukur shopping mall kan?? Dulu aku pun macam tu juga. Tak masyuk pun tetap nak ukur shopping mall tapi ukur tingkap jela.

Apa plan kamu-kamu esok ??

Esok aku lepak kat rumah je since my daddy cool datang. Lagipun esok nak siapkan tempahan roti jala dari teman memang mesra untuk majlis cukur jambul anak dia. InsyaALLAH, aku akan menghadirkan diri ke majlis tersebut.

Pagi ni, payah betul aku nak bangun. Mungkin sebab hujan. Jadi, darjah kemalasan terus naik secara mendadak. Cuaca sungguh sejuk dan damai. Kalau tidur memang syiokkk. Tapi seperti yang aku tuliskan tadi. Hari ni belum boleh bermalas-malasan. Wajib terus kerja dengan cemerlang, terbilang dan gemilang. Lepas jam 6 petang nanti, barulah bermula secara rasminya Hari Bermalas-Malasan untuk 60 jam berikutnya *hanya sah untuk mereka yang tidak bekerja pada Hari Sabtu*

Dah dah pergi lakukan kerja dengan ikhlas. Ada lagi 7.5 jam lagi sebelum kamu-kamu dan aku boleh bermalas-malasan.

Kamu Rasa Getarannya ??

Tajuk entri agak poyo ^_^

Tapi serius, dapatkah kamu rasa getaran yang aku rasa sekarang ??

Aku tahu kamu juga merasakannya. Hari ni Jumaat la people !! Kamu suka Jumaat kan. Siapa suka Jumaat angkat tangan. Siapa tak angkat, tipu !! Hehe

Cepat betul masa berlalu kan. Rasanya macam baru semalam aku celoteh pasal Jumaat lepas dalam blog ni. Tetiba dah Jumaat yang baru.

Tak kisahlahkan. Lama ke cepat ke yang penting kita enjoy.

Malam untuk tidur lewat.

Malam untuk enjoy !!

Selamat Hari Jumaat dan Selamat Berhujung Minggu !!

Tata =)

Khamis, Jun 24, 2010

Anak Kucing Yang Sungguh Comel Bila Terperanjat

As a cats lover, I must simply share this. So cute !!!




Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu





*suka sangat lagu ini*

Buat Tatapan Sang Suami

Aku terima ini melalui email dari seorang teman. Sekadar berkongsi dengan kamu-kamu.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Resepi : Ikan Masak Taucu

Hari ni tetiba rajin nak kongsi resepi menu kegemaran aku iaitu Ikan Masak Taucu. Menu yang sangat mudah dan ringkas. Sesuai untuk orang yang kurang rajin macam aku.



IKAN MASAK TAUCU




Bahan-Bahan :

4 ekor ikan kembung/mata besar/selar kuning - dibersihkan, digaul dengan garam dan kunyit kemudian digoreng.


1 biji bawang besar - hiris bulat

2 ulas bawang putih - dicincang

1 batang lada merah dan hijau - dihiris


3 sudu taucu - kalau tak suka masin sangat boleh cuci dulu taucu dengan air

3 sudu air asam jawa


setengah cawan kecil air

garam secukup rasa (kalau tak cuci taucu, tak payah tambah garam)


minyak untuk menumis





Cara penyediaan :

1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, lada merah dan hijau sehingga wangi.

2) Masukkan taucu dan air, biarkan mendidih baru masukkan ikan.

3) Tambah garam jika perlu.

4) Sedia untuk dihidangkan





Mudahkan ?? Rasanya tak sampai 15 minit dah siap. Selamat mencuba !!

Aku Ada Insomnia Ke ??


Kamu-kamu pernah tak mengalami keadaan dimana kamu-kamu sukar untuk tidur pada waktu malam. Kamu-kamu memang rasa mengantuk tapi bila baring kamu-kamu masih terkebil-kebil tak boleh tidur.

Aku sedang mengalami masalah ini sejak beberapa hari yang lalu. Mata memang mengantuk tahap gaban, tapi bila kepala dah jejak kat bantal empuk tak mau pulak dia lena. Dok la aku terkebil-kebil tengok siling.

Kadang-kadang ambil masa 1-2 jam untuk aku betul-betul lena. Itupun kena ada alat bantuan seperti mendengar lagu.

Adakah ini tanda-tanda insomnia ??

Aku pun google la tentang insomnia dan di bawah adalah hasil yang aku dapat.



Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.


Jenis insomnia

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.


* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.


Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah

b. Sakit yang ringan

c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,

d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.


* Insomnia kronik

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.


TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.


Lebih info di SINI



Nampaknya aku kena belajar cara pengurusan masa untuk tidur pulak. Tak cool ok tiba-tiba tak boleh tidur malam sebab nanti aku mesti mengantuk dan rasa penat bila waktu siang. Aku jarang tidur siang kecuali mengantuk sangat.

Aku takut kalau berterusan, aku boleh kena insomnia kronik pulak. Langsung susah nak tidur. Ouhhh tidak !! Aku takut.

Aku kena cari jalan untuk memastikan aku dapat tidur malam yang berkualiti. Mungkin aku akan ikuti tips yang diberi dalam artikel tu. Kita tengok apa keputusannya dalam minggu berikut ni pulak.

Indah Gambar Dari Rupa

Kata orang dulu-dulu dari mata turun ke hati. Tapi, kalau baru tengok gambar dah jatuh cinta sampai sanggup perabih duit memang saja lah cari nahas.

Inilah bahana cinta segera.

Semua gara-gara Facebook. Si gadis letak gambar mengancam seksi maut kat profil, lalu mamat-mamat takde guna otak pun memang senang nak jatuh cinta. Kena ayat power sikit terus bagi duit. Padahal kau tak kenal pun siapa perempuan tu. Entah betul ke itu gambar dia.

Bila dah tau kena tipu, barulah nak pergi report polis, masuk paper.

Pada pengguna Facebook atau mana-mana lawan web sosial, tolonglah berhati-hati dan berfikir dengan menggunakan akal kurniaan hebat dari ALLAH supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai penipuan macam ni lebih-lebih lagi melibatkan duit.

Kalau dah banyak sangat duit, meh bagi sikit kat aku. Boleh aku pergi holiday kat Bandung.

Cerita lanjut di SINI.

Pagi-Pagi Wajib Layan Drama Korea


Bagi surirumah macam aku, TV menjadi teman setia sebagai medium untuk menghilangkan kebosanan selain daripada berFacebook, berblog dan ber-YM.

Pagi-pagi lepas dah siapkan kerja-kerja mengemas rumah dan kerja-kerja lain yang sewaktu dengannya, adalah wajib bagi aku menonton drama Korea di channel KBS 301 Astro.

Wooo boleh jadi addicted kau.

Dah lama jugaklah aku melayan drama Korea pagi-pagi ni. Aku rasa lebih kurang 8-9 bulan.

Biasanya waktu pagi ada 3 cerita back-to-back yang disiarkan kat channel ni dari jam 8.30 pagi hingga 10 pagi. Aku dah khatam lebih kurang 4-5 cerita jugak yang episodnya mencecah ratusan untuk satu drama.

Memang berhantu la wa cakap sama lu kalau tengok drama Korea ni. Memang tak boleh berhenti. Kalau dah tertengok satu episod, esok aku mesti nak tengok lagi dan lagi dan lagi.

Untuk masa sekarang ni ada drama yang ditayangkan ialah ...




* Here Comes Ajumma : berkisar tentang seorang wanita yang suka memasak dan memenangi pertandingan masakan. bercerai dengan suami dia sebab suami dia main kayu tiga. jatuh cinta pada anak orang kaya tapi tak dapat nak bersama kerana banyak masalah antaranya berbeza darjat*




*Pretty Mom, Pretty Women : yang ini drama baru. berkisar tentang kehidupan wanita yang mempunyai 4 orang anak yang berbeza karektor. ada yang menyenangkan hati dan tak kurang juga yang menyakitkan hati.*




* Beautiful Days : berkisar tentang kehidupan sekeluarga yang penuh pahit manis ketika perang melanda Korea. selain itu berkisar tentang cerita cinta antara kekasih, adik beradik dan jiran tetangga.*




Tiga-tiga drama ni best. Ada daya tarikan dan jalan cerita masing-masing. Tapi, nama pun drama kan mestilah tema cinta menjadi tajuk utama.

Aku mula terjebak dalam dunia K-Drama ni bila adik sayang aku beli VCD drama Princess Hours. Perghhh memang terus ketagih nak tengok tiap-tiap hari. Sejak tu memang aku jatuh cinta melayan K-Drama. Antara favourite aku ialah Princess Hours, My Girl, Mawang, My Sassy Girl dan Boys Over Flowers hehe ^_^






Encik Rizal memang makan hati kalau aku tengah tengok K-Drama sebab aku selalunya tak layan dia. Huhu nak concentrate la konon. Buruk perangai.

Apapun aku memang pencinta K-Drama lebih-lebih lagi kalau ada hero handsome macam Joo Ji-Hoon dan Lee Min-Ho. Hahaha sila muntah sekarang

Rabu, Jun 23, 2010

Jadual Harian Bakal Berubah

Jadual aku setiap hari jarang berubah kecuali malam minggu. Biasanya kalau hari bekerja aku tidur seawal 10 malam. Kadang-kadang kalau penat sangat pukul 9 pun aku dah membuta.

Sangat tak larat nak tidur lewat malam macam dulu-dulu. Masa belum jadi baby-sitter, aku memang selalu tidur lewat sebab kalau bangun pagi biasanya hanya untuk solat Subuh, sediakan breakfast dan bekalan Encik Rizal then boleh sambung tidur semula sampai pukul 9. Hehe ^_^ buruk perangai.

Sejak jadi baby-sitter, jadual aku berubah. Bangun seawal 6.30 pagi, terus buat kerja-kerja rumah, buat sarapan and the list goes on. Kadang-kadang nak tidur sekejap waktu tengahari pun tak boleh sebab waktu macam tu jela aku boleh nak online. Kalau anak-anak aku tu berjaga payah nak online, nanti diaorang mengacau nak main sama.

Tapi, semuanya bakal berubah minggu depan. *tetiba mood berubah menjadi sedih*

Minggu depan jadual aku akan berubah menjadi seperti dulu-dulu seperti semasa belum jadi baby-sitter.

Mesti kamu-kamu dah boleh agak kan.

Ya !! Minggu ni minggu terakhir aku jadi baby-sitter. Azeem dan Aiman akan dihantar ke taska mulai minggu depan. Sedih. Sebab aku dah lama juga jaga diaorang. Tapi apakan daya. Ada perkara yang tak dapat dielakkan.

Aku cuma berharap suatu hari nanti diaorang masih mengingati aku sebagai IBU.

Tapi aku anggap setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Bila tak baby-sit lagi bolehlah aku ke KL selalu tanpa perlu memikirkan nak ambil cuti.

Apapun pengalaman menjaga 2 kanak-kanak itu adalah antara pekara terbaik pernah berlaku dalam hidup aku. Menjadikan aku lebih matang dan lebih bersedia sekiranya aku ada rezeki memiliki anak sendiri di nanti.

Walaupun tak jaga diaorang lagi, still boleh jumpa tiap-tiap hari sebab rumah diaorang selang sebuah rumah je dari rumah aku. Hehe.

But seriously i will be missing them dowhh !!

Movie : A Team

*pic from Yahoo! Image*



Akhirnya dapat jugak tengok A-Team ni setelah asyik tertangguh-tangguh disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Memang tidak mengecewakan. Penuh dengan aksi yang mencuit dan mendebarkan hati.

Filem ni berdasarkan drama bersiri yang menggunakan tajuk yang sama sekitar tahun 80'an. Aku pun macam ingat-ingat lupa drama ni. Rasanya pernah tengok masa kecik-kecik dulu. Cuma yang tak boleh lupa salah seorang pelakon drama ni iaitu Mr. T yang suka pakai rantai bling-bling. Memang sampai sekarang aku ingat dia.




*pic from Yahoo! Image*




*pic from Yahoo! Image*



Secara keseluruhan, aku rasa filem ni best dan memenuhi citarasa aku yang memang gemarkan filem aksi. Encik Rizal lagi la suka sebab dia hanya layan cerita macam ni. Cerita komedi romantik or horror kureng sikit. Kalau pergi tengok pun sebab kena paksa hehe ^_^

Aku rasa macam ada sambungan, so kita tunggulah kot-kot tahun depan ada kesinambungan filem ni. Apa yang pasti aku suka Niam Leeson dan Bradley Cooper yang sangat handsome itu. Huhu menyambil la kannn ...

Pada kaki wayang, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem ni. Gerenti worth your every penny !!

Kalau Dah Gila Bola, Tengok Ulangan Pun Boleh Emo

Hehe

Entri ini ditujukan khas untuk adik lelaki aku.

Tiba-tiba dia emo tengok siaran ulangan perlawanan antara Argentina dengan Greece tadi, padahal semalam dia dah tengok siaran LIVE. Gamaknya kalau emo terlebih tengok siaran ulangan keputusan boleh bertukar ke ??

Inilah akibatnya kalau kaki bola. Beria-ia dia duduk depan TV menyokong Argentina sambil melayan pertanyaan aku tentang Messi yang super comel.

Aku bukan kaki bola tapi aku tahu la sikit-sikit pasal pemain yang menjadi kegilaan orang ramai especially yang ada rupa menawan hati. Actually, i prefer the players rather than the team. Bahaha ^_^ gila annoying kan.

Encik Rizal pun tidak meminati bola. So, aku bernasib baik tidak ditinggalkan keseorangan seperti rakan-rakan lain yang hubby/BF diaorang kemaruk bangun awal pagi sebab taknak miss any match. Pastu time nak pergi kerja tetiba demam kura-kura.

But, you know what, I used to love World Cup back in 1998. Masa tu nak SPM tapi memang kemaruk tengok bola. Sanggup bangun awal pagi. Bila cikgu mengajar dah tak ingat apa, tau nak tidur jek sebab sangat mengantuk. Pagi-pagi suka kumpul dengan kawan-kawan sebelum perhimpunan dan buat revision pasal perlawanan semalam atau lebih tepat lagi buat list pemain yang handsome dan kami berebut-rebut nak yang handsome padahal tak dapat pun. Haha sungguh indah kenangan itu.

Sekarang ni, dah takde lah aku nak bangun pagi-pagi nak tengok bola semata-mata. Tapi, aku tau ada juga wanita-wanita di luar sana yang kaki bola. Tak salah pun asal tak mengganggu urusan kerja dan perkara penting. Aku takde kekuatan nak bangun awal pagi macam dulu. Sangat penat kalau malam menjelma. Memang letak kepala kat bantal terus hanyut dibuai mimpi. Jangan mimpi nak berjaga pukul 2-3 pagi pastu sambung tidur semula.

Aku kurang ambil tahu la World Cup kali ni. Mungkin disebabkan takde kawan jugak nak melayan. Tau keputusan pun melalui status kawan-kawan kat Facebook. Siapapun pemenangnya aku tak kisah.

Ermm biarlah masa menentukan segalanya *tetiba*. Siapa tahu suatu hari nanti, minat aku pada World Cup akan kembali terbuka. Kan ??

Kulit Cantik Dengan Vaseline

Helo kamu-kamu !!

Rindu aku ?? Tidak ??? Argghh taknak kawan !! ^_^

Kamu-kamu pernah dengar produk jenama Vaseline ? Ianya adalah produk penjagaan kulit. Aku memang pengguna lotion dia. Selain tu, aku suka pakai petroleum jelly dia untuk rawat bibir kering. Memang berkesan.

Actually, aku dapat jemputan dari Nuffnang untuk majlis pelancaran produk Vaseline. Aku memang suka, so aku pun join la walau terpaksa ke KL.

'Vaseline Amazing Skin Media Brunch' diadakan di Villa Manja, Jalan Damai Off Jalan Tun Razak, KL. Aku memang tak tahu tempat ni kat mana. So, nekad jek naik teksi dari Pasar Seni. Rupa-rupanya tak jauh dari KLCC. Nasib driver teksi tu tau jalan, takde sesat-sesat terus sampai. Actually, spa ni adalah sebuah banglo. Memang cantik banglo tu. Diubah menjadi spa yang mendamaikan.









Aku adalah antara orang terawal yang sampai. Datang-datang, terus register nama dah tu dihidangkan dengan bermacam-macam air lazat dan berkhasiat antaranya yogurt drink, soya milk dan paling best apple juice with aloe vera. Tapi, terlupa pulak nak snap gambar minuman tu semua. Makanan ringan yang dihidangkan pun semua berkhasiat. Ada salad, muffin dan veggie pie.









Oleh sebab aku sampai awal, jadi pihak penganjur cadangkan aku dapatkan urutan terlebih dahulu. Urutan bahu secara percuma ok. Memang syiok tapi sakit kauuu !! Aku ni dah memang jenis tak suka berurut. Tapi, sebab free aku layankan jek. Hehe ^_^








Lebih kurang pukul 11 majlis pun dimulakan. MC untuk majlis ni adalah Jojo Struys yang sangat cantik dan tinggi dan manis dan peramah.




Lepas tu macam biasalah ada sedikit pengenalan produk Vaseline dari Senior Brand Manager Of Veseline, Unilever (Malaysia) iaitu Encik Ray Guinoo yang mana beliau sangat handsome





Majlis juga diserikan dengan majlis tarian moden. Kecewa tak dapat nak tunjuk gambar perempuan-perempuan cantik menari sebab semua gambar goyang. Dammit betul la.

Ada juga sesi perbincangan mengenai kecantikan kulit dan ahli panelnya terdiri daripada Daphne Iking yang hot, Kimberly Cun yang cun dan Zalina Markisan Mecja yang hebat.







Ketiga-tiga panel ni sangat sporting berkongsi rahsia kecantikan dan juga tips untuk menjaga kulit dan juga hal-hal sensitif seperti parut di kulit.





Memang seronok la join event ni. Bukan saja dapat jumpa personaliti TV tapi dapat jumpa bloggers lain, pihak media dan juga Hanis Zalikha dan mama beliau, kak Nani.



*me and Hazirah from majalah Jelita*



Masa memula dapat tau Hanis dengan Mama dia nak datang, aku terus gila excited sebab tak sangka akhirnya dapat juga jumpa gadis manis idaman Malaya ni. Mereka berdua sangat tidak sombong. Kak Nani memang awet muda. Even Encik Rizal pun tak percaya Kak Nani tu mama Hanis sebab nampak sangat muda. Lepas ni kena berguru dengan Kak Nani dengan lebih mendalam macamana mau kelihatan muda selalu.







Aku jumpa juga Kak Ina, seorang blogger yang famous. Dia juga sangat peramah dan sporting. Siap ajak aku ambil-ambil gambar bagai. Kak Ina, kalau baca entri ni, terima kasih la ye sebab sudi melayan saya. Kak Ina memang best la. Lepas ni nak belajar dengan Kak Ina macamana nak dapat trafik sampai 800 sehari. Tolong ajar ye Kak Ina !!



*kak Ina yang sporting*





Secara keseluruhannya, aku memang enjoy sangat dapat join event macam ni. Dapat luaskan networking aku. Dapat ramai kawan. Dapat jumpa bloggers otai.

Thank you to Nuffnang dan Vaseline sebab bagi peluang untuk aku join event macam ni. Lain kali kalau ada event lagi, silalah jemput aku. Eh, dapat hamper juga tau iaitu produk lotion Vaseline yang aku rasa boleh pakai sampai setahun takpun boleh mandi losyen tiap-tiap malam. Juga dapat baucer urutan percuma dari Villa Manja. Thank u all !!!




Isnin, Jun 21, 2010

Invitation to Vaseline Launch

Baru dapat call dari Nuffnang. Aku dapat jemputan ke majlis launching untuk produk baru Vaseline.

And I say yes. I'm going to the event.

Actually, aku masih menunggu Nuffnang hantar email tentang details of the event. Excited juga la sebab this is the second time aku joint event anjuran Nuffnang. First time dulu masa event Gatsby.

InsyaALLAH, nanti aku update on the details.

Fasha Sandha vs Tiz Zaqyah

Ehhh

Tetiba aku cerita pasal artis kan. Tak pernah-pernah pulak. Tapi, disebabkan aku tertarik dengan artikel muka depan Harian Metro hari ni, terus aku rasa nak share dengan kamu-kamu.

First of all, aku mintak maaf kalau ada antara kamu-kamu ni peminat Fasha Sandha. Aku memang sungguh tak berkenan dengan dia ni. Sedari dulu.

Aku takde nak ulas lanjut ke apa pasal benda tu. Lantak diaorang la. Cuma, bak kata orang dunia itu bulat. What goes around, comes around. Faham-faham je la ye !!






VS



Aku Perlukan Laptop Baru


Serius babe.

Aku rasa aku perlukan laptop baru. Aku sayang kat laptop yang aku pakai sekarang ni tapi aku rasa macam dah sakit tenat dah lappy aku ni.

Asyik hang memanjang. Dahtu nak tunggu dia stabil masa baru on mak oiii, boleh siap goreng nugget, makan-makan dulu, dah kenyang, lappy ni still hang. Tu baru bab nak on, belum nak connect to Internet, browse macam-macam. Memang senang-senang jela aku boleh tidur lena.

Aku pun tak tau apa masalah dia. Kalau aku nak update blog, nak letak gambar memang boleh bermimpi di siang di hari terlebih dulu la gamaknya. Memang slow gila. Sekejap-sekejap hang, sekejap-sekejap hang.

Kalau aku blogwalking pulak, blog yang memang banyak widget atau application canggih, memang aku terus wassalam la sebelum sebelum sempat nak bagi salam. Memang bertahun nak upload. Dan hang juga.

Aku pun tak tahu apa masalah lappy ni.

Kamu-kamu rasa aku patut pergi buat check-up dulu atau beli je yang baru. Aku dah pakai lappy ni dah 5 tahun. Agak-agak kalau jual ada harga tak ek ? Aku dah memang tak larat nak mengadap kelembaban lappy ni.

Nak kata memory aku penuh, bukan ada apa pun dalam dia. Gambar-gambar pun aku sentiasa transfer masuk CD. Program merepek semua aku dah remove but still slow tahap siput vavi. Aku gunakan lappy ni memang untuk browse Internet 100%. Takde simpan-simpan movie ke apa. Kalau adapun lagu itupun semua aku dah transfer masuk handphone or remove.

Apa entah yang menyebabkan dia slow sangat, aku sendiri tak tau. Tengok ni, nak publish entri ini saja aku ambil masa 1 jam. Memang tension siot. Slow giler !!

Pening pening !!
Justify Full

Sabtu, Jun 19, 2010

Dah Kemaruk Ke Apa Ni ??

Semalam aku macam kena rasuk. Banyak pulak entri yang aku post. Ada 5 aku rasa. Macam kemaruk bertahun-tahun tak update blog pulak. Padahal setiap hari mengadap laptop, bukak blog jek terus merapu dan merapik.

Mungkin sebab semalam aku makan Vitamin terlebih tu yang bersemangat nak mengupdate blog walaupun idea yang ada hanyalah idea merapu dan merapik.

Ni pun entri aku yang kedua dalam masa 4 jam. Memang betul-betul kemaruk. Bahaha.

Aku tengah tunggu lunch time Encik Rizal ni. Rasa macam nak ajak dia makan kat KFC pulak. Tapi sebelum tu aku nak singgah pejabat pos. Nak poskan barang adik sayang.

Lepas tu aku ingat nak suruh dia drop aku kat Jusco Bukit Indah. Aku nak survey kasut, laptop dan juga nak beli barang personal *ehem*ehem*.

Malam ni macam nak tengok wayang la. Nak tengok filem A-Team. Mungkin tengok kat MBO jek, malas nak pergi jauh-jauh. Ada tak antara kamu-kamu yang dah tengok filem tu. Best tak ? Berbaloi ?

Eh nak chow dah. Encik Rizal ajak pergi lunch. Nanti aku update lagi.

Bubye.

Sabtu Yang Dinanti

Yeah yeah yeah

Aku suka Sabtu sepertimana aku suka Jumaat.

Sekarang ni aku ada kat opis Encik Rizal. Saja nak mengekor bontot dia. Paling penting, sebenarnya aku bosan duduk rumah.

Memang selalunya, kalau Encik Rizal kerja kat JB, aku selalu ikut dia gi opis on Saturday. Supaya senang aku nak berjimba ria dengan rakan-rakan. Haha ...

BFF's aku boleh dikatakan semua dah tau lokasi opis Encik Rizal. So, kalau hari Sabtu ada program, biasanya diaorang pick up kat sini je. Takyah la diaorang travel jauh-jauh nak ambil aku yang duduk pendalaman ni. ^_^

Tapi, kalau Sabtu aku takde program dengan BFF's pun, aku still akan ikut Encik Rizal ke opis dia supaya aku senang nak ke mana-mana. Biasanya, aku akan lepak jalan-jalan sorang-sorang kat Jusco Bukit Indah sebab memang dekat dengan opis dia. Petang, bila dia balik kerja dia datanglah kutip aku.

Hari ni masih takde plan nak ke mana-mana. BFF's semua macam ada hal je. So, aku ingat kalau diaorang takde ajak aku pegi merambu, macam biasalah aku ingat nak lepak sambil ber-WIFI sambil makan donut di Big Apple Donut. Nak makan aiskrim di Baskin Robbins juga. Yumyum.

Tapi, tengok keadaanlah. Kalau rajin aku pegi la, kalau malas aku lepak je kat opis Encik Rizal ni sambil membaca.

Apapun, enjoy your weekend ok people !!

Adios !!

Jumaat, Jun 18, 2010

Lepak-Lepak Pun Seronok

Sambil aku berblog dan berFacebook ni, aku teman Encik Rizal melayan movie kat HBO. Movie Eagle Eye. Aku baru jek tengok cerita ni 2-3 hari lepas, so kurang bernafsu la nak melayan lagi sekali.

Aku bercadang nak tidur lewat malam ni. Biasa arr, malam minggu. Bukan selalu boleh nak lepak-lepak tidur lewat. Lebih-lebih lagi Encik Rizal ada kat rumah ni, lagilah seronok aku tidur lewat sebab nak melayan dia yang sibuk nak baca blog aku.

Sesekali lepak-lepak tengok TV sambil makan kacang dengan suami tersayang pun seronok jugak kan. Tak perlu nak tengok wayang memanjang. Walaupun aku memang kaki wayang.

Eiii apalah yang aku merapik tengah malam buta ni.

Dah takde idea tapi tetap nak update blog.

Bukan selalu boleh update blog tengah-tengah malam macam ni. Boleh juga aku blogwalking sekali.

Ramai juga rupanya yang belum tidur. Kat GB tu, berderet blogger asyik ping blog diaorang *termasuk aku*

Hehe sekali-sekala. Nak cari trafik lebih sikit. Mana tau kot-kot hujung bulan boleh keluarkan duit Nuffnang sekali lagi. Ahakss.

Encik Rizal menjeling je nak tengok apa yang aku taip ni. Dia ingat aku tak perasan agaknya.

Nanti lah eh sayang. Ada masa, I bagi U khatamkan blog I ni. Untuk masa ni, U tumpukan perhatian mendalami ilmu Facebook je sudahh. Hahaha

Why Cik Epal Why

Arghhh tensionnya !!

Kenapa dah tak boleh baca blog Cik Epal? Kenapa dia privatekan blog dia? Rindu rasanya nak baca entri-entri dia yang merepek tapi sedap dimakan dibaca macam kerepek.

Ke aku sorang je yang dah tak boleh baca. Tapi, aritu kawan aku dimana dia bukan blogger tapi dia peminat Cik Epal ni siap call aku tanya kenapa dah tak boleh baca blog Cik Epal.

Cik Epal ... tolonglah bagi public baca blog kamu. Kalau taknak publickan, sudilah kiranya invite akak untuk terus menjadi pembaca blog kamu.

Serius .. rindu sangat sama blog kamu.

Please Cik Epal !! Please !!

Takde Pasal Cari Pasal

Pernah tak kamu-kamu bertekak atau bergaduh atau bermasam muka atau tidak bertegur sapa atau berapa banyak atau dahhh dengan mak bapak, adik beradik, suami, isteri, tunang, kekasih, skandal, jiran, kawan, orang asing, makhluk asing hanya kerana tak sebulu atau sependapat tentang perkara yang remeh temeh.

Contohnya, kamu suka merah tapi suami/isteri/kawan/sesiapa yang lain suka hijau. Kamu mempertahankan betapa merah itu cantik. Yang pihak sebelah lagi pulak beria-ia menyatakan hijau itu damai. *macam tak relevan ^_^*

Pernah? Pernah?

Pernah tak kadang-kadang ada orang tiba-tiba cemburu atau menyindir kamu-kamu hanya kerana kamu-kamu letak status geli-geli seperti kamu sayang suami/isteri/tunang/kekasih kamu setiap hari di Facebook.

Pernah? Pernah?

Pernah tak kadang-kadang ada orang yang tak kamu kenali mempertikaikan status kamu-kamu kat Facebook atau entri kamu kat blog padahal kamu tak bermaksud menujukan status itu pada sesiapa.

Pernah? Pernah?

Pernah tak kadang-kadang ada orang hantar komen kat entri/Facebook kamu dengan bahasa yang kasar, kesat dan kurang ajar hanya kerana dia tidak bersetuju dengan pendapat kamu.

Pernah? Pernah?

Apa masalah dengan orang-orang yang sebegini ye? Adakah mereka sedang berdepan dengan masalah rumahtangga, masalah hati dan perasaan atau masalah mental.

Lawan web komunikasi kan bertujuan menambah kenalan. Tapi, kalau belum sempat berkenalan kau dah kutuk, maki hamun orang, mana datangnya dari mata turun ke hati. Rasanya dari mata turun ke kaki sebab macam nak bagi penyepak sedas dua.

Kalau kau tak suka status or entri yang orang lain tulis, senang je, remove orang tu dari list kau pastu kau boleh duduk diam-diam bersama-sama kawan-kawan yang sekepala otak macam kau yang jenis suka nak cari kelemahan dan keburukan orang lain.

Aku memang selalu buat macam tu. Kalau jumpa dengan orang-orang yang macam ni di alam nyata atau maya memang aku remove/delete/ignore je. Dari aku sakit hati sorang-sorang baik sakit hati sama-sama sebab kalau aku remove dia, dia dah tak boleh nak tengok profile aku. Pastu sibuk nak suruh aku add as a friend semula. Bolayan ok !!

Tulah, takde pasal kau cari pasal. Kan aku dah bagi pasal. Pasal aku lah.

Bluekkk !!

Nota Cinta Coffee Mate

Kamu-kamu dah tonton drama pendek Nota Cinta dari Coffee Mate ?? Kalau belum, kamu-kamu wajib menontonnya. Aku dah 3 kali tengok. Mula-mula rasa sedih tapi bila tengok untuk kesekian kalinya rasa berbunga-bunga pula hati ini.

Jangan tengok saja, joinlah sekali peraduan yang diadakan. Boleh menang percutian ke Bali. Bolehlah menyemarakkan lagi Cinta Dalam Hati !!

Rugi kalau tak tengok. Boleh ambil iktibar dari drama tersebut. Kadang-kadang kita selalu lupa pada rasa cinta disebabkan kesibukan seharian, dan kita rasa tak perlu nak menunjukkan rasa kasih sayang itu sepanjang masa tapi bila yang tersayang sudah merajuk membawa hati, barulah kita terpinga-pinga mencari separuh jiwa kita yang pergi. Betul tak ??

Suka suka suka sama ini drama.

Kalau ada sambungan lagi pasti aku nak terus menonton.



Episod 1







Episod 2







Episod 3






Selamat Pagi Cinta Eh Dunia

Selamat Pagi Dunia !!

Kamu-kamu mesti suka kan.

Mana tidaknya. Hari ni hari Jumaat. Dahlah rehat tengahari panjang. Boleh pergi cuci tingkap kat shopping mall. Hehe ^_^

Yang paling penting, hari ni adalah hari terakhir bekerja bagi setiap minggu. Esok dan lusa cotiii, so boleh meronggeng yeah yeah yeah !!

Macam kejap je aku rasa dah hari Jumaat semula. Rasanya macam baru semalam aku post entri pasal Jumaat lepas.

Arghh tak kisahlah.

Aku memang suka Jumaat !!

Malam ni boleh tidur lewat dan esok pun boleh bangun lewat.

Esok belum ada planning apa-apa lagi. BFF's ni pun belum ada yang mesej kot-kot ada projek baik di hujung minggu.

Apapun, minggu ni aku memang happy sebab Encik Rizal ada kat JB. Walaupun Ahad nanti dia dah nak balik KL semula, yang penting dapat spend quality time dengan dia. Lepak kat rumah pun takpe. Boleh jugak mengemas mana yang patut. Aktiviti pengerat kasih sayang gituu -_-

Oklah nak chow dulu.

Mau settle kerja rumah untuk kesekian kalinya.

Sebelum berpisah mari berdansa dulu.

Yeah yeah yeah !!

Khamis, Jun 17, 2010

Tiba-Tiba Hatiku Sayu

Tiba-tiba hati aku sayu.

Mengenang kenangan lama. Mengenang yang telah tiada. Mengenang segala-gala nya yang pernah berlaku dalam hidup aku sepanjang 29 tahun menjalani kehidupan atas nama Faizah.

Aku pernah melukakan hati banyak pihak. Ada yang sudah aku mohonkan keampunan. Ada juga yang masih tidak dapat aku ucapkan.

Aku juga pernah dilukai oleh banyak orang. Ada yang sudah aku hulurkan kemaafan. Ada juga yang masih aku enggan ampunkan.

Mengapa sukar ?

Sukar untuk memohon maaf dan sukar memberi kemaafan.

Ada ketika aku rasa berdosa kerana aku juga manusia hina. Manusia yang belum tentu Syurga dan Nerakanya. Tapi, ada sesetengah kisah kelukaan yang aku alami amat sukar untuk aku lupakan. Amat sukar untuk aku memohon atau menghulur maaf tanda damai.

Mungkin begitu juga dengan sesetengah orang yang pernah aku lukai. Aku belum cuba memohon maaf dan mungkin mereka juga masih belum memaafkan aku.

Mengapa sukar untuk aku melakukan dua perkara itu ??

Ya ALLAH, berilah aku kekuatan-MU agar dapat keampunan dari mereka yang pernah terluka oleh sikapku.

Ya ALLAH, berilah aku petunjuk-MU agar aku dapat memberi kemaafan kepada mereka yang pernah melukai hati ini dengan mudah.

Amin.

Bukankah Bantu Membantu Amalan Mulia ?

Tajuk entri kali ini agak skema.

Harini saja nak meluahkan sedikit rasa terkilan dengan sebilangan besar manusia yang menetap di bumi ALLAH ni.

Last Monday, aku dan BFF's lepak kat kedai makan area Sg. Chat. Makan ikan bakar. Kalau penduduk JB, mesti tau rasanya area tu. Memang sedap arr ikan bakar kat situ.

Ok.

Bukan nak cerita pasal ikan bakar, tapi pasal orang-orang yang meniaga kat situ.

Bila sampai terus kiteorang dapat meja. So, ada kakak sorang ni pun datang nak amik order air. Kiteorang pun bersemangat la order air. Yang sorang nak fresh orange, yang sorang nak Milo Ais, yang sorang nak Teh O Ais, yang sorang nak Nescafe Ais.

Tapi, tetiba akak tu cakap gerai dia jual air buah je. Kalau nak air bancuh2 order gerai lain.

Laaa ... kau tak boleh tolong orderkan ker ??

Actually, ni bukan first time aku alami kejadian macam ni.

Aku hairan. Kau berniaga kedai sebelah menyebelah tapi tak boleh nak tolong order. Seolah-olah kau nak orang beli barang kat kedai kau je.

Apalah salahnya bantu membantu. Setakat nak berebut pelanggan demi segelas air buah. Alahai, pelik pelik. Lainlah kalau kedai kau kat Utara, kedai jual air bancuh tu kat Selatan. Bolehlah aku consider nak minum air buah kat kedai kau. Ini tidak, kedai tu selang sebuah jek dengan kedai kau.

Adat orang beniaga. Ada masa orang nak makan kat kedai kita, ada masa orang nak makan kat kedai lain.

Agaknya ramai orang yang terasa nak minum air Milo ke Teh ke Kopi malam tu dan malam sebelum-sebelum ni dan malam akan datang terpaksa tukar menu sebab malas nak bangun pergi order sendiri.

Eiiii hairan hairan.

Lepas ni kalau nak makan kat kedai tu terpaksalah bersedia pergi order air sendiri.


Rabu, Jun 16, 2010

I-City Bandar Bercahaya

Perghh tajuk entri tak boleh blah. Macam gedik pulak.

Kunjungan ke KL kali ni, aku singgah ke Shah Alam. Dah lama tak pergi Shah Alam sebenarnya. Lagipun macam takde keperluan kan nak pergi sana.








So, bila aku dapat tau kewujudan I-City ni, apalagi aku pun menggunakan kuasa veto memujuk yang dikurniakan oleh ALLAH ini dengan memujuk Encik Rizal nak pergi sana.

Sebenarnya hampir-hampir tak jadi nak ke sana sebab aku macam malas. Tapi, akhirnya singgah juga sekejap.







Aku sampai pun dah lewat. Pukul 9.30 malam rasanya. Tapi, still ramai orang yang baru sampai juga. Meriah kau !!





Memang excited giler la dari jauh dah nampak lampu-lampu yang terang benderang padahal tak sabar nak ambik gambar.






Pada aku, lawa lah tempat dia. Kalau nak bergambar, memang seronok terutama yang ada kamera DSLR. Ouhh aku sungguh jealous !!








Budak-budak kecik mesti suka sebab ada lampu-lampu berbentuk binatang. Comel. Ada merak, rusa, swan dan banyak lagi la.

InsyaALLAH, kalau ada peluang aku nak pergi lagi. Tapi kali ni harap-harap ada kamera DSLR bersama. Hahaha ^_^






Lunch Date = Meatballs

Untuk kesekian kalinya, aku ke IKEA sebab nak makan meatballs yang aku rasa dia ada letak sesuatu sehinggakan setiap kali aku jejak kali ke KL mesti aku terbayang-bayang benda alah tu hahaha ... *padahal dah memang tekak mengada-ngada*

Kunjungan ke IKEA kali ni takde beli apa-apa pun. Just lunch date dengan kawan-kawan yang kalau kat JB susah nak jumpa tapi boleh pulak meeting kat IKEA padahal semua duduk JB except for ada sorang tu.



*Siti n hubby yang sempat join sekejap sebab nak balik JB cepat takut jammed kat Highway*





*tuan tanah kedaung dengan cinta hatinya ^_^*sambil tunjuk kek Daim yang rasa macam nak amik 5 piring terus sebab sedap sangat




Aku bawak adik sayang sebab dia nak beli barang untuk rumah dia dan aku juga dah berjanji nak belanja dia makan meatballs.



*AJK yang hadir : Raja n Elis with her family*




Sesekali jumpa kawan lama memang banyak la benda yang digosipkan. Semestinya kenangan lama diputar kembali. 100 kali jumpa, 100 kali lah jugak cerita pasal zaman muda remaja.

Walaupun tak cukup ahli tapi still kami having fun bergosip sampai boleh duduk bersila kat kerusi depan Padini IKANO sambil membiarkan suami masing-masing terpaksa mencari jalan menghiburkan diri sendiri. Sorry ye Encik Rizal. Aku memang selalu lupa diri kalau dah jumpa kawan-kawan ni.



*Babe, we should do this again next time*


Lemah Longlai

Wassup kamu-kamu

Sihat ?! Aku sihat jek. Alhamdulillah.

Baru balik dari KL semalam.

Sempat la jugak berblogwalking tapi tak sempat nak update apa-apa entri.

Aku masih kepenatan. Baju pun still dalam bakul. Tak berbasuh. Esok jela. Hari ni hujan lagipun. Kalau sidai tentu tak kering. *alasan orang malas*

Baru 3-4 hari aku tinggalkan dunia internet, rupanya kamu-kamu sudah update entri begitu banyak. Ada yang update sampai 7-8 entri baru. Tercungap-cungap aku nak membaca.

Tapi takpe demi kamu-kamu aku sanggup.

Sekarang aku rehat dulu makan lempeng cicah sambal tumis nanti aku sambung balik.

Tunggu entri aktiviti buang masa aku masa kat KL okeh ^__^

Sabtu, Jun 12, 2010

Off To Kuala Lumpur

Aku baru bangun ni. Biasalah, hari minggu. Bukan selalu boleh bangun lambat. Sesekali aku sajalah melajakkan tidur.

Seperti biasalah celik je biji mata mesti nak online dulu. Check email. Tiap-tiap hari dapat email konon-konon aku menang berjuta. Rimas betul.

Kejap lagi lepas dah check segala benda dalam internet ni, barulah aku start mengemas mana yang patut.

Aku nak ke KL tengahari nanti. Naik bus. Macam biasa. Jumpa Encik Rizal. Macam biasa. Kali ni lama sikit. Aku cuti Isnin dan Selasa. Kemungkinan besar akan pulang ke JB pada pagi Selasa. Aku belum buat keputusan lagi. Tengok keadaan.

InsyaALLAH kalau takde aral melintang, hari Ahad nanti aku ada lunch date dengan member-member aku di KL kat Ikea. Hehe macam biasalah. Nak makan meatballs.

Malamnya pulak macam nak ke I-City tapi masih tak tahu samada jadi atau tidak. Nak kena tanya driver a.k.a menteri kewangan. Kalau dia approve boleh la aku bercanda ria bergambar gedik kat I-City.

Oklah aku nak chow dulu. Nak kemas baju dan kemas rumah dan prepare keperluan anak-anak sayang aku dua ekor tu. Nak tinggal lama ni kenalah make sure makan, minum dan pasir berak dia semua mencukupi. Tak pasal nanti kebulur anak-anak aku tu.

Kalau berkesempatan aku update lah cerita baru, kalau tidak see u guys on Tuesday je la ye !!

Bubye !!

Jumaat, Jun 11, 2010

Apa Kata Survey

Bagi yang dah mendaftar dengan YouthSay.com mesti dah pernah join beratus survey yang ada di website tersebut.

Salah seorangnya adalah aku.

Banyak benda yang boleh kita buat kalau join jadi ahli di website tersebut. Antaranya boleh join buat survey dan dapat point. Lagi banyak kamu-kamu buat survey, lagi banyak point yang dikumpul.

Selain tu, kamu-kamu boleh juga tolong promotekan pelbagai campaign yang dijalankan.

Ada juga bidding contest untuk cool gadget dimana point yang dikumpulkan itu akan digunakan sebagai taruhan.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la layari website tersebut.

Aku ada print screen antara survey yang menarik minat aku. Jom kita kongsi.






















*klik gambar untuk tumbesaran*

Keywords Terkumpul

klik untuk tumbesaran




Ni lah himpunan keywords pada bulan lepas yang membolehkan kamu-kamu sampai ke blog aku ni.

Tak sangka ramai yang suka makan ikan keli sambal. Boleh dikatakan setiap minggu ada orang search resepi sambal ikan keli. Aku pun dah lama tak masak menu ni. Tetiba rasa lapar pulak !!

Dan tak kurang juga ramai yang suka selak kain kakak. Entah apa yang dicari aku pun tak tahu. Nanti aku pun nak google la pasal selak kain kakak ni.

Selain tu, ramai juga yang nak tau pasal audition Jangan Lupa Lirik. Tapi aku rasa dah lepas kot audition dia. Aku pun tak pergi sebab belum bersedia. Cheh gila poyo.

Next month aku upload lagi keywords terkumpul. Kita tengok apa pulak yang kamu-kamu suka search.

Yeah Bebeh !! It's Friday LOL

YAHOO! IMAGE







SUKA

ESOK CUTI

MALAM NI BOLEH TIDUR LEWAT

YANG PALING PENTING











ESOK











♥ ♥ ♥ JUMPA DIA NI ♥ ♥ ♥














LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin