Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Jun 24, 2010

Aku Ada Insomnia Ke ??


Kamu-kamu pernah tak mengalami keadaan dimana kamu-kamu sukar untuk tidur pada waktu malam. Kamu-kamu memang rasa mengantuk tapi bila baring kamu-kamu masih terkebil-kebil tak boleh tidur.

Aku sedang mengalami masalah ini sejak beberapa hari yang lalu. Mata memang mengantuk tahap gaban, tapi bila kepala dah jejak kat bantal empuk tak mau pulak dia lena. Dok la aku terkebil-kebil tengok siling.

Kadang-kadang ambil masa 1-2 jam untuk aku betul-betul lena. Itupun kena ada alat bantuan seperti mendengar lagu.

Adakah ini tanda-tanda insomnia ??

Aku pun google la tentang insomnia dan di bawah adalah hasil yang aku dapat.



Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.


Jenis insomnia

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.


* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.


Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah

b. Sakit yang ringan

c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,

d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.


* Insomnia kronik

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.


TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.


Lebih info di SINI



Nampaknya aku kena belajar cara pengurusan masa untuk tidur pulak. Tak cool ok tiba-tiba tak boleh tidur malam sebab nanti aku mesti mengantuk dan rasa penat bila waktu siang. Aku jarang tidur siang kecuali mengantuk sangat.

Aku takut kalau berterusan, aku boleh kena insomnia kronik pulak. Langsung susah nak tidur. Ouhhh tidak !! Aku takut.

Aku kena cari jalan untuk memastikan aku dapat tidur malam yang berkualiti. Mungkin aku akan ikuti tips yang diberi dalam artikel tu. Kita tengok apa keputusannya dalam minggu berikut ni pulak.

2 ulasan:

Khairunnisa' berkata...

Salam, Nisa pernah kena insomnia, tapi tidak kronik, but I hadn't been able to sleep properly. Exercising memang berguna kalau tak boleh tidur. Energy digunakan banyak di situ, dan bila berhenti, sure penatkan? Senang nak tidur, hee~

Bila Nisa kata exercise, bukan jenis yang berat-berat punya. Maybe buat sit-ups ke atau bonceng mesin basikal tu :)

Weird, but it's true.

Ieja RizaLiza berkata...

nisa : thanks for the tips. InsyaALLAH akak akan cuba tips itu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin